JIKA ANDA MEMILIKI TANDA-TANDA INI ANDA MUNGKIN TERKENA JANGKITAN WABAK COVID-19
.
Apakah tanda-tanda seseorang yang telah dijangkiti? Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
.
1. Sakit tekak.
2. Batuk.
3. Selsema.
4. Demam.
5. Sesak nafas.
6. Sakit badan.
.
Sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan ini, anda perlulah untuk mendapatkan khidmat perubatan dan melaporkan diri ke klinik ataupun hospital terdekat. Anda juga ditegah daripada pergi ke tempat kerja ataupun sekolah bagi mengelakkan anda menjangkiti orang lain.
.
CARA PENYEBARAN COVID-19
.
Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
.
1. Bersin ataupun batuk.
2. Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
3. Sentuhan seperti bersalaman.
4. Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
5. Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
.
KOMPLIKASI WABAK COVID-19
.
Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru, kegagalan sistem pernafasan dan juga kematian.
.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
.
#OHBM
KLIK UNTUK DAPATKAN OLIVIE PLUS 30X INI
No comments:
Post a Comment