AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 11 June 2021

BOLEHKAH COVID-19 MEREBAK MELALUI UDARA? MAKANAN UNTUK PESAKIT COVID-19? | Aafiyat Olive House

Setakat ini, Virus Covid-19 merebak melalui titisan cecair dari hidung, mulut pesakit yang dijangkiti apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan menghembuskan nafas. Titisan cecair ini boleh jadi partikel besar (Droplet) atau partikel besar (Aerosol).

Aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter. Manakala Droplet pula lebih berat dan biasanya akan jatuh lingkungan jarak 1-2 meter.

Kebolehan partikel ini kekal di udara bergantung kepada faktor persekitaran seperti aliran udara dan kelembapan. Apabila kepadatan virus dalam udara tinggi, jangkitan boleh berlaku pada jarak lebih 2 meter dan kepada individu yang hanya merentas ruang udara tersebut. Jadi sentiasa lah memakai pelitup muka dan jaga jarak okay!

Sumber: Bernama


===============================================================


AafiyatSharing : Cadangan Pengambilan Makanan Aafiyat Untuk Pesakit COVID19

Kajian demi kajian membuktikan sifat Habbatus Sauda (Thymoquinone) yang sangat menyokong sistem imuniti tubuh
Namun bagaimana kaedah pengamalan yang dicadangkan untuk mereka yang positif?
Ada beberapa kaedah. Boleh makan, sapu atau titis dalam hidung ketika hilang deria rasa & bau, serta 'diffuse' kan apabila ada batuk dan ketidak selesaan pernafasan.




Cadangan amalan :
1 sudu teh Madu Gunung , di ambil bersama 1/2 sudu teh (2.5ml) Minyak Habbatus Sauda
Boleh diambil terus atau dibancuh dengan air suam.
Sudu kecil ya bukan sudu besar.
Amalkan 2 kali sehari untuk yang tiada simptom ATAU 3 kali sehari untuk yang ada simptom.
1. Pagi perut kosong/sahur
2. Tengahari sebelum makan tengahari
3. Malam betul-betul sebelum tidur
Dengan dos yang sama.
Pastikan ambilan air kosong sekurangnya 2-3 Liter sehari.
Banyakkan pengambilan buahan, sayuran, tinggalkan dulu pengambilan daging serta elakkan semua pengambilan makanan proses termasuk gula putih dan tepung putih.


Jom sampaikan kaedah ini kepada sahabat dan ahli keluarga kita.
Ramai yang Allah izinkan perlindungan dan kesembuhan disamping ikhtiar lain.

Dapatkan produk Olive House!
.
Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :


#share

#OHBM

#OliveHouse

#AafiyatLifestyle

#MudahnyaAafiyat

#Covid19

#KitaJagaKita

#PKP


Saturday, 22 May 2021

PERUT SEBU BERANGIN DI AIDILFITRI?? AMALKAN INI SEKARANG!! | Aafiyat Olive House

Aidilfitri Must Haves!!

Bukan sahaja indah bergaya di hari raya, tetapi sentiasa sihat dan bertenaga dengan seleksi produk Olive House.


DAPATKAN SET INI! Klik http://aafiyat.wasap.my sekarang!


#RayaTetapOnz biarpun berjauhan, pastikan kesihatan keluarga anda dipelihara dengan produk Olive House- Aidilfitri Must Haves.

Titisan Khasiat Anugerah Semulajadi !

#ohbm

Thursday, 15 April 2021

TITISAN KHASIAT ANUGERAH SEMULAJADI ~ RAMADHAN 2021 | Aafiyat Olive House

Sempena Ramadan bakal menjelma, 'level up' tenaga dan imuniti anda dengan Minyak Habbatus Sauda(BSO) dan Madu Dari Pergunungan Kyrgyzstan.


Kekal hebat, dan bertenaga sepanjang Ramadan dengan set ini. Tuan Puan dah hantar Olivie , Madu & BSO Ramadhan ini ke kampung? Ayuh rebut peluang keemasan ini. Kita pun tak pasti tahun depan kita akan beroleh peluang ini lagi ke tak... ?!

Dapatkan Set Ramadan ini (RM149.80 Sahaja) sekarang!

Penghantaran ke seluruh negeri!


Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :

https://wa.me/60134619694

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat


#share

#ohbm

#olivehouse

#aafiyatlifestyle

#mudahnyaaafiyat

#titisankhasiatanugerahsemulajadi

#ramadan


Monday, 22 March 2021

Habbassauda Itu Makanan Sunnah? | Aafiyat Olive House


1) Saya rasa antara cabaran Olive House ketika mula ditubuhkan adalah membetulkan kefahaman pengguna dan masyarakat dalam soal “Makanan Sunnah”. Hampir setiap sesi semasa awal Olive House berkembang, saya akan ulang bahawa term “Makanan Sunnah” itu tidak wujud dan sesat.

Nabi tidak diutus untuk ajar makan makanan tertentu ala-ala Arab. Selera tiap bangsa berbeza, hanya yang Nabi ajar cari yg baik dan halal. Begitu juga pakaian, Nabi tidak mengajar pakai Jubah tetapi kita diajar menutup aurat. Hanya kita berjubah atas faktor kasih da cintakan Nabi, menjadikan kita berpahala kerana mencintai Nabi, bukan sebab itu Syariat yg dituntut.


2) Awal proses, agak susah nak terangkan bahawa amalkan Minyak Zaitun terdapat bukti Saintifik dan bukti Saintifik itu menjadikan kita terpegun kerana Nabi terangkan tentang kebaikannya sebelum bukti Saintifik ditemukan manusia.

Di dalam perbahasan kajian Islam ini dipanggil I’jaz Ilmi (Keajaiban dalam Sains). Keajaiban dalam Sains tidak menjadikan suatu produk itu bertukar menjadi “Makanan Sunnah”, lalu keluarkan teori-teori sesat kesembuhan kepada masyarakat sehingga masyarakat yg asalnya patut kagum dengan keajaiban di dalam Sains dan kehebatan Al-Quran bertukar menjadi skeptikal. Mencampur adukkan bukti Sains dengan khurafat yg disandarkan kepada agama.


3) Alhamdulillah, tempoh 10 tahun walaupun tidak yakin untuk katakan berjaya sepenuhnya tetapi Usahawan Olive House berjaya membawa pemakanan yg terbukti secara Saintifik kepada masyarakat dan dalam masa sama menerangkan keajaiban Al-Quran. Bahkan keajaiban Minyak Zaitun bukan sekadar disebut di dalam Al-Quran tetapi juga dalam Kitab Injil, Zabur dan Taurat. Tapau semua agama. Kombinasi bukti Sains dan Agama.


4) Setelah 10 tahun, Olive House telah membesar dan bernaung di bawah Aafiyat Holdings. Dibawahnya Olive House dan Aafiyat Synergy, mereka bergabung pula untuk memperkenalkan pemakanan yg sama pentingnya seperti Minyak Zaitun tetapi kali ini Black Seed Oil (BSO). Dalam bahasa Arab dipanggil Habbas Sauda atau dalam Bahasa Inggeris Black Cumin Oil.


5) Rasa cabaran kali ini tak banyak beza ketika bangunkan produk Minyak Zaitun. Cuma sekarang team dah ramai, keluarga dah besar, budget dah ada, harapnya semangat berapi-api dan kesungguhan menyebarkan ilmu dan fakta yg benar semakin baik berbanding 10 tahun dahulu.

Kalau dahulu antara cabaran, memerangi fahaman “Makanan Sunnah” yg disesatkan, tetapi kali ini mungkin perlu untuk menerangkan kepada pihak yg rigid dan skeptikal yg merasakan apa sahaja rawatan dan kesembuhan hanya melalui ubat sintetik semata-mata. Selain dari itu dianggap Pseudoscience.

Geng ni saya gelar “Saintis Jadian”. Kelompok “Makanan Sunnah” dan “Saintis Jadian” ini mereka berada pada lubuk yg sama walaupun keduanya bermusuhan. Dua-dua extreme dengan kerangka pemikiran yg mereka percaya. Jika keduanya kembali kepada asas ilmu, nutrisi dan kajian yg terbukti akan dapat dilihat keindahan ilmu pemakanan dan perawatan Sains Moden. Keduanya saling melengkapi.

6) Bukti Sains jelas menunjukkan pemakanan adalah salah satu teknik untuk menjaga kesihatan dan boleh membantu memperkukuhkan Sistem Daya Tahan Tubuh (Immune System). Proses menjaga pemakanan dan memilih pemakanan yg baik seumpama Minyak Habbas Sauda yg mempunyai banyak bukti saintifik dan dapat membantu memperkukuhkan Sistem Immune Tubuh.

Bukti ini tidaklah sehingga membawa kepada fahaman sonsang untuk menafikan Vaksin secara mutlak dan menolak kewujudan dan peranan para Doktor serta Hospital.

Makanan adalah sumber penting untuk manusia. Makanan yg baik sepastinya boleh membantu kepada kesihatan tubuh badan manusia dan salah satunya adalah Minyak Habbas Sauda. Lebih indah apabila keajaiban minyak ini yg semakin banyak ditemukan bukti saintifik dan pernah dinyatakan oleh Nabi sebagai salah satu pemakanan yg patut dijadikan amalan untuk setiap daripada kita.

Peranan Aafiyat Group sangat simple, kami hanya bertindak memastikan produk berkualiti dan tidak palsu. Kedua, kami berperanan untuk kongsikan info dan knowledge yg betul, tidak bersama kelompok “Makanan Sunnah” yg sesat dan tidak bersama kelompok “Saintis Jadian” yg menafikan makanan sebagai salah satu intrumen penentu kesihatan tubuh badan manusia.

7) Saya dipaksa menulis kali ini sebab Aafiyat Group yg bergabung bersama Olive House dan Aafiyat Synergy melancarkan kempen memperkukuhkan Immune Tubuh badan manusia sempena COVID-19.

Memperkenalkan kepada masyarakat kehebatan salah satu herba yg memberi faedah positif kepada Sistem Daya Tahan Tubuh dan pernah diungkapkan oleh Nabi tentangnya. Terdapat banyak ilmu dan bukti Saintifik yg boleh dikongsikan sebagai ikhtiar tambahan untuk meningkatkan Immune System masing-masing.

Ini merupakan satu usaha bersama kepada agenda National buat seluruh rakyat Malaysia agar “Kita jaga Kita”. Aafiyat Group melancarkan campaign 1 Rumah 1 Minyak Habbas Sauda!

Semoga segala usaha ini dipermudahkan buat semua team Aafiyat Group.

Sumber: YBhg Ustaz Aidil Azwal Zainudin (Presiden Aafiyat Holdings)

Tuesday, 16 February 2021

PROMOSI SPECIAL FEBRUARY OLIVE HOUSE: SET BIPC CERGAS + SET BIPC TENANG + SET BIPC MANIS | Aafiyat Olive House

 Sempena Bulan Februari Ini, berita baik untuk kalian semua dapatkan Exclusive Mask Olive House dengan mana-mana pembelian Set BIPC ( BIPC Cergas/ BIPC Manis/ BIPC Tenang) secara PERCUMA !!

Sementara stok masih ada❗❗




Ayuh, rebut promosi ini dapatkan Set BIPC dan 'claim' Exclusive Mask Olive House di mana-mana ejen terdekat, secara online ataupun melalui talian hotline kami!
Tawaran bermula dari 12 Februari hingga 31 March 2021 .

Boost Your Immunity, Protect Your Community.

Jemput mai singgah!

Lokasi:
OLIVE HOUSE Bukit Mertajam
No. 1015, Jalan Baru,
Taman Bunga Raya,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
013-461 9694


Terussss sampaiiii...

#ohbm
.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
.
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat
#kitajagakita

Friday, 22 January 2021

TAK MAKAN BANYAK PUN, TAPI BERAT BADAN SEMAKIN MENINGKAT? | Aafiyat Olive House

Aik? Kenapa tak makan banyak tapi berat badan asyik naik ?

Jom 'check-out' punca mengapa berat badan masih lagi naik walaupun sudah mengawal permakanan anda 👇







Untuk lebih tips kesihatan dan kehidupan jom follow kami di http://houseofquranicfoods.blogspot.com/


Sama-sama Kita Amalkan

Gaya Hidup Aafiyat


#share

#ohbm

#olivehouse

#aafiyatlifestyle

#mudahnyaaafiyat

#azamaafiyat

#jointhefighttreatyourheartright