AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 10 August 2015

Masalah Resdung & Hidung Tersumbat



Soalan Daripada Pelanggan(Masalah Resdung+Hidung Tersumbat):

Assalammu'alaikum doktor. Ada pesakit yang mengalami hidung tersumbat pada waktu pagi dan malam. Semasa terjadi, lendir keluar dari hidung yang dalam dan masuk ke mulut dan pesakit juga kerap berdehem-dehem ketika mengalami masalah ini. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut dan bagaimana makanan sunnah boleh mengubati penyakit tersebut?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Simptom di atas merupakan simptom resdung/allergic rhinitis.

Allergic rhinitis:

Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yang terlibat. Doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yang membawa kepada simptom di atas.Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Ini adalah masalah resdung dan adalah amat baik sekiranya mengamalkan secara istiqamah semua Quranic Food dan juga habbatus sauda 1gram sehari. Elakkan makanan proses terutamanya yang mengandungi gandum, gula dan susu.Amalkan berbekam sebulan sekali terutama pada tarikh-tarikh baik yang ada dalam hadis. Wallahu a'lam. 

Sumber: Olive House Medic & Business

Sunday, 9 August 2015

Minyak Zaitun Membantu Cegah Penyakit KRONIK



MINYAK ZAITUN BANTU CEGAH PENYAKIT KRONIK

Oleh: Dr Norman Mohd Norawi

Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pemahaman mengenai makanan sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat.

Sejak 50 tahun lalu, kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.

Antara makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun.

Allah SWT bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin dalam surah at-Tin ayat satu menunjukkan buah zaitun adalah hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.

Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.

Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).

Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.

Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.

Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.

Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.

Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.

Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi­nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).

Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, insya-Allah.

Artikel ini disiarkan akhbar #HarianMetro(www.hmetro.com.my/node/69166#) pada: Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:01 AM

Sumber: |House of Quranic Foods|™ >houseofquranicfoods.blogspot.com<

Friday, 7 August 2015

Masalah Apendiks



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Apendiks) Assalammu'alaikum doktor. Bagaimana hendak mencegah dan merawat apendiks? Adakah dengan membuang/memotongnya mampu mencegah ia daripada berulang sakit lagi? Adakah juga MZ/SCT dapat membantu? Mohon nasihat dari doktor. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. Apendiks ialah salur buntu pada usus yang menjadi tempat pengumpulan bakteria baik bagi usus walaupun fungsi sebenarnya masih tidak diketahui. Radang apendiks menyebabkan sakit di bahagian perut bawah kanan dan jika dibiarkan boleh menjadi nanah atau punca jangkitan darah. Rawatan biasa ialah antibiotic & appendicectomy iaitu pembedahan kecil membuang apendik. MZ dan Fig Vinegar boleh dicuba pada peringkat awal untuk mengurangkan radang tetapi jika sakit perut bertambah disertai demam. Sila rujuk ke hospital kerana dikhuatiri apendik boleh pecah di dalam sesetengah kes dan memerlukan pembedahan kecemasan. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Penyakit appendicitis adalah radang atau inflamasi pada organ appendix. Appendix adalah organ umpama unjuran mukosa pada usus besar di persimpangan usus besar dan usus kecil. Dahulu, saintis dengan mudah mengatakan appendix adalah organ yang tidak berguna dan dengan itu merasa tidak bersalah membuangnya berbanding mengubatinya. Appendix adalah lubuk bakteria baik dan membantu pencernaan cellulose dari tumbuhan. Seseorang yang terkena appendicitis bermakna telah terlalu banyak mengambil makanan proses atau mungkin mempunyai tabiat makan secara berlebihan. Semua ini menyumbang kepada kerosakan dinding usus dan ketidakseimbangan flora dalam usus. Dan ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan penyakit. Kembalikan keseimbangan usus dengan beramal makan gaya Rasulullah S.A.W. dan makanan dalam al-Quran dan elakkan makanan proses yang syubhah. Wallahu a'lam. Sumber: Olive House Medic & Business.

Khasiat & Manfaat 5 Pemakanan Sunnah



Soalan Dari Pelanggan (Khasiat & Manfaat 5 Pemakanan Sunnah):

Assalammu'alaikum doktor hafizah. Bolehkah doktor terangkan apakah khasiat mahupun manfaat yang khusus bukan umum dari 5 pemakanan iaitu minyak zaitun, buah teen, cuka buah teen, delima, kurma, dan anggur kepada sistem tubuh badan kita? Contohnya, kurma amalan yang baik khusus memberikan tenaga/kadbohidrat kepada tubuh.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Khasiat khusus Quranic Food susah hendak jawab soalan ini sebab kita membicarakan tentang 'superfood' dan 'superfood' mempunyai sangat banyak komponen yang membantu badan dari pelbagai segi. Ia bukanlah semudah mengatakan nasi sebagai sumber karbohidrat. Cuma apa yang boleh digeneralisasikan:

- Kurma🌰: Glukosa segera.
- Teen🍑: Fiber, mineral dan elektrolit.
- Delima🍒: Antioxidant, punicalagin, food for blood and blood vessels.
- Minyak Zaitun🍶: Lemak baik dan polyphenols.
- Anggur🍇: Resveratrol dan vitamins.

Khasiat mereka berlima ini terlampau banyak. Amalkanlah selalu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday, 4 August 2015

Masalah Uric Acid Tinggi Dalam Air Kencing



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Uric Acid Tinggi Dalam Air Kencing):

Assalammu'alaikum doktor. Seorang pengguna MZ amal 3 botol MZ dengan konsisten seperti yang disarankan. Apabila membuat pemeriksaan air kencing, didapati protein keluar dan urine asid dalam badan pesakit tinggi. Bolehkah doktor perjelaskan masalah ini? Baik atau tidak baik?


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Protein yang melalui buah pinggang tidak akan ditapis keluar kerana molekulnya yang besar. Kerana itu, jika protein terdapat di dalam air kencing, ia bermakna terdapat kebocoran pada penapis buah pinggang. Ianya petanda berlaku proses radang pada buah pinggang seperti glomerulonephritis atau komplikasi dari darah tinggi dan kencing manis. Rawatan biasa ialah merawat puncanya seperti darah tinggi menggunakan angiotensin receptor blocker (ARB) atau angiotensin converting enzyme (ACE) dan bagi sesetengah kes menggunakan steroid bagi menghentikan proses radang.

Bagi rawatan alami, kurangkan makanan berprotein serta garam yang tinggi. Makan sayuran dan buahan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan radang bagi buah pinggang.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Uric acid dalam darah yang tinggi menunjukkan terlalu banyak inflamasi sedang berlaku. Proses inflamasi akan memusnahkan sel yang rosak dan kemudian membaiki dengan syarat cukup segala khasiat yang diperlukan  olehnya. Apa yang boleh saya nyatakan ini adalah keadaan yang baik. Teruskan amalan ini di samping sangat perlu menjaga pemakanan. Janganlah kita mengambil makanan al-Quran (amar maaruf) dan meneruskan amalan pemakanan yang buruk (meninggalkan nahi mungkar) dan lakukanlah bekam sebulan sekali. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday, 3 August 2015

100% Jus DELIMA Asli Organik


OPEN FOR ORDER!!!

✔ 100% Pomegranate Juice™ 🍷🍒
.
.
🔗NFC (NOT From Concentrate)🔗
.
🔗NO Added Sugars🔗
.
🔗NO Colorants🔗
.
🔗NO Preservatives🔗
.
🔗Kosher Food🔗
.
🔗NO GMOs🔗
.
.
The clarified 100% pomegranate NFC juice Grante preserves all useful components of the royal fruit. The juice is produced from the pomegranates of Geokchay district (Azerbaijan). Pomegranates with the unique content of useful components are grown and cultivated here, in the ecologically beneficial area. The Geokchay pomegranate is considered to be one of the best pomegranates. A more delicate and sweet taste differs this juice from the unclarified pomegranate juice. Pomegranate juice contains minimum calories and maximum favourable properties. It is a vitamin coctail rich in vitamins C and P, B vitamin complex. It is helpful for; 

✔anemia, 
✔inflammation of the digestive tract, 
✔helps to control high blood pressure, 
✔improves your mood and boosts your health. 


It is recommended for children, but should be taken diluted with water.

♻Ingredients♻:

🔝100% natural pure pomegranate NFC juice

Nutrition Facts per 100ml serving:
🍷Fat - 0 mg
🍷Carbohydrates - 12 g
🍷Energy - 48 kkal
🍷Cholesterol - 0 mg
🍷Vitamin C - 3 mg
🍷Vitamin PP - 0,1 mg
🍷Iron - 0,06
🍷K - 175 mg
🍷Ca - 4 mg
🍷Carotene - 0,4 mg


🔘www.granteworld.com🔘
🔲houseofquranicfoods.blogspot.com🔲
🔳Facebook Page: Asy-Syakirin Enterprise🔳