AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 15 February 2019

ANDA KENCING BERDARAH ?? BACA NI | Aafiyat Lifestyle Olive House


ANDA KENCING BERDARAH ?? BACA NI | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kencing Berdarah-Hematuria)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah merawat dan mencegah masalah kencing berdarah(hematuria) dengan pemakanan Quranic Food? Apakah punca penyakit ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kencing berdarah boleh disebabkan oleh kehadiran batu di salur kencing (batu karang), jangkitan salur kencing dan kanser pundi kencing dan sebagainya. Puncanya adalah pemakanan yang tidak sihat, tidak berbekam dan emosi negatif yang ada dalam diri sendiri.
Muhasabah diri mengenai sikap, pemakanan dan lakukan bekam sebagai amalan bulanan. Juga ambillah herba-herba yang berkaitan. Kesembuhan itu di tangan Allah dan segala bahan ciptaan-Nya dengan izin-Nya.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kencing berdarah perlu dicari puncanya sebelum dirawat. Antara puncanya ialah batu karang, kanser pundi kencing atau kekurangan agen pembekuan darah yang menyebabkan pendarahan. CT mampu mengelakkan pembentukan batu karang serta melancarkan pengaliran air kencing. Dapatkan pemeriksaan lanjut bagi mencari punca hematuria.

ANDA KENCING BERDARAH ?? BACA NI | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.



HOTLINE 013-461969

Thursday, 14 February 2019

PENYAKIT MELIOIDOSIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


PENYAKIT MELIOIDOSIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Melioidosis)

Assalammu'alaikum doktor. Apakah punca penyakit MELIOIDOSIS, nama kumannya 'burkholderia pseudomallaei'? Adakah dengan amal MZ Olive House Turki, Olivie 30 dan SCT dapat membantu penyakit ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. MZ boleh membantu untuk semua jenis jangkitan dan proses inflamasi. Dos bergantung kepada kesan tindakbalas seseorang.
** Penyakit melioidosis ialah sejenis penyakit jangkitan bakteria yang jarang belaku yang dikesan di kawasan beriklim tropika, terutamanya di Asia Tenggara, Australia Utara, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei yang berada di dalam permukaan air dan tanah. Bakteria ini hidup melata di dalam tanah. Manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria tersebut. Jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu monsoon atau musim hujan. Ini mungkin disebabkan air hujan akan membawa bakteria ini ke permukaan tanah. Cara jangkitan ialah melalui saluran pernafasan (inhalation of contaminated dust or water droplets), terminum air tercemar atau melalui luka di kulit.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Ianya berpunca dari jangkitan kuman Burkholderia Pseudomallei yang terdapat pada air dan tanah yang tercemar. Ianya menyebabkan jangkitan kuman dan pembentukan nanah pada organ-organ dalaman. Rawatannya memerlukan antibiotik yang kuat melalui salur darah. MZ dan CT mampu mempercepatkan proses penyembuhan dengan mengawal pembiakan kuman serta merawat nanah-nanah kecil yang terbentuk pada organ dalaman.

PENYAKIT MELIOIDOSIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House
PENYAKIT MELIOIDOSIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.





HOTLINE 013-461969



Wednesday, 13 February 2019

MASALAH BUASIR ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH BUASIR ? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Amal MZ+Buasir Semakin Teruk)

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada beri ayah minum minyak zaitun dan ayah ada buasir tetapi tidak terkeluar lagi. Apabila ayah minum dalam 4 hari MZ, buasir ayah jadi makin teruk dan hendak terkeluar. Sekarang ayah berhenti minum MZ takut buasir terkeluar dan hendak duduk solat pun sakit. Kenapa terjadi begini doktor?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Minum MZ dan buasir semakin teruk. Dalam kes ini, aya jangka penyakit banyak di usus. Jadi, peringkat awal, usus cuba membuang segala penyakit dan bila selesai. Ia akan mula membina semula sel-sel yang rosak. Harap istiqamah.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Buasir berpunca dari salur darah mengembang di bahagian dubur menyebabkan pendarahan jika pecah akibat tekanan yang tinggi berpunca dari sembelit. MZ sepatutnya mengecutkan buasir kerana ia mengurangkan radang pada salur darah tersebut serta melembutkan najis. CT mampu mengecutkan buasir yang terkeluar dengan menyapu secara terus kepada buasir yang tersembul pada dubur.

MASALAH BUASIR ? | Aafiyat Lifestyle Olive House

MASALAH BUASIR ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.





HOTLINE 013-461969



Tuesday, 12 February 2019

AWAS DERMOID CYST !! | Aafiyat Lifestyle Olive House





AWAS DERMOID CYST !! | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Dermoid Cyst)

Assalammu'alaikum doktor. Pati minyak zaitun Olive House bolehkah membantu untuk rawatan dermoid cyst? Cara penggunaannya bagaimana? Pertengahan bulan 11, saya kena operate buang cyst ini tetapi jika boleh hendak cari alternatif lain untuk elak dari operation.

*Dalam artikel Dr. Hafizah sebelum ini ada tulis boleh merawat cyst (kecuali dermoid) dan mohon penjelasan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Wallahua'lam. Boleh dicuba namun mungkin sangat lambat disebabkan dermoid cyst sudah ada bahan-bahan lain di dalam cyst itu seperti rambut, gigi dan tulang. Kalau kita yakin, bolehlah bersabar dan mendapat pahala yang lebih kerana cyst jenis ini sekiranya tidak besar mana tidak mengganggu kitaran haid. Kemungkinan menjadi kanser juga amat rendah sekiranya mengamalkan Quranic Food.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Dermoid cyst/teratoma ialah ketumbuhan bukan kanser yang berpotensi menjadi kanser jika tidak dibuang. Ianya mengandungi komponen kulit seperti rambut, kelenjar yang tidak bergantung kepada hormon untuk membesar. Bagi ketumbuhan yang bergantung kepada hormon estrogen, MZ dan CT mampu mengecutkannya dengan menyeimbangkan kadar hormon di dalam darah. Rawatan bagi dermoid cyst ialah pembedahan bagi membuangnya secara total seterusnya mengurangkan risiko barah Rahim.

AWAS DERMOID CYST !! | Aafiyat Lifestyle
AWAS DERMOID CYST !! | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.




HOTLINE 013-461969

Monday, 11 February 2019

MASALAH KULIT KEPALA GATAL | Aafiyat Lifestyle


MASALAH KULIT KEPALA GATAL | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kulit Kepala Gatal & Berkerupin)

Assalammu'alaikum doktor. Saya pengamal setia MZ Olive House. Sejak mengamalkan MZ, kulit kepala saya menjadi gatal dan berkerupin-kerupin. Apabila saya berhenti pengambilan MZ, ia kurang gatal kepala. Bolehkah doktor menjelaskan keadaan ini sebab apakah ia begitu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Itu adalah reaksi tindakbalas penyembuhan. Ini dapat dipercepatkan dengan membuat bekam di kepala 2 minggu sekali. Teruskan makan minyak zaitun dan teruskan bersangka baik.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Amalkan MZ secara luar dan dalam. Sapu ke kulit kepala bagi mengelakkan kekeringan yang menyebabkan pembentukan kelumumur dan kegatalan. CT juga perlu dilumur ke kulit kepala 1 jam sebelum mandi dan diperap dengan tuala supaya kesan anti-kulatnya dapat bertindak mengurangkan pembentukan kuping di kulit kepala.


MASALAH KULIT KEPALA GATAL | Aafiyat Lifestyle



Sumber: Olive House Medic & Business.



HOTLINE 013-461969

Sunday, 10 February 2019

MASALAH RADANG HATI | Aafiyat Lifestyle


MASALAH RADANG HATI | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Radang Hati)

Assalammu'alaikum doktor. Ada seorang wanita, umur 30 tahun. Ada lelah dan diaognis radang hati sejak Jun 2014. Sekarang tengah hamil, bulan 11 ini dijangka bersalin. Doktor ada cakap radang hati tiada ubatnya. Baru-baru ini, bayinya berdenyut jantung lemah. Bagaimanakah MZ boleh membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Radang hati boleh dicegah dengan memberhentikan segala pengambilan bahan kimia sintetik dan pengambilan Quranic Food sebagai amalan makanan harian. Herba-herba yang boleh diambil untuk masalah ini contohnya kunyit, milk thistle juga daun dukung anak dicampur susu kambing.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Radang hati (hepatitis) berpunca dari virus hep A-E yang boleh membawa kepada parut hati (liver cirrhosis) seterusnya kegagalan hati untuk menapis racun serta menyingkirkan bilirubin menyebabkan demam kuning (jaundice). MZ dengan sifat anti-inflamasi mampu mengurangkan keradangan serta memperbaiki sel hati. Sifat anti-mikrobialnya juga mampu melemahkan virus serta mengelakkan ianya merosakkan hati.

MASALAH RADANG HATI | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business


HOTLINE 013-461969