AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 22 February 2019

ULU HATI MASUK ANGIN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


ULU HATI MASUK ANGIN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ulu Hati Masuk Angin)

Assalammu'alaikum doktor. Kenapa ulu hati saya sebu selepas minum MZ? 

*Sebu bermaksud seolah-olah masuk angin.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rasa sebu biasanya disebabkan pengumpulan gas-gas tertentu  dalam gaster. Ini mungkin perubahan kimia yang berlaku dalam baik pulih dinding perut. Harap teruskan amal MZ dan bersangka baik.




Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Olive oil bersifat cholagogue iaitu merangsang pembentukan serta pengecutan kelenjar hempedu sebagai respon kepada makanan berlemak yang masuk ke dalam sistem perut. Senak ulu hati menandakan sistem hempedu yang tidak efisien bagi mengeluarkan hempedu sama ada terdapat batu hempedu ataupun pesakit yang telah membuang hempedunya melalui pembedahan. Teruskan mengambil olive oil kerana keadaan tersebut hanya sementara dan tidak membahayakan. Hatta, bagi batu hempedu yang kecil, proses pengecutan tersebut mampu memecahkan serta mengeluarkan batu tersebut melalui pemakanan olive oil yang berterusan.  

ULU HATI MASUK ANGIN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.



Hotline 013-4619694

Thursday, 21 February 2019

BATUK ANDA BERPANJANGAN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


BATUK ANDA BERPANJANGAN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Batuk Berpanjangan)

Assalammu'alaikum doktor. Apakah cara rawatan yang terbaik untuk batuk yang berterusan/berpanjangan? Pesakit pernah mengidap asma yang teruk dan setelah mengamalkan olive oil unfiltered selama 3 tahun, asmanya berhenti dalam tempoh tersebut kemudian asma serang kembali dengan cara batuk kering yang berlanjutan. 

*Masih mengamalkan MZ Olive House.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rawatan terbaik untuk setiap individu adalah berbeza. Jangan berhenti mencuba petua-petua alami untuk batuk. Antaranya halia+madu, air limau+madu, asam jawa+madu dan lain-lain lagi. Apa-apa pun, batuk bukanlah penyakit ianya adalah mekanisma pertahanan badan untuk mengeluarkan bahan-bahan toksin dari tubuh. Jaga pemakanan dan akhlak seharian dan elakkan stress. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Asma berlaku akibat radang pada lapisan salur pernafasan yang menyebabkan penyempitan pada saluran tersebut menyebabkan pesakit batuk berterusan, sukar untuk bernafas dan mengalami nafas yang berbunyi (wheezing). Puncanya ialah salur pernafasan yang terlebih sensitive (hypersensitivity) pada perubahan luaran dan biasanya berangkai dengan penyakit resdung (allergic rhinitis) dan penyakit kulit (eczema) yang mana berpunca dari masalah reaksi alergi. Ianya berkaitan dengan genetik dan juga keadaan udara yang akan menentukan pada kekerapan penyakit tersebut berulang. Rawatannya bergantung kepada keseriusan symptom asma kerana ada tahap yang boleh membawa maut jika rawatan tidak optimum. Olive oil mampu mengurangkan kekerapan serangan asma melalui sifat anti-inflamasi dengan mengurangkan tahap keradangan pada salur pernafasan.  

BATUK ANDA BERPANJANGAN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.


Hotline 013-4619694

Wednesday, 20 February 2019

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

PROMOSI!
PROMOSI!
PROMOSI!

PROMOSI SEMPENA WORLD CANCER DAY 2019

Bersempena dengan World Cancer Day 2019, pihak Olive House mengadakan promosi yang bermula dari 18 Februari 2019 sehingga 3 Mac 2019. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
SET COMBO PACK = RM 63.60 
PATI MINYAK ZAITUN 250ML + OLIVIE PLUS 30X(MINI) 50ML DENGAN 15% DISKAUN

Dan,

SET BELI DAN PERCUMA = RM 165.00
BELI MADU KYRGYSTAN (3 BOTOL) DAN PERCUMA 1 KOTAK TEH HERBA DAUN ZAITUN (THDZ)
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Cepattt dapatkan segera set promosi ini dengan kami!!! Boleh pre order serta bayaran terus..


Hotline 013-4619694

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

#olivehouse
#worldcancer
#ohbm
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat

MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata Rabun)

Assalammu'alaikum doktor. Adakah pati MZ ini boleh mengubati mata yang rabun? Sebelum ini, power saya 175 dan hari ini saya pergi check terkejut 100 sahaja powernya. Untuk pengetahuan doktor, saya baru amalkan selama 2 minggu pati MZ dan SCT.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Siapa yang pergi kelas saya dan faham tentang inflamasi pasti akan tahu minyak zaitun akan membantu untuk semua penyakit. Begitu juga untuk mata yang rabun kerana asas penyakit sememangnya adalah inflamasi.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kajian berkenaan peranan olive oil kepada kesihatan penglihatan telah di jalankan di Spain oleh penyelidik dari Universiti Jaen. Mereka menggabungkan olive oil dengan lutein yang diekstrak dari rumpai laut untuk dijadikan suplemen bagi penghidap masalah rabun dekat (Hyperopia) atau rabun jauh (Myopia). Lutein adalah bahan pigmen yang terdapat di dalam sayuran hijau, bersifat anti-oksida dan mampu menyerap ke dalam sel mata (macula dan retina). Hasil kajian menunjukkan perubahan positif terutamanya kepada penyakit age-related macular degeneration (rabun akibat tua).  


MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House

MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.






HOTLINE 013-46196

Tuesday, 19 February 2019

KONSEP AMALAN MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle Olive House

Image result for Konsep Amalan MZ & Olivie+30

Soalan Dari Pelanggan (Konsep Amalan MZ & Olivie+30)

Assalammu'alaikum doktor. Bagi pelanggan yang baru hendak amalkan suppplement dan nak memilih pati Olivie Plus 30x atau minyak zaitun Turki, bagaimana MZ atau Olivie dapat membantu kesihatan secara menyeluruh? Pelanggan setakat hari ini tidak mempunyai masalah kesihatan lagi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi yang tiada masalah kesihatan dan amalan pemakanannya baik, memadailah mengambil pati minyak zaitun biasa(EVOO Turki) sahaja. Namun, bagi yang tidak jaga pemakanan, merokok atau ada apa-apa faktor yang berisiko ke arah penyakit, bolehlah diambil/amalkan pati minyak zaitu Olivie+30(Morocco). Wallahu a'lam


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Tubuh badan manusia mengawal kestabilan keadaan dalaman tubuh badan melalui proses homeostasis. Pendedahan tubuh kepada pencemaran luar (udara, makanan) serta proses perkumuhan menyebabkan tubuh badan terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Secara alaminya, tubuh akan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tersebut tetapi jika bahan tersebut melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh tubuh, ia akan tersimpan di dalam tubuh seterusnya mengganggu fungsi organ. Di sinilah, peranan makanan tambahan terutamanya Quranic Food. Ia membantu tubuh menyingkirkan bahan-bahan toksik/beracun kepada badan melalui kandungan polifenol dan hydroxytyrosol yang bersifat anti-oksida dan anti-inflamasi. Pengambilan secara berterusan pasti akan mengurangkan risiko bagi penyakit kronik serta mengembalikan fungsi normal tubuh badan secara alami.  



Sumber: Olive House Medic & Business.





HOTLINE 013-46196

Monday, 18 February 2019

MASALAH PSORIASIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH PSORIASIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Psoriasis + Semakin Gatal)

Assalammu'alaikum doktor. Boleh tolang bagi pencerahan kerana saya mengalami penyakit kulit Psoriasis dan setelah saya mengambil Olive House Turki dan Olivie Plus 30x Morocco, kulit saya semakin gatal dan kemerahan atau perlukah ditambah pengambilan dengan Sari Cuka Buah Teen atau tidak perlu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Memang seperti yang dijangka, pesakit Psoriasis akan merasakan simptom yang lebih teruk disebabkan proses inflamasi akan bermula. Apabila proses ini berakhir, kesembuhan akan terjadi secara sunnatullah nya. Cuka Teen memang patut diambil bagi membantu mengalkalikan darah dan boleh ambil 3 kali sehari bersama madu atau tanpa madu juga. Wallahu a'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Psorias berasal dari perkataa Greek iaitu ‘psora:gatal dan sis:keadaan’ yang menggambarkan keadaan penyakit kulit tersebut. Ianya terbahagi kepada 5 jenis dan jenis paling utama berbentuk plak iaitu selaput putih pada kulit membentuk sisik. Puncanya dikatakan dari oxidative stress dan biasanya ia berkait rapat dengan penyakit kanser, jantung dan ulser usus. Olive oil sangat baik untuk merawat penyakit ini dari dalam dan luar kerana ia menyingkirkan radikal bebas serta mengurangkan selaput dari kulit dengan melembabkannya secara alami. Keadaan yang bertambah teruk tersebut mungkin bukan berpunca dari olive oil itu sendiri tetapi dari pemakanan harian yang mengandungi pelbagai pencemaran serta radikal bebas. Ubah semua pemakanan kepada jenis organik serta jauhi udara yang tercemar terutamanya di bilik tidur kerana majoriti penyakit kulit dan alergi bertambah akibat tilam yang tercemar. 




Sumber: Olive House Medic & Business.




HOTLINE 013-46196