Pelbagai petua dan kaedah yang boleh diguna pakai dalam menyembuhkan masalah kulit berjerawat. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan minyak zaitun. Mengapa minyak zaitun? Kenali ciri – ciri minyak tersebut dan cara menggunakannya;
Ciri – ciri minyak zaitun
- Minyak zaitun mengandungi ‘ polyphenols’ sejenis antioksida yang berkuasa membantu menyembuhkan kulit berjerawat dengan pantas, membantu melawan radikal bebas dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Memiliki kandungan anti bakteria dan membantu menyingkirkan bakteria penyebab jerawat. Selain itu, ia membantu mencegah dari keadaan jerawat bertambah parah akibat dari jangkitan bakteria.
- Ia turut mengandungi anti radang yang dapat menghentikan kesakitan dan keradangan pada kulit yang ditumbuhi jerawat.
- Tinggi dengan kandungan Vitamin E dan lemak asid yang membantu meningkatkan kesihatan kulit dari masa ke semasa.
Bagaimana menggunakan minyak zaitun untuk membantu merawat jerawat:
Kaedah pertama:
- Tuang minyak lebih kurang satu sudu ke tapak tangan.
- Sapu pada kulit wajah yang telah dibersihkan dengan pembersih wajah.
- Biarkan selama setengah jam dan bersihkan dengan menggunakan air suam
- Boleh dibiarkan semalaman dan cuci keesokan paginya
Kaedah kedua:
- Bancuh satu sudu minyak zaitun bersama satu sudu baking soda
- Sapu pada wajah dan urut secara perlahan – lahan selama 10 minit dan biarkan ke 30 minit
- Bersihkan wajah dengan air yang bersih
Kaedah ketiga:
- Gunakan ¼ minyak zaitun dan satu cawan garam.
- Kacau hingga sebati dan sapu pada wajah sambil wajah diurut – urut secara perlahan – lahan
- Biarkan selama 5 – 10 minit. bilas dengan air bersih
GUNAKAN SEKARANG UNTUK MENGATASI MASALAH JERAWAT ANDA!
Klik di sini olivehousebukitmertajam.wasap.my atau HOTLINE 013-4619694 untuk dapatkan original MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN ini.
No comments:
Post a Comment