AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Saturday, 14 July 2018

SEKARANG MUSIM DURIAN NAK MAKAN DURIAN BOLEH TAK? | Aafiyat Lifestyle



Musim buah datang lagi, kalau 3 bulan lepas durian sekilo dalam RM25, sekarang dah viral durian antara RM3-4.
.
Boleh tak makan durian semasa diet? Durian banyak kebaikkannya cuma kalorinya tinggi itu yang kena berhati-hati. Seulas antara 60-150 kcal bergantung kepada saiz dan ketebalan isinya.
.
Rupanya banyak kebaikkan durian ni, di antaranya:

10 FAKTA MENARIK BUAH DURIAN 
.
1⃣Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50-60kcal. Tidaklah tinggi sangat.
.
2⃣Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
.
3⃣Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus.
.
4⃣Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat).
.
5⃣Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
.
6⃣Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman. 😚
.
7⃣Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
.
8⃣Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
.
9⃣Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
.
🔟Oklah enjoy musim durian dan makanlah dengan ilmu yang lebih baik.
.
Sekarang kalau ada orang yang cepat buka mulut dan berkata “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”, anda boleh kongsi ilmu dengan mereka.
.
Korang nak makan durian kalau tengah diet ni jangan le bersama pulut, santan, gula, cendol, air garam, gula nanti kalori berganda akibatnya perut semakin gendut.
.
Bila makan durian, abaikan makan tengahari dan malam, lebihkan minum air kosong semoga proses pemerutan berjalan lancar.
.
So? BOLEHKAH MAKAN DURIAN?
.
Jawapannya boleh! Asalkan sekali makan 1-5 ulas dan bukan 1-5 biji durian. Sekali sekala boleh, setiap hari rasanya saya sendiri pun nak muntah🤢
.
.
Ingin perkhidmatan pemakanan secara sihat Aafiyat? Klik sini http://aafiyat.wasap.my 


#share
#like
#ahmadfazriazzaituni
#durian
#diet
#durianviral
#aafiyatlifestyle
#olivehouse

No comments:

Post a Comment