AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 30 September 2018

MADU MAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

MADU MAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pelanggan 

Assalamualaikum para doktor. Di sini saya ada satu soalan berkenaan dengan madu lebah asli. Adakah madu lebah asli sesuai dengan semua orang termasuk orang yang pernah ada penyakit atau sedang alami penyakit. Maksud saya, sekiranya seseorang yang pernah menjalani pembedahan besar, bius sana sini, kemudian dia mengamalkan minum madu setiap hari. Adakah kesan atau akibat atau apa-apa tindak balas ke atas badannya? Sekiranya ada, perlukah dia berhenti minum madu atau teruskan kerana itu mungkin tindakbalas awal. Jawapan yang doktor berikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Menurut Al-Quran madu sememangnya penawar untuk semua manusia dan untuk menerimanya, terdapat keadaan manusia atau penyakit di mana madu tidak boleh digunakan adalah bercanggah dengan fakta Al-Quran. Cuma mungkin cara pengambilannya dan waktu pengambilannya harus diubah. Madu lebah mempunyai cara-cara tertentu untuk diambil sama ada secara terus, dibancuh air sejuk atau dibancuh dengan air suam atau air suhu bilik. Satu lagi yang harus diingat adalah kesan yang dirasai setelah kita mengambil satu zat atau ubatan alami adalah efek penyembuhan kerana bahan-bahan yang terdapat dalam bahan alami bertindak merangsang fungsi tubuh sedangkan bahan kimia bertindak merencat sistem tubuh dan apabila fungsi tubuh direncat, ini yang dinamakan kesan sampingan ubatan. Diharap dapat terus istiqamah. Wallahu A'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Madu untuk selepas pembedahan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta mengelakkan jangkitan kuman. Cuma perlu dipastikan madu tersebut madu yang asli dan bukan gula cair yang banyak terdapat di pasaran.


Sumber: Olive House Medic & Business.

MADU MAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

No comments:

Post a Comment