EKSLUSIF DARI OLIVE HOUSE
MELAWAT LADANG & KILANG OLIVIE PLUS 30X KELUARAN OLIVE HOUSE
NANTIKAN SEBENTAR LAGI
HANYA YANG TERBAIK DARI OLIVE HOUSE
MELAWAT LADANG & KILANG OLIVIE PLUS 30X KELUARAN OLIVE HOUSE
NANTIKAN SEBENTAR LAGI
HANYA YANG TERBAIK DARI OLIVE HOUSE
PERINGKAT PERTAMA : PENANAMAN BUAH ZAITUN OLIVIE PLUS 30X
Ladang buah zaitun bagi produk Olivie Plus 30X adalah terletak di Farm El Brouj, Settat, Morocco yang berkeluasan seluas 600 hektar. Ia diproses oleh syarikat yang terkemuka, Atlas Olive Oils yang berpengalaman selama 125 tahun menghasilkan minyak zaitun extra virgin terbaik di dunia.
Suhu ladang buah zaitun boleh mencecah 53 darjah Celsius pada waktu musim panas.
KEADAAN TANAH MENENTUKAN MUTU DAN KUALITI BUAH ZAITUN
Keadaan tanah sememangnya menjadi penentu mutu dan kualiti buah zaitun yang ditanam. Keadaan tanah yang panas, kering dan berbatu amat sesuai untuk menghasilkan buah zaitun yang bermutu tinggi kerana pokok zaitun akan membentuk fenomena ketahanan (instinct survival). Kesannya adalah pokok zaitun akan mengeluarkan polifenol yang sangat tinggi yang amat baik bagi kesihatan.
PERINGKAT KEDUA – PEMILIHAN BUAH UNTUK DITUAI
Buah Zaitun yang segar dan terbaik akan dipilih sebelum tuaian dilakukan. Pemilihan dibuat berdasarkan warna buah zaitun yang berwarna kuning-hijau-keunguan yang menunjukkan polifenol di dalam buah zaitun telah sampai ke tahap tertinggi
PERINGKAT KETIGA – PENUAIAN
Buah Zaitun dituai dengan menggunakan mesin yang akan memotong daun zaitun dan seterusnya buah zaitun dituai. Dengan menggunakan mesin, buah zaitun tidak akan jatuh ke tanah dan kekal bersih dan segar dari dahan.
Suhu untuk penuaian adalah 18-20 darjah Celsius
PERINGKAT KEEMPAT – PENGASINGAN
Buah Zaitun dari mesin tuaian akan dibawa ke kilang yang terletak di dalam ladang yang sama. Buah Zaitun akan dikeluarkan dan diasingkan diantara buah zaitun, ranting dan daun buah zaitun. Daun buah zaitun akan dibuang di ladang bagi tujuan menyuburkan tanah.
PERINGKAT KELIMA – PEMBERSIHAN BUAH ZAITUN
Buah Zaitun akan ditimbang ke dalam mesin dan kemudiannya dibersihkan dengan menggunakan air bersih.
Sampel buah zaitun akan diambil sebelum proses melumatkan buah zaitun bagi memastikan kualiti buah zaitun adalah tinggi dengan Polifenol. Atlas Olive Oils mempunyai makmal tersendiri yang akan menguji kualiti minyak zaitun.
PERINGKAT KEENAM – PENGHANCURAN DAN PENGULIAN BUAH ZAITUN
Buah Zaitun yang telah dibersihkan akan dihancurkan dengan menggunakan mesin hammer mill dengan putaran kelajuan 9000 kilogram minyak zaitun sejam.
Proses penghancuran buah zaitun akan menghasilkan pes zaitun yang akan diuli dengan menggunakan mesin bagi mengekstrak minyak zaitun.
Suhu normal pengekstrakan adalah 23 hingga 24 darjah celsius.
Kesemua mesin adalah diperbuat daripada keluli tahan karat dan akan dipantau kebersihan pada setiap masa.
KESEMUA PROSES TIDAK MENGGUNAKAN HABA ATAU PEMANASAN BAGI MENGHASILKAN MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN YANG BERKUALITI TINGGI DAN MENGOPTIMUMKAN KHASIAT MINYAK ZAITUN
Pengekstrakan pertama pati minyak zaitun Olivie Plus 30x yang akan disimpan di dalam tangki inox.
PROSES KETUJUH : PENYIMPANAN MINYAK ZAITUN
Selepas pengekstrakan, minyak zaitun akan disimpan di dalam tangka inox yang ditempatkan di bilik berhawa dingin pada suhu 20 darjah Celsius bagi memastikan kualiti yang terbaik.
Pemeriksaan kualiti minyak zaitun Olivie Plus 30X akan diperiksa pada setiap tangki sebelum dibotolkan.
Minyak Zaitun Extra Virigin Olivie 30 Plus 30X akan dimasukkan ke dalam botol dengan menggunakan mesin.
Botol akan dibersihkan dengan tekanan udara yang kuat terlebih dahulu bagi membersihkan dari pelbagai benda asing.
Pengisian minyak, pengedapan tutup botol dan pelekatan label adalah dilakukan oleh mesin yang dibina khas dari Sepanyol.
Setelah selesai pembotolan, Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30X akan dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan penghantaran kepada anda!!
Kami di Olive House bertanggungjawab memastikan Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30X keluaran Olive House adalah berkualiti dan bermutu tinggi
Dapatkan segera!!
Pati Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x (250 ml)
RM 119.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 124.90 (Sabah/Sarawak)
RM 119.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 124.90 (Sabah/Sarawak)
ATAU
Pati Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x (50 ml)
RM 29.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 34.90 (Sabah/Sarawak)
RM 29.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 34.90 (Sabah/Sarawak)
HUBUNGI ATAU WHATSAPP HOTLINE : 013-4619694 atau klik sini http://olivehousebm.wasap.my
KUNJUNGI WEBSITE OLIVIE PLUS 30x MOROCCO DI http://www.olivie.ma/malay/home.html
No comments:
Post a Comment