AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 6 January 2016

Masalah Dyslexia atau Disleksia




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Dyslexia atau Disleksia):

Assalammu'alaikum doktor. 
Dyslexia atau Disleksia adalah satu gangguan atau masalah dalam perkembangan membaca, menulis, memahami dengan lancar yang umumnya terjadi pada anak-anak menginjak usia 7-8 tahun. Adakah MZ dan Quranic Food yang lain dapat membantu? Apakah punca terjadinya masalah ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Dyslexia adalah masalah membaca dan sebenarnya sejenis masalah fungsi otak. Puncanya adalah pelbagai (maklumlah kita sedang berada dalam fitnah teknologi, pemakanan dan ubatan yang amat besar hari ini) dan sudah pasti Quranic Food membantu. Amalkan juga bekam di kepala 2 minggu sekali dan kembali kepada cara hidup Islam. Kurangkan masa dengan skrin sama ada tv atau tablet. Berikan kasih sayang yang tinggi  berlandaskan Islam dan bukan nafsu (desire). Insya Allah, wallahu a'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam.
 Dyslexia adalah masalah dalam perkembangan otak yang melibatkan fungsi kognitif seperti pembacaan. Ia berlaku akibat otak yang tidak dirangsang dan masalah psikologi semasa pembesaran. Rawatannya ialah dengan merangsang otak kanak-kanak terbabit melalui sesi terapi pertuturan jika ibu bapa tidak mempunyai kemahiran atau masa. Masalah yang melibatkan pendengaran serta lidah yang melekat pada lantai mulut juga perlu diperiksa kerana ada kes yang melibatkan pembacaan dan pertuturan tetapi berpunca dari bayi yang separa pekak atau lidah yang tidak normal. Quranic Food seperti olive oil mengandungi bahan yang membina otak seperti MUFA sesuai bagi perkembangan otak kanak-kanak semasa pembesaran.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

No comments:

Post a Comment