Soalan Dari Pelanggan (Masalah Herpes
Labialis & Tidak Boleh Mengandung)
Assalammu'alaikum doktor. Di sini, saya hendak bertanya
atau sekiranya pernah dengar kes seperti berikut;
“Saya ada penyakit bahagian mulut dari usia 12 tahun.
Saya dapati ia seperti virus. Doktor berikan ubat herpes sejak saya belasan tahun lagi. Cumanya, sakit mulut saya ini
akan timbul kalau saya tidak menjaga kebersihan di kawasan mulut. Hendak dijadikan cerita, saya ke klinik semalam sebab menemani
suami saya demam. Sambil itu, saya tanya kepada doctor, kenapa saya tidak pregnant walaupun telah setahun kahwin.
Apabila disoal jawab, doktor kata mungkin sebab saya ada herpes dan sebab itu tidak boleh
mengandung. Saya senyum walaupun doktor kata herpes tiada ubat dan saya kekal tidak boleh pregnant.”
Jadi, soalan saya, adakah minyak zaitun dapat
membantu masalah saya ini?
Jawapan
Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Jangkitan herpes simplex yang tidak
dirawat memang boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Rawatan krim yang
diberikan nampaknya tidak mencukupi namun ubatan anti-viral memberikan banyak
kesan sampingan.
Saya
nasihatkan agar pesakit melakukan bekam secara berkala dan amalkan pemakanan
yang sihat. Lengkuas adalah herba yang baik untuk masalah ini dan air
rebusannya boleh diminum. Ada banyak lagi herba-herba lain tetapi mungkin susah
didapati. Quranic Food patut menjadi kemestian setiap hari kerana ia adalah superfood bagi merangsang proses
baikpulih semulajadi tubuh. Wallahu a'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Herpes ialah jangkitan virus herpes
simplex pada bahagian tertentu yang biasanya merebak melalui saraf. Ianya
tiada kaitan dengan kemampuan untuk mengandung kecuali jika telah merebak
kepada rahim. Rawatan bagi virus ialah pencegahan. Quranic Food membantu meningkatkan pertahanan tubuh serta mengawal
aktiviti virus dari terus merosakkan sistem badan.
Sumber: Olive House
Medic & Business.