AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 24 December 2020

PASTIKAN TELUR AYAM SELAMAT UNTUK DIMAKAN | Aafiyat Olive House

 


Cara Mudah Untuk Pastikan Telur Itu Masih Elok Ataupun Tidak

Hampir di setiap rumah akan ada telur. Ianya mudah untuk dimasak. Lagi-lagi waktu tengah lapar dan tiba-tiba lauk lain sudah habis. Cara paling mudah untuk pastikan telur itu masih elok atau pun tidak adalah dengan memecahkannya. Tapi cara ini tak berapa berkesan. Bagaimana kalau telur yang dipecahkan itu busuk?

Hanya 4 langkah diperlukan untuk periksa keadaan telur tanpa perlu pecahkannya:

Langkah 1: Sediakan sebuah mangkuk besar berisi air.
Langkah 2: Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk tersebut
Langkah 3: Lihat pada kedudukan telur itu (rujuk gambar diatas)

- Telur tenggelam ke bawah sekali dalam keadaan ‘horizontal’ masih elok.
- Telur tenggelam ke bawah tetapi terangkat sedikit menandakan ianya telah berusia seminggu.
- Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok. Tapi perlu dimasak dengan segera!
- Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah tidak elok. Anda boleh buang terus.

Langkah 4: Jika anda masih tidak puas hati, ambil telur tersebut dan goncangkan. Jika ianya bergoncang, itu tandanya telur tersebut sudah tidak elok.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Wednesday, 23 December 2020

TANGAN BERPELUH |Aafiyat Olive House


 INFO KESIHATAN DR. ZUBAIDI HJ. AHMAD : TANGAN BERPELUH

Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai Hyperhidrosis. Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.

Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.

Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.

Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasaan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.

Apakah punca masalah tangan berpeluh?

Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti :

1. Demam
2. Kanser
3. Lemah jantung
4. Masalah kerisauan (Anxiety problem)
5. Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout
6. Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi
7. Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Tuesday, 22 December 2020

4 PUNCA UTAMA STRESS | Aafiyat Olive House


 Punca pertama..
Stress Ancaman.


Punca kedua..
Stress Dalam Diri Sendiri..

Punca Ketiga..
Stress Persekitaran,Tempat Dan Pemakanan..

Punca Keempat..
Stress disebabkan Cara hidup Dan Pekerjaan..
Kongsikan kepada rakan-rakan anda!
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Monday, 21 December 2020

4 PERINGKAT SERANGAN MIGRAIN | Aafiyat Olive House

Tiada sesiapa yang mengalami serangan migrain pernah menyangka mereka akan menderita dek serangan tersebut pada bila-bila masa. Tapi tahukah anda tentang peringkat serangan migrain yang berbeza-beza?


Dalam buku 'Rasulullah is my doctor' dinukilkan kaedah rawatan migrain dengan menggunakan minyak habbatussauda.

Bagi mereka yang mempunyai masalah migrain akibat tekanan atau stress atau angin di kepala boleh mengamalkan BSO dengan cara berikut:Sapu minyak biji jintan hitam(BSO) di dahi, belakang telinga dan bahagian belakang leher. Insya Allah dalam 5 minit dapat lihat kesannya.


Semoga bermanfaat.


Jika anda mengalami migrain..anda boleh mengamalkan produk Olive House..


Sebarang pertanyaan/pembelian, klik link dibawah:

Sunday, 20 December 2020

JERAWAT Di Wajah Petunjuk Paras Kesihatan Dalaman Anda? Waspada ya! | Aafiyat Olive House

JERAWAT DI DAHI

JERAWAT DI PIPI KANAN

JERAWAT DI PIPI KIRI

JERAWAT DI HIDUNG

JERAWAT DI MULUT & DAGU

JERAWAT DI TELINGA

Jerawat di wajah petunjuk paras kesihatan dalaman anda. Waspada ya!

Kongsikan kepada rakan-rakan anda!

Layari blog saya http://houseofquranicfoods.blogspot.com untuk dapatkan tips mengurangkan serta merawat masalah jerawat ini.

#share
#ohbm
#ahmadfazri

Saturday, 19 December 2020

PETUA AAFIYAT..MADU UNTUK KECANTIKAN?? | Aafiyat Olive House


Banyaknya khasiat Madu untuk kecantikan. Ini petua popular orang lama untuk dapatkan Kulit Wajah Yang Gebu Pinkish.

Caranya senang je:  

➡️ Sapukan Madu pada seluruh wajah ( biasanya 15 minit ke 25 minit)

➡️ Apabila kering,  cuci dengan air perahan limau nipis atau lemon atau guna air suam pun boleh 

➡️ Amalkan petua ini 2 ke 3 kali seminggu.

Hasilnya, bukan sahaja jerawat hilang tapi kulit jadi gebu pinkish.

Kandungan antioksidan dalam Madu melindungi kulit daripada jangkitan, dapat membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat

Moga bermanfaat