Soalan Dari Pelanggan(Apakah khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?):
Assalamu'alaikum. Kenapa buah teen kering
perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia
perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa'alaikumsalam. Buah teen kering dicadangkan agar
diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat,
buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji
kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran.
Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan
dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).
Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian
manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan.
Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan
sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan
pelbagai lagi komponen fitokimia.
Ia bukan sahaja makanan, malah suatu
"ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser,
antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati
dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak
lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka,
apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil
buah teen setiap hari?
Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya
yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan
antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk
penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes,
merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Khasiat dan
manfaat buah Teen:
1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada
buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat
mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti).
3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat
penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi
jumlah suntikan insulin.
4.
Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
5.
Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu
menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan,
meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.
7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen
disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.
8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen
dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.
9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen
bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah
dan menyembuhkan jerawat.
10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium
alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi
terhadap produk susu.
11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan
Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme
Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.
Sumber: Olive House
Medic & Business.