Saya juga bersetuju dengan kata-kata sahabat saya Dr Norman Norawi.
===============================================================
"Masyarakat menjadi keliru kerana sentiasa diberitahu bahawa
makanan yang sihat adalah makanan yang rendah kolesterol dan rendah kalori
semata-mata. Sedangkan hakikatnya makanan yang menyebabkan keradangan tiada
kena mengena dengan kandungan kolesterol di dalamnya.
Makanan seperti telur terutamanya telur kuning dikatakan tidak
sihat kerana kandungan kolesterol sedangkan kuning telur mengandungi beta
karotin yang merupakan bahan anti keradangan.
Oleh kerana itu apabila kajian ke atas telur secara terus dijalankan
didapati ia tidak meningkatkan risiko penyakit jantung. Sedangkan makanan
seperti gula dan lemak trans (marjerin, krimer) yang menyebabkan keradangan
meningkatkan risiko kardiovaskular secara terus tetapi susah di fahami oleh
sesetengah ahli kesihatan yang hanya memahami konsep kiraan kalori dan
kolesterol.
Masyarakat perlu didedahkan dengan punca sebenarnya
penyakit-penyakit kronik untuk mereka mengambil langkah-langkah pencegahan yang
betul. Situasi semasa yang kita lihat hari ini dengan pelbagai penyakit kronik
yang melanda masyarakat kita seperti wabak yang amat sukar dibendung adalah
berpunca daripada salah faham tentang konsep sebenar penyakit terjadi dan
kaedah yang pencegahan yang sebenarnya.
Yang lebih malang apabila ahli kesihatan sendiri dilihat keliru
dengan konsep ini kerana tiadanya pendedahan tentang perkembangan kajian-kajian
terbaru disamping tiadanya subjek perubatan nutrisi (Nutritional Medicine) yang
diajar secara khusus kepada mereka. Subjek ini amat penting dan kritikal kepada
semua masyarakat terutamanya ahli-ahli kesihatan untuk membendung masalah
kesihatan yang semakin menular sekarang.
Ia sepatutnya dijadikan subjek dalam pengajian perubatan untuk
semua ahli perubatan daripada doktor, jururawat, paramedik hinggalah kakitangan
kesihatan keseluruhannya. Insyaallah”
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS
(Man), MSc(UCSI), FAGE (MAHE)
Sumber: #DrZubaidiHjAhmad
*Dikongsi: houseofquranicfoods.blogspot.com*
No comments:
Post a Comment