AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 30 April 2015

Amal Minyak Zaitun Tiada Kesan Apa-Apa



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Amal Minyak Zaitun Tiada Kesan Apa-Apa):

Assalamua'alaikum doktor. Ada soalan dari pengguna, mohon pengkongsian, saya telah mengamalkan olive oil tapi tiada apa-apa perubahan. Skin sangat kering. Kenapa ya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Minyak Zaitun(MZ) amat sesuai untuk kulit yang kering dengan mengembalikan kelembapan kepada kulit dari dalam. Untuk luaran, boleh dicuba dengan sapuan nipis dan dilihat respon kulit sebelum diamalkan secara berterusan.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Apa masalah dia sebelum ambil MZ? Apa yang tiada perubahan itu? Skin kering, kena tahu habit sama ada suka guna losyen ke.. hand sanitizer ke.. dan lain-lain.


Sumber: Olive House Medic & Business

Friday, 24 April 2015

Masalah Amal Pati Sari Cuka Teen Jadi Tidak Selesa



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Amal Cuka Teen Tak Selesa):

Assalamu’alaikum. Tumpang tanya, pati Sari Cuka Teen(SCT) ini boleh dicampur madu tak? Ada pelanggan makan dalam tempoh 4 hari, tekak dan hidung tidak baik dan tidak selesa.
Kemudian minta pencerahan, mak dan ayah saya makan MZ dan cuka Teen kerap kencing tapi sikit. 1 malam 5 kali ke tandas. Sakit ari-ari dan rasa full pundi kencing tapi air keluar tidak banyak. Kedua-duanya menghidapi kencing manis.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah. Boleh campur madu. Kandungan acetic acid di dalam SCT menyebabkan proses pengasidan air kencing yang memecahkan batu karang serta mengecutkan pundi kencing menyebabkan kekerapan pembuangan air kecil bertambah. Tahap kencing manis juga perlu diperiksa kerana gula yang tinggi di dalam darah membawa kepada simptom yang sama iaitu kerap kencing (polyuria).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cuka boleh campur dengan madu. Untuk rasa yang lebih sedap dan reaksi penyembuhan yang berbeza-beza. Sabarlah. Bagi emak & ayah yang kencing manis dan kerap buang air kecil itu, susah dipastikan sebab mengapa kerana saya perlu tahu corak pemakanan mereka terlebih dahulu. Jika boleh, ambillah madu setiap hari dan amalkan.



Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday, 23 April 2015

Bayi Tiga Bulan Mengalami Masalah Kulit, Alergik & Gatal



Soalan Dari Pelanggan(Bayi Alergik & Gatal):

Assalammua'alaikum doktor. Untuk bayi umur 3 bulan, kulit alergik, gatal, perlukah untuk sapu MZ atau minum? Yang mana lebih baik?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Alergi/Ekzema/Resdung:

Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen.Alergen di lihat oleh tubuh sebagai bendasing yg mesti di singkirkan,maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yg terlibat.Tiada rawatan bagi penyakit ini dan doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yg membawa kepada simptom di atas.

Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yg di anggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi. Dari luaran,ianya berfungsi sebagai pelembap kepada kulit yg terlibat dengan ekzema.

Bagi bayi,tidak sesuai menyapu secara terus kepada kulit kerana lapisan pelindung yg tidak terbentuk dengan sempurna.Cairkan dengan air sebelum menyapu kepada kulit bayi.Pengambilan juga ialah melalui pemakanan ibu yang akan di rembes melalui susu ibu.

Tambahan untuk dos pengambilan: 
Alergi - 1/4 gelas air + 1 sudu olive + 1 sudu madu - guna sebagai losyen dan biarkan kering selama 3 jam sebelum bilas.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Bayi umur 3 bulan, sapu MZ seluruh badan dan boleh juga cairkan dengan air sebelum disapu. Ibunya boleh amalkan meminum MZ sekurang-kurangnya, 2 sudu sehari agar khasiat dapat sampai ke bayi melalui penyusuan susu ibu.



Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 15 April 2015

Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital



Soalan Dari Pelanggan(Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital):

Assalamu'alaikum doktor. 

1) Berapakah dos minyak zaitun yang boleh diamalkan kepada ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin dan anak yang mula umur 2,3,4 tahun?

2) Bagaimana pula kepada pengamal yang ada makan pelbagai ubat dari hospital, seperti ubat darah tinggi, jantung, dan lain-lain?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

1) Secara umum, Minyak Zaitun(MZ), Sari Cuka Teen(SCT) atau segala makanan sunnah adalah makanan dan bukannya ubat. Namun disebabkan badan manusia hari ini kekurangan khasiat maka apabila khasiat ini diberikan semula maka sakitnya automatik sembuh.

Maka soal dos adalah tidak penting kerana ia adalah lebih bergantung kepada cara pemakanan seharian individu itu. Kalau memang pemakanannya sihat maka, 2 sudu besar adalah mencukupi bagi MZ tetapi kalau seharian hanya makan processed food maka wajib dosnya diperbanyakkan.

Namun secara umum,
1) Ibu mangandung: 2 sudu besar pagi dan malam.
2) Ibu menyusu: 2 sudu besar 3x sehari.
3) Kanak-kanak: Sebagai daily supplementation 1 sudu kecil setiap pagi dan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

2) Bagi pengamal dadah tegar, haruslah dinasihatkan memilih rawatan mana yang hendak dicuba. Saya tidak mengalakkan percampuran ubatan kimia sintetik dan makanan sunnah yang suci lagi mulia kerana apabila berlaku tidak balas, makanan sunnah selalu dipersalahkan dan ini menyebabkan dosa dan bersangka buruk dengan ciptaan Allah S.W.T. Hendaklah kita mengetahui bahawa doktor tidak pernah belajar ilmu pemakanan secara detail dan doktor juga tidak belajar ilmu tumbuh-tumbuhan.

Malah doktor diajar yang tumbuhan mempunyai bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati maka atas apa-apa jua yang akan terjadi pastilah doktor akan menyalahkan apa-apa jua ubatan lain yang diambil oleh pesakitnya dan menutup mata kepada kemudaratan dari dadah.

Jadi, kesimpulannya elakkanlah percampuran ubatan kimia sintetik dan produk kita.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. 

Olive oil dan fig vinegar untuk wanita mengandung.

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kedua-dua bahan ini berbahaya kepada wanita mengandung mahupun bayi yang dikandung. Senarai bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung oleh American Pregnancy Association tidak menyenaraikan kedua-dua bahan ini sebagai berbahaya.

Olive oil & fig vinegar sangat membantu menghilangkan loya (morning sickness) dan sembelit yang sering dialami oleh wanita bersalin.


Sumber: Olive House Medic & Business.

Friday, 10 April 2015

Cara Terbaik Mengamalkan Pati Minyak Zaitun



Soalan Dari Pelanggan(Apakah Cara Terbaik Mengamalkan Minyak Zaitun):

Assalamu'alaikum doktor. Bagaimana cara penggunaan Pati Minyak Zaitun yang terbaik? Terutamanya bagi pesakit darah tinggi, gout, darah rendah?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. 
Penggunaan MZ yang terbaik:

Orang Greece secara purata mengambil MZ seorang sebanyak 2 Litre sebulan. Jadi, kita di negara khatulistiwa mungkin boleh cuba sampai 1 Litre ke 1.5 Litre. Gunakan dalam apa jua masakan. Kalau tiada guna dalam masakan. Ambillah pure. Pagi dan malam. Sabar dengan healing effect dan istiqamahkan. InsyaAllah, akan ada perubahan, hanya Allah sebagai penyembuh dan kita usaha ikut caranya.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya  organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan MZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.



Sumber: Olive House Medic & Business.

Friday, 3 April 2015

Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?




Soalan Dari Pelanggan(Bolehkah Sakit Buah Pinggang & Gastrik Amal Cuka Teen?):

Assalamu'alaikum doktor. Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida. Inilah asid asetik yang digunakan sebagai pelarut dalam industri. Ianya jugalah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (kononnya tidak memudaratkan).

Beza yang paling besar adalah ia berasal bukan dari sumber makanan. Badan kita bukan macam tong kosong. Masuk potassium/kalium bukan semua duduk dalam darah. Badan kita ini sistem umpama kilang kimia yang sangat kompleks. Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yang spesifik untuknya sahaja. Sel kita hanya akan utilise makanan dan akan buang non-food material. Buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu untuk dikumuhkan. Bekam will help with it.

Untuk dos pengambilan, ikut kesesuaian bermulakan dengan dos rendah dahulu, kemudian naikkan berkala.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

Buah Pinggang:


Fig vinegar(Cuka Teen) bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).

Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.

Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potassium di dalam fig vinegar adalah hampir tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potassium seperti pisang, bayam, kentang, yogurt dan aprikot.

Gastritis/Gastrik:


Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut disebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.

Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.

Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan. Ambil Cuka Teen bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami, amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.

Sumber: Olive House Medic & Business.