AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 30 September 2018

MADU MAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

MADU MAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pelanggan 

Assalamualaikum para doktor. Di sini saya ada satu soalan berkenaan dengan madu lebah asli. Adakah madu lebah asli sesuai dengan semua orang termasuk orang yang pernah ada penyakit atau sedang alami penyakit. Maksud saya, sekiranya seseorang yang pernah menjalani pembedahan besar, bius sana sini, kemudian dia mengamalkan minum madu setiap hari. Adakah kesan atau akibat atau apa-apa tindak balas ke atas badannya? Sekiranya ada, perlukah dia berhenti minum madu atau teruskan kerana itu mungkin tindakbalas awal. Jawapan yang doktor berikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Menurut Al-Quran madu sememangnya penawar untuk semua manusia dan untuk menerimanya, terdapat keadaan manusia atau penyakit di mana madu tidak boleh digunakan adalah bercanggah dengan fakta Al-Quran. Cuma mungkin cara pengambilannya dan waktu pengambilannya harus diubah. Madu lebah mempunyai cara-cara tertentu untuk diambil sama ada secara terus, dibancuh air sejuk atau dibancuh dengan air suam atau air suhu bilik. Satu lagi yang harus diingat adalah kesan yang dirasai setelah kita mengambil satu zat atau ubatan alami adalah efek penyembuhan kerana bahan-bahan yang terdapat dalam bahan alami bertindak merangsang fungsi tubuh sedangkan bahan kimia bertindak merencat sistem tubuh dan apabila fungsi tubuh direncat, ini yang dinamakan kesan sampingan ubatan. Diharap dapat terus istiqamah. Wallahu A'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Madu untuk selepas pembedahan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta mengelakkan jangkitan kuman. Cuma perlu dipastikan madu tersebut madu yang asli dan bukan gula cair yang banyak terdapat di pasaran.


Sumber: Olive House Medic & Business.

MADU MAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Saturday, 29 September 2018

HARI JANTUNG SEDUNIA (PART 1) | Aafiyat Lifestyle

HARI JANTUNG SEDUNIA (PART 1) | Aafiyat Lifestyle

Makan HATI Berulamkan JANTUNG??
Buah HATI Pengarang JANTUNG??
JANTUNG HATIku??

Cewah 😅😍

Dan,
Kalau Kita buat Carian JANTUNG / HEART Di Medsos pun, pasti Gambar yang Keluar paling Banyak ialah Gambar Di atas ..

Ini juga Gambaran PERTAMA apabila mulut Menyebut Perkataan Jantung / Heart & Minda Separa Sedar Kita akan terus PANTAS visualkan ❤❤

Simbol ❤ pada Istilah Heart / Jantung menunjukkan Frasa yang SERING diungkapkan apabila bertutur dengan Orang yang Kita PALING SAYANG pada Sesuatu Situasi.

Istilah Sebegitu telah menjadi Kebiasaan dan Betapa Kita Sering meletakkan Simbol ❤
Pada Perkataan Jantung / Heart.

Namun, adakah Minda & Mulut Kita SEIRING dengan Perbuatan / Action Kita? hmm 

Adakah Kita SEDAR bahawa Sememangnya JANTUNG adalah Organ TerSANGAT PENTING Untuk Kekal DiSAYANGi & DiJAGA?? hmmm

Dan,
Gambar di Bawah Pula menunjukkan Anatomi Jantung secara asasnya dan Kita Sangat Perlu SEDAR bahawa :

JANTUNG akan Kekal 'berJALAN' walaupun Kita Tidur,

JANTUNG akan Kekal 'berJALAN' walaupun Kita Berjaga,

Tetapi,

JANTUNG akan berhenti JALAN apabila Kita Yang 'berJALAN' meninggalkan Alam Dunia.

So, sementara Kita yang Belum 'JALAN',
Bagaimana 'ACTION' Kita Untuk SELARI dengan Mulut & Minda??

Nak Kena Join Marathon sedia-sedia ke?
Nak Kena mulakan Diet Tertentu yang ada period Tertentu ke?
Nak Kena Pantang Makanan Tertentu ke?

🙌🏻 🙌🏻🙌🏻
Stay Tuned to next Part 😎

Thursday, 27 September 2018

BARU NAK MENCUBA? TAK TAHU NAK PILIH MZ @ OLIVIE? JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

BARU NAK MENCUBA? TAK TAHU NAK PILIH MZ @ OLIVIE? JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pelanggan 

Assalammu'alaikum doktor. Bagi pelanggan yang baru hendak amalkan suppplement dan nak memilih pati Olivie Plus 30x atau minyak zaitun Turki, bagaimana MZ atau Olivie dapat membantu kesihatan secara menyeluruh? Pelanggan setakat hari ini tidak mempunyai masalah kesihatan lagi.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Tubuh badan manusia mengawal kestabilan keadaan dalaman tubuh badan melalui proses homeostasis. Pendedahan tubuh kepada pencemaran luar (udara, makanan) serta proses perkumuhan menyebabkan tubuh badan terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Secara alaminya, tubuh akan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tersebut tetapi jika bahan tersebut melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh tubuh, ia akan tersimpan di dalam tubuh seterusnya mengganggu fungsi organ. Di sinilah, peranan makanan tambahan terutamanya Quranic Food. Ia membantu tubuh menyingkirkan bahan-bahan toksik/beracun kepada badan melalui kandungan polifenol dan hydroxytyrosol yang bersifat anti-oksida dan anti-inflamasi. Pengambilan secara berterusan pasti akan mengurangkan risiko bagi penyakit kronik serta mengembalikan fungsi normal tubuh badan secara alami.  

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi yang tiada masalah kesihatan dan amalan pemakanannya baik, memadailah mengambil pati minyak zaitun biasa(EVOO Turki) sahaja. Namun, bagi yang tidak jaga pemakanan, merokok atau ada apa-apa faktor yang berisiko ke arah penyakit, bolehlah diambil/amalkan pati minyak zaitu Olivie+30(Morocco). Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

BARU NAK MENCUBA? TAK TAHU NAK PILIH MZ @ OLIVIE? JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

WANITA HAMIL & CUKA. APA WANITA PERLU TAHU. I Aafiyat Lifestyle

WANITA HAMIL & CUKA. APA WANITA PERLU TAHU. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan

Assalam. Bolehkah orang mengandung amalkan cuka dan bagaimana caranya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Olive oil dan fig vinegar untuk wanita mengandung;

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kedua2 bahan ini berbahaya kepada wanita mengandung mahupun bayi yang di kandung. Senarai bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung oleh American Pregnancy Association tidak menyenaraikan kedua-dua bahan ini sebagai berbahaya.

Olive oil & fig vinegar sangat membantu menghilangkan loya (morning sickness) dan sembelit yang sering dialami oleh wanita bersalin.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Untuk orang mengandung, boleh ambil macam orang biasa, 2 sudu kecil dalam plain water dan anak yang umurnya kurang dari 3 tahun pengambilannya, 1 sudu kecil. Yang penting jangan bagi terus, pastikan dilute dengan air.

Sumber: Olive House Medic & Business.

WANITA HAMIL & CUKA. APA WANITA PERLU TAHU. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Wednesday, 26 September 2018

OVARIAN CYST & OLIVIE PLUS 30x. APA WANITA PERLU TAHU? I Aafiyat Lifestyle

OVARIAN CYST & OLIVIE PLUS 30x.  APA WANITA PERLU TAHU? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ovarian Cyst Membesar)

Assalammu'alaikum doktor.  Saya ingin bertanya, saya ada ovarian cyst yang semakin besar dan Dr. Kevin ini mencadangkan untuk buang rahim bagi mengelak masalah berulang. Doktor kata itu punca dari jangkitannya. Saya juga ada amalkan pati Olivie Plus 30x dan keadaan masih sama, mungkin ada pemakanan saya yang kurang betul. Mohon pencerahan dari doktor.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah ovarian cyst berkaitan jangkitan yang digalakkan buang rahim biasanya dinamakan PID (Pelvic Inflammatory Disease). Dalam kes ini ianya mungkin disebabkan masalah endometriosis kronik yang kemudiannya mendapat jangkitan. Biasanya dalam kes inflamasi kronik ini, kesembuhan agak lambat dan perlu bersabar.
Saya cadangkan  Quranic Food diambil dan pada masa yang sama berbekam secara kerap seminggu sekali agar kesan penyembuhan dapat dihadapi dengan mudah. Semua penyakit ada ubatnya kerana dalam badan kita sendiri ada sistem homeostasis yang sentiasa membaiki apa yang rosak. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ovarian cyst berlaku apabila terdapat kantung mengandungi cecair di dalam kilang telur ovari. Ianya tidak menjadi masalah jika saiznya kecil dan tidak menyebabkan symptom akibat tertekan kepada organ sekeliling seperti kerap kencing, sukar membuang air besar atau ganguan hubungan seksual. Ovarian cyst terbahagi kepada functional cyst iaitu saiznya berubah disebabkan hormone atau non-functional cyst yang tidak mengecut malah boleh membesar. Sekalipun ia bukan sejenis kanser, doktor akan mencadangkan pembedahan bagi membuang cyst yang membesar serta memberikan symptom. Amalkan olive oil dan fig vinegar dan dalam masa yang sama, cuba dapatkan konsultansi kesihatan dari pakar sakit puan. Jika terdapat petanda cyst tersebut pecah (kesakitan perut yang kuat secara tiba-tiba diikuti demam dan muntah). Sila dapatkan rawatan kecemasan. 

Sumber: Olive House Medic & Business.
OVARIAN CYST & OLIVIE PLUS 30x.  APA WANITA PERLU TAHU? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 25 September 2018

MZ & SCT UNTUK MASALAH BUASIR ? BERKESAN KER? I Aafiyat Lifestyle





MZ & SCT UNTUK MASALAH BUASIR ? BERKESAN KER? I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan 

Assalammu’alaikum doktor. Penyakit buasir perlu minum MZ & SCT ke? Berapa dos? Buasir dah mula keluar, sakit dah dua tahun lebih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Buasir/Hemorrhoid:
Buasir ialah pembengkakan salur darah vena di bahagian dubur. Ianya boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar dan salur darah bersama lapisan usus boleh terkeluar dari dubur menyebabkan kesakitan. Punca bagi buasir ialah sembelit yang kerap dan obesiti.
Olive oil membantu dengan melembutkan najis dan menghalang sembelit.
Fig vinegar mampu mengecutkan tisu yang bengkak. Tekapkan kapas yang di rendam di dalam vinegar kepada tisu yang terkeluar melalui dubur. Ulang sehingga ianya mengecut.
Pastikan pengambilan air dan serat yang mencukupi melalui buah dan sayur. Elakkan meneran jika sembelit. Amalkan sitz bath iaitu berendam duduk di dalam air suam bergaram selama 15 minit 3 kali sehari.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit buasir, amalkan MZ & SCT macam biasa cuma tolong biasakan makan sedikit dan lebihkan serat dalam makanan. Buah Teen banyak serat. Elakkan minum susu, milo, soya, makan ayam bandar, gandum dan minyak habbatus sauda boleh disapu di bahagian dubur setiap kali lepas buang air besar.

Boleh juga amalkan 'sitz bath': ianya adalah untuk mengurangkan sakit pada dubur atau perineum. Ianya adalah dengan berendam dalam keadaan memeluk lutut, bahagian punggung dibiarkan terendam dalam air yang dicampur garam, soda bikarbonat atau cuka. Boleh juga amalkan herba-herba seperti witch hazel dan sebagainya.

Antara petua lain ialah tumbuk seinci halia dan letakkan si dubur selama 5 minit, buat sekali sehari sampai lega.

Petua lain lagi: Boleh amalkan minuman cuka teen+madu+serbuk kayu manis, dibancuh dengan air suam dan diminum sebelum makan.

Sumber: Olive House Medic & Business.


MZ & SCT UNTUK MASALAH BUASIR ? BERKESAN KER? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 24 September 2018

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 4) | Aafiyat Lifestyle





DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 4) | Aafiyat Lifestyle



Akhir sekali, tidak rugi diamalkan Jus & Pati Delima Olive House ini kepada anda yang sering merasa tertekan, emosi terganggu mahupun yang sedang berhadapan dengan masalah Seksualiti. Khasiat Asid Amino Perlu di dalamnya akan membantu menstabilkan emosi, perasaan serta membantu kepada kesihatan Organ Pembiakan, baik untuk golongan Lelaki mahupun Wanita.
Kualiti Terbaik, matlamat utama Kami!

Olive House,
Pencetus Senyuman Semulajadi..

Delima, Anugerah Kekayaan | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini  http://aafiyat.wasap.my


Sunday, 23 September 2018

KESEGARAN JUS DELIMA OLIVE HOUSE YANG 'MELETOP' | Aafiyat Lifestyle

KESEGARAN JUS DELIMA OLIVE HOUSE YANG 'MELETOP' | Aafiyat Lifestyle

KONGSI BERSAMA KESEGARAN JUS DELIMA ORGANIK OLIVE HOUSE 

Rasai kesegaran Jus Delima Organik Olive House hari ini dan kongsi bersama yang tersayang. 

-----

RASAKAN KESEGARAN YANG 'MELETOP'

Badan terasa lemah sepanjang hujung minggu? Amalkan segelas Jus Delima Olive House untuk kesegaran sepanjang hari.


#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat
#jusdelima

KESEGARAN JUS DELIMA OLIVE HOUSE YANG 'MELETOP' | Aafiyat Lifestyle

Saturday, 22 September 2018

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 3) | Aafiyat Lifestyle

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 3) | Aafiyat Lifestyle
Kepelbagaian Vitamin dan Mineral terutamanya Vitamin C di dalam Pati Delima ini menjadikannya sebagai Menu Harian Wajib buat Wanita yang ingin mengandung, sedang mengandung dan dalam tempoh berpantang dengan kelebihan dan manfaat kepada penghasilan Otak yang Cerdas serta Tubuh Badan yang Cergas, baik kepada Ibu mahupun Bayi.

Delima, Anugerah Kekayaan | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini  http://aafiyat.wasap.my

Friday, 21 September 2018

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 2) | Aafiyat Lifestyle

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 2) | Aafiyat Lifestyle


Alhamdulillah, Olive House berpeluang mengadakan hubungan perniagaan dengan Syarikat Az-Granata yang terletak dalam Wilayah Agsu ini yang memasarkan Jus dan Pati Delima dengan perahan keseluruhan bahagian Buah Delima termasuk Kulit, Empulur (berwarna putih) serta bijinya.Teknik penghasilan Jus & Pati Delima pula berprofile canggih dan masih menitikberatkan pengekalan khasiat di dalamnya.

Delima, Anugerah Kekayaan | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini  http://aafiyat.wasap.my


Wednesday, 19 September 2018

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 1) | Aafiyat Lifestyle

DELIMA, ANUGERAH KEKAYAAN (SIRI 1) | Aafiyat Lifestyle

Punica Granatum, iaitu nama Saintifik bagi Buah Delima dan tanaman ini mampu tumbuh dengan ketinggian 5-8 meter serta akan berbunga sepanjang tahun. Buah Delima ini menjadi Lambang Kemegahan, Kekayaan dan Keagungan buat masyarakat di sebelah kawasan Mediterania disebabkan oleh Lambakan Khasiat dan Manfaat kepada tubuh badan apabila dijadikan sebagai Menu Harian. Wilayah Agsu di Negara Azerbaijan diiktiraf sebagai kawasan yang mempunyai tanah terbaik bagi penanaman Delima.

Delima, Anugerah Kekayaan | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini  http://aafiyat.wasap.my

Monday, 17 September 2018

SARI CUKA TEEN DICAMPUR DENGAN MADU? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle

SARI CUKA TEEN DICAMPUR DENGAN MADU? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pelanggan (Masalah Amal Cuka Teen Tak Selesa):

Assalamu’alaikum. Tumpang tanya, cuka Teen boleh campur madu tak? Ada customer makan dalam tempoh 4 hari tekak dan hidung tidak ok dan tidak selesa.
Kemudian minta pencerahan, mak dan ayah saya makan MZ dan cuka Teen kerap kencing tapi sikit. 1 malam 5 kali ke toilet. Sakit ari-ari dan rasa full pundi kencing tapi air keluar tidak banyak. Kedua-duanya ada kencing manis.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah. Boleh campur madu. Kandungan acetic acid di dalam SCT menyebabkan proses pengasidan air kencing yang memecahkan batu karang serta mengecutkan pundi kencing menyebabkan kekerapan pembuangan air kecil bertambah. Tahap kencing manis juga perlu diperiksa kerana gula yang tinggi di dalam darah membawa kepada simptom yang sama iaitu kerap kencing (polyuria).  


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cuka boleh campur dengan madu. Untuk rasa yang lebih sedap dan reaksi penyembuhan yang berbeza-beza. Sabarlah.

Bagi emak & ayah yang kencing manis dan kerap buang air kecil itu, susah dipastikan sebab mengapa kerana saya perlu tahu corak pemakanan mereka terlebih dahulu. Jika boleh, ambillah madu setiap hari dan amalkan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

SARI CUKA TEEN DICAMPUR DENGAN MADU? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini  http://aafiyat.wasap.my

Friday, 14 September 2018

MANA LEBIH BAIK ? SAPU MZ ATAU MINUM BAGI BAYI UMUR 3 BULAN, KULIT ALERGIK & GATAL? I Aafiyat Lifestyle

MANA LEBIH BAIK ? SAPU MZ ATAU MINUM BAGI BAYI UMUR 3 BULAN, KULIT ALERGIK & GATAL? I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna:

Bayi umur 3 bulan, kulit alergik, gatal, sapu MZ atau minum? Yang mana lebih baik?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Bayi umur 3 bulan, sapu MZ seluruh badan dan boleh juga cairkan dengan air sebelum disapu. Ibunya boleh amalkan meminum MZ sekurang-kurangnya, 2 sudu sehari agar khasiat dapat sampai ke bayi melalui penyusuan susu ibu.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Alergi/Ekzema/Resdung:

Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen.Alergen di lihat oleh tubuh sebagai bendasing yg mesti di singkirkan,maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yg terlibat.Tiada rawatan bagi penyakit ini dan doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yg membawa kepada simptom di atas.

Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yg di anggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi. Dari luaran,ianya berfungsi sebagai pelembap kepada kulit yg terlibat dengan ekzema.

Bagi bayi,tidak sesuai menyapu secara terus kepada kulit kerana lapisan pelindung yg tidak terbentuk dengan sempurna.Cairkan dengan air sebelum menyapu kepada kulit bayi.Pengambilan juga ialah melalui pemakanan ibu yang akan di rembes melalui susu ibu.

Tambahan untuk dos pengambilan: 
Alergi - 1/4 gelas air + 1 sudu olive + 1 sudu madu - guna sebagai losyen dan biarkan kering selama 3 jam sebelum bilas.

Sumber: Olive House Medic & Business.
MANA LEBIH BAIK ? SAPU MZ ATAU MINUM BAGI BAYI UMUR 3 BULAN, KULIT ALERGIK & GATAL? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 13 September 2018

MINYAK ZAITUN ? KEBAIKAN MZ BAGI MASALAH DARAH TINGGI, GOUT, DARAH RENDAH. I Aafiyat Lifestyle

MINYAK ZAITUN ? KEBAIKAN MZ BAGI MASALAH DARAH TINGGI, GOUT, DARAH RENDAH. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Cara Penggunaan MZ Terbaik):

Assalamu’alaikum. Bagaimana cara penggunaan mz yang terbaik? Terutamanya bagi pesakit darah tinggi, gout, darah rendah?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Penggunaan MZ yang terbaik:

Wa’alaikumsalam. Orang Greece secara purata mengambil MZ seorang sebanyak 2 Litre sebulan. Jadi, kita di negara khatulistiwa mungkin boleh cuba sampai 1 Litre ke 1.5 Litre. Gunakan dalam apa jua masakan. Kalau tiada guna dalam masakan. Ambillah pure. Pagi dan malam. Sabar dengan healing effect dan istiqamahkan. InsyaAllah, akan ada perubahan, hanya Allah sebagai penyembuh dan kita usaha ikut caranya.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya  organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan MZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.


Sumber: Olive House Medic & Business.

MINYAK ZAITUN ? KEBAIKAN MZ BAGI MASALAH DARAH TINGGI, GOUT, DARAH RENDAH. I Aafiyat Lifestyle



UNTUK PERTANYAAN LANJUT, Klik sini http://aafiyat.wasap.my

Wednesday, 12 September 2018

SARI CUKA TEEN BOLEH UBATI SAKIT BUAH PINGGANG & GASTRIK KER ? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle


SARI CUKA TEEN BOLEH UBATI SAKIT BUAH PINGGANG & GASTRIK KER ? BOLEH KER?  I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pengguna:

Assalammu’alaikum doktor. Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

Buah Pinggang:
Fig vinegar bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).
Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.

Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potassium di dalam fig vinegar adalah tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potassium seperti pisang, bayam,   kentang, yogurt dan aprikot.

Gastritis:
Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan.Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.

Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan.Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.

Fig vinegar-Acetic acid yg terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami,amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida. Inilah asid asetik yang digunakan sebagai pelarut dalam industri. Ianya jugalah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (konon nya tidak memudaratkan).
Beza yang paling besar adalah ia berasal bukan dari sumber makanan. Badan kita bukan macam tong kosong. Masuk potasium bukan semua duduk dalam darah. Badan kita ini system umpama kilang kimia yang sangat kompleks. Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yang spesifik untuknya sahaja. Sel kita hanya akan utilise makanan dan akan buang non-food material. Buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu untuk dikumuhkan. Bekam will help with it.

Untuk dos pengambilan, ikut kesesuaian bermulakan dengan dos rendah dahulu kemudian naikkan berkala.


Sumber: Olive House Medic & Business.


SARI CUKA TEEN BOLEH UBATI SAKIT BUAH PINGGANG & GASTRIK KER ? BOLEH KER?  I Aafiyat Lifestyle



UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 7 September 2018

APA KHASIAT BUAH TEEN? SEDAP KA? CER MAKAN! | Aafiyat Lifestyle

APA KHASIAT BUAH TEEN? SEDAP KA? CER MAKAN! | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan:

Assalamu'alaikum doktor. Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Khasiat dan manfaat buah Teen:

1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.


2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti). 

3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.

4. Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.


5.  Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.

9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

 11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat, buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.


Ia bukan sahaja makanan, malah suatu "ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?  

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.


Sumber: Olive House Medic & Business.

APA KHASIAT BUAH TEEN? SEDAP KA? CER MAKAN! | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my