Minyak Zaitun & Jerawat
(Dr. Hafizah Amanulla)
Kulit kita secara semulajadi Allah S.W.T. ciptakan mempunyai sejenis lapisan pelindung yang dipanggil acid-mantle barrier. Lapisan pelindung ini sedikit berasid dan bertindak sebagai pelindung dari virus, bakteria dan pelbagai punca masalah kulit yang lain. Lapisan ini dirosakkan dengan penggunaan bahan pencuci dan krim-krim muka yang sarat dengan bahan kimia yang kita sendiri tidak faham dan amat susah untuk disebut. Apabila lapisan ini musnah, maka senanglah kulit kita diancam bahaya dan terjadilah jerawat.
Bagi merawat masalah sebegini, puncanya haruslah dihentikan. Tukarkan semua bahan pencuci dengan bahan yang berasaskan semulajadi contohnya sabun minyak zaitun(castile soap). Selepas mencuci muka, keringkan dengan tuala bersih. Gunakan kapas muka dan sapukan toner buatan sendiri ke seluruh wajah termasuk leher. Toner ini boleh dibuat dengan mencampurkan cuka tin (atau cuka buah yang lain) dengan air dengan nisbah 1:3. Jikalau kulit anda sensitif, campuran tadi boleh dicairkan lagi mengikut kesesuaian. Setelah itu, tunggu sehingga lapisan cuka tadi kering dan anda dapat merasakan kulit menjadi halus. Asid asetik dalam cuka ini membantu kulit membentuk semula lapisan pelindung padanya. (Amaran: Jangan sesekali menggunakan cuka makan). Setelah kering, sapu dan urut minyak zaitun ke wajah. Lakukan ini 2 kali sehari. Elakkan memakai bedak asas, atau sebarang krim lain. Minyak zaitun mempunyai kandungan polyphenol yang memelihara sel dari kerosakan, komponen antibakteria yang menghalang dari menerukkan masalah jerawat dan komponen anti-inflamatori yang menghentikan radang pada jerawat.
Bergantung kepada ciri unik masing-masing, ada antara masalah jerawat terus berkurangan dalam masa seminggu dan ada yang menjadi lebih teruk. Bagi yang menjadi lebih teruk (lebih banyak jerawat keluar), anda haruslah bersabar kerana minyak zaitun bersifat menarik toksin keluar dari kulit dan jika amalan ini diteruskan dengan konsisten, hasilnya insyaa Allah, amat memuaskan. Jikalau dalam masa 2 minggu, masalah belum selesai, bolehlah jalani terapi bekam wajah bagi mengeluarkan toksin dengan cepat.
Bagi yang mempunyai kulit berminyak seminggu sekali bolehlah mencuba masker madu asli dicampur asam limau nipis(atau lemon), disapu di wajah dan dibiarkan selama 30 minit sebelum membasuh dengan air suam.
Di samping rawatan topikal, pemakanan juga perlu dijaga. Elakkan makanan proses semampu yang mungkin. Jikalau sebelum ini gemar mengunyah keropok, makan coklat dan makan kek, sila gantikan makanan-makanan itu dengan buah kurma, tin, angggur, pisang atau kekacang yang disediakan sendiri. Sentiasa sediakan bekas kecil dalam beg tangan anda dan isi dengan makanan ‘superfood’ ini supaya anda boleh makan bila perlu. Waallahu'alam.
Di samping rawatan topikal, pemakanan juga perlu dijaga. Elakkan makanan proses semampu yang mungkin. Jikalau sebelum ini gemar mengunyah keropok, makan coklat dan makan kek, sila gantikan makanan-makanan itu dengan buah kurma, tin, angggur, pisang atau kekacang yang disediakan sendiri. Sentiasa sediakan bekas kecil dalam beg tangan anda dan isi dengan makanan ‘superfood’ ini supaya anda boleh makan bila perlu. Waallahu'alam.
No comments:
Post a Comment