Strok di Malaysia.
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.
Apakah strok?
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.
Apa yang menyebabkan penyakit strok?
Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak.
Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.
Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik
Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Termasuklah
1.Tekanan darah tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing manis
4.Kegemukan
Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.
Minyak Zaitun membantu mencegah STROK dengan mengamalkan 2 sudu setiap hari.Sama-sama amalkan gaya hidup Aafiyat. Klik http://aafiyat.wasap.my
No comments:
Post a Comment