AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 17 January 2019

BAHAYA VIRUS EBOLA !!! | Aafiyat Lifestyle


BAHAYA VIRUS EBOLA !!! | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Virus Ebola-EVD)

Assalammu'alaikum doktor. Sejak dua menjak ini, satu jenis virus EVD(Ebola Virus Disease) dikatakan berkemungkinan menular di Malaysia. Apakah punca dan sebab penyakit ini? Bagaimanakah rawatan MZ/SCT/Olivie mampu menangganinya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Virus Ebola dikatakan berasal dari haiwan dan dibawa oleh fruit bats (kelawar yang makan buah). Ia boleh disebabkan melalui hubungan dengan cecair badan orang atau haiwan yang dijangkiti.
Tanda-tanda awal adalah demam beserta sakit kepala, sendi-sendi seperti demam virus yang biasa dan 50% daripada kes menunjukkan tanda ruam kecil. Apabila gejala berlarutan, akan berlaku pendarahan dalaman dari hidung, mulut, usus dan vagina. Sekali lagi diingatkan, sistem imun badan yang kuat sangat memainkan peranan bagi menentukan penyakit ini akan menjadi parah atau tidak.
Seperti sedia maklum, Quranic Food semuanya meningkatkan kekuatan sistem imun di samping pemakanan yang bebas racun. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ianya adalah jangkitan virus Ebola melalui bendalir tubuh badan (air liur/air mani). Kesannya merosakkan sistem tubuh badan seperti buah pinggang dan hati menyebabkan kematian. Elakkan pergi ke tempat yang berlaku epidemik penyakit ini sebagai langkah pencegahan. Ianya seperti denggi, tiada rawatan. Quranic Food membantu meningkatkan pertahanan tubuh serta mengawal aktiviti virus dari terus merosakkan sistem badan.

BAHAYA VIRUS EBOLA !!! | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


No comments:

Post a Comment