AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 8 March 2019

MASALAH BUSUNG | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH BUSUNG | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Busung-Ascites)

Assalammu'alaikum doktor. Untuk masalah pesakit busung, air dalam perut. Apa rawatan yang baik selain tebuk kaedah hospital? Adakah Quranic Foods dapat membantu dan bagaimanakah prosesnya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah busung, air dalam perut dikenali sebagai ascites. Ascites boleh disebabkan oleh masalah pada hati, kegagalan jantung atau kanser ovari di mana terdapat ketidakseimbangan tekanan osmosis dalam aliran darah akibat perubahan komposisi kimianya.
Biasanya, tindakan menebuk untuk mengeluarkan air adalah untuk menolong pesakit untuk bernafas dan bergerak dengan lebih selesa. Namun, ia bukanlah jalan penyelesaian. Masalah ini agak berat dan rawatan secara holistik perlulah dilaksanakan merangkumi perubahan gaya hidup menurut cara Rasulullah S.A.W., makan makanan halal dan thoyyibah dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun, pengambilan MZ dan SCT memang membantu.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Busung berpunca dari fungsi hati yang tidak normal dalam menghasilkan albumin seterusnya menyebabkan cecair yang sepatutnya berada di dalam salur darah keluar berkumpul di dalam peritoneum iaitu selaput perut. Ia juga berlaku di dalam penyakit kanser hati dan biasanya berlaku bersama penyakit kuning (jaundice) dan menandakan tahap akhir bagi penyakit tersebut. Rawatan di hospital ialah palatif iaitu mengeluarkan cecair tersebut agar tidak mengganggu proses pernafasan. Quranic Food mampu meningkatkan kesihatan pesakit tersebut secara umum tetapi untuk merawat kanser tahap akhir masih di peringkat kajian. Bagi orang Islam, teruskan berdoa, yakin dan terus berikhtiar mencari penyembuhan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. yang akan berlaku apabila sesuatu penyakit tersebut dengan sesuai dengan penawarnya.

MASALAH BUSUNG | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

No comments:

Post a Comment