AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 11 January 2021

TAKZIAH BUAT SEMUA MANGSA NAHAS PESAWAT SJ182 SRIWIJAYA AIR | Aafiyat Olive House

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
.
Al-Fatihah buat semua mangsa nahas pesawat SJ182 Sriwijaya Air.
Kami di Olive House Bukit Mertajam, Pulau Pinang mengucapkan salam takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang- orang yang beriman. Amin Ya Rabb..
.




Friday, 8 January 2021

MAKANAN UNTUK JAGA JANTUNG KITA SIHAT | Aafiyat Olive House

 

Aafiyat Info
 
Jantung adalah salah satu organ utama dalam badan kita yang semestinya wajar diberi perhatian yang lebih dalam aspek penjagaannya.
 
Di awal tahun baru ni, tanamkanlah keazaman untuk menjaga jantung kita sebaik mungkin. Pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi patut dielakkan. Ini antara usaha yang patut kita cakna jika kita ingin menjaga jantung kita.
 
Di samping itu, pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi dan yang mempunyai antioksidannya yang tinggi jangan ditinggalkan. Jadikanlah amalan seharian. Jadikan kemestian Olivie Plus mahupun OPU sentiasa berada di dapur rumah kita. Begitu juga dengan Jus Delima, Madu dan Habbatus Sauda.
 
Moga bermanfaat!
 
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
 

#share
#ohbm
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat
#azamaafiyat
#jointhefighttreatyourheartright
 
Layari blog kami https://houseofquranicfoods.blogspot.com/
 
Terima kasih!

Monday, 4 January 2021

TAHUN 2021 TAHUN KE ARAH AZAM AAFIYAT OLIVE HOUSE | Aafiyat Olive House

 

Tahun 2020 akhirnya melabuhkan tirai jua. Tahun 2020 merupakan antara tahun yang sangat getir buat kita semua tetapi alhamdulillah kita masih lagi teguh berdiri!

Selamat datang 2021. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tahun baru ini dan dikurniakan Allah SWT kebaikan serta kebahagiaan. Apakah azam aafiyat tahun baru 2021 anda?

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat


#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat
#AzamAafiyat
#2021
#jointhefightreatyourheart

Thursday, 31 December 2020

VITAMIN D UNTUK KETAHANAN BADAN | Aafiyat Olive House

 


ADAKAH VITAMIN D PENTING UNTUK BADAN?
APAKAH PERANANNYA UNTUK DAYA KETAHANAN BADAN?

Permukaan semua Sel Darah Putih kita mengandungi reseptor vitamin D dan enzim aktif .

Sistem immune manusia perlu sentiasa seimbang. Sekiranya sistem immune terdapat terlalu banyak rangsangan, penyakit autoimun boleh berlaku. Dan sekiranya tidak terdapat aktiviti sistem imun yang mencukupi, jangkitan kerap berlaku.

Seseorang yang mempunyai penyakit autoimmune memerlukan Vitamin D yang mencukupi. Tahap vitamin D yang rendah tidak menjadi penyebab utama penyakit autoimun, tetapi tahap vitamin D yang rendah dapat menyebabkan penyakit autoimun yang sedia ada menjadi lebih buruk.

Tahap vitamin D yang rendah juga dikaitkan dengan mudah mendapat jangkitan luar. Pada tahun 2009, Institut Kesihatan Nasional memberi amaran bahawa tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan demam dan selesema yang kerap.

Pada tahun 2017, analisis besar dari ujian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D dapat mengurangkan peluang terjadinya jangkitan pernafasan.

"approximately 42% in people with low baseline levels of 25-hydroxyvitamin D; below 25 ng/mL.3.."

Analisis menunjukkan bahawa mengambil vitamin D setiap hari atau mingguan adalah lebih berkesan daripada mengambilkan secara banyak dalam sekali sebulan.

"Vitamin D intake is recommended at 400–800 IU/day, or 10–20 micrograms."..https://www.healthline.com/nut.../how-much-vitamin-d-to-take

Untuk orang dewasa, kekurangan vitamin D boleh menyebabkan:

1) kelemahan otot.
2) Mengurangkan keupayaan tulang.
3) Meningkatkan risiko patah tulang.

Pada kanak-kanak, kekurangan vitamin D yang kritikal boleh menyebabkan kelewatan pertumbuhan serta penyakit ricket penyakit di mana tulang menjadi lembut.

Tambahan pula, kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan beberapa kanser, diabetes jenis 1, pelbagai sklerosis, tekanan darah tinggi dan masalah tiroid. rujuk https://www.healthline.com/.../how-much-vitamin-d-to-take...

#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#covid19
#makananimuniti
#oliviepowerup 

Wednesday, 30 December 2020

KENAPA LELAKI LEBIH MUDAH TERKENA WABAK COVID-19? | Aafiyat Olive House

 


KENAPA LELAKI LEBIH MUDAH TERKENA WABAK COVID-19?

BBC Indonesia melaporkan, Philip Goulder, seorang profesor imunologi di Universiti Oxford berkata, salah satu teori adalah imuniti perempuan terhadap virus lebih kuat. Beliau dilaporkan berkata, tindak balas imunisasi seorang perempuan terhadap vaksin dan jangkitan biasanya lebih agresif dan lebih efektif dibandingkan lelaki.

BUKAN rahsia lagi, sejak sekian lama dan hampir di seluruh dunia statistik mendapati secara purata lelaki lebih pendek umur daripada wanita. Selain itu, lelaki juga paling tinggi terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

Koronavirus atau SARS-CoV-2 seolah-olah turut mengikuti corak yang sama. Statistik di kebanyakan negara di dunia mendapati jumlah lelaki mendapat wabak virus pembunuh itu adalah lebih tinggi berbanding kaum Hawa. Malah, kadar kematian kaum Adam angkara Covid-19 rata-rata juga lebih sekali ganda tinggi berbanding wanita.

Wnita mempunyai sistem imunisasi yang lebih cekap berbanding kaum lelaki. Hormon estrogen iaitu salah satu hormon utama pada wanita juga membantu memberikan perlindungan daripada jangkitan virus kepada wanita. Selain itu, wanita mempunyai lebih X kromosom berbanding lelaki. Kromosom X ini bertanggungjawab untuk menjana komponen penting dalam sistem imunisasi terhadap jangkitan virus.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Tuesday, 29 December 2020

KENAPA KUKU ANDA CEPAT RAPUH??? | Aafiyat Olive House

 


KENAPA KUKU ANDA CEPAT RAPUH???

1. Faktor peningkatan usia.
2. Sering menggunakan pengilat kuku.
3. Terlibat dengan aktiviti renang.
4. Membasuh pinggan.
5. Gejala penyakit hyperthyroidism.
6. Terdedah dengan kelembapan.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat