Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Manis+Insulin)
Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah untuk mengatasi
masalah kencing manis yang bergantung dengan insulin?
Jawapan
Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Pesakit kencing manis yang diberi insulin adalah kerana doktor berpendapat
bahawa penggunaan insulin akan memudahkan kawalan gula dalam darah. Namun,
dalam Islam, konsep rawatan adalah merawat punca bukannya setakat membantu
tubuh untuk terus hidup. Pengambilan insulin dari luar akan menyebabkan
pankreas semakin tidak sensitif terhadap naik-turunnya gula dalam darah. Penghasilan insulin juga
melibatkan konsep-konsep sintesis dan sumber yang tidak dapat dipastikan halal
dan haramnya.
Oleh sebab
itu, Allah telah memberi jaminan bahawa Dia tidak menurunkan penawar dalam
benda yang haram (syubhah juga menghampiri haram) maka sebagai seorang Muslim, wajiblah
kita mencari yang jelas halal sebagai ubat.
Untuk
rawatan diabetes, pertamanya hendaklah fokus pada pengambilan gula dan
karbohidrat yang baik sahaja, contohnya, elakkan gula putih dan karbohidrat
terproses (refined carbohydrate). Pada
masa yang sama bantu tubuh dengan Quranic
Food. Pokok bongor sedang dikaji sebagai ubat diabetes dan juga herba-herba
lain (maaf saya kurang pengetahuan herba). Dan yang paling penting amalkan
semua akhlak Islam, cuci hati sebersih-bersihnya dan bertaubat
sebanyak-banyaknya. Wallahu a'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Kencing manis berpunca dari
kekurangan insulin yang dihasilkan oleh pankreas (Type 1:insulin deficiency) atau pengesan insulin yang tidak berfungsi
(Type 2:insulin resistant). MZ dan CT
kedua-duanya bersifat anti-diabetogenic
iaitu mampu mengurangkan kadar gula di dalam darah secara terus, memperbaiki
radang pankreas supaya mengeluarkan insulin dengan kadar normal serta
mengembalikan sensitiviti reseptor insulin. Elakkan gula ringkas di dalam semua
jenis makanan dan minuman. Ubah kepada beras dan gula perang.
Sumber: Olive House
Medic & Business.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT,
HOTLINE 013-4619694