AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 7 September 2015

Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada kawan yang menghidap penyakit psoriasis di bahagian kepala. Jadi, dari segi pengambilan minyak Zaitun bagaimana? Perlukah ditambah dengan suppliment lain? Mohon pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah psoriasis bahagian kepala, amalkan 2 sudu besar pati Minyak Zaitun pagi dan malam. Sapu Minyak Zaitun ke seluruh bahagian kulit kepala dan badan setiap kali selepas mandi sebelum tidur. Cuba elakkan memakan gandum, gula putih dan susu tepung. Tukar syampu yang dipakai sama ada boleh digunakan syampu buatan sendiri atau beli yang organik.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, bisul akar rambut.

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu. Psoriasis biasanya menyebabkan kulit bersisik (hyperkeratosis) dan radang. Ekzema pula ialah reaksi alergi kepada bahan-bahan luaran yang menyebabkan kegatalan dan bengkak. Bisul akar rambut pula disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak. Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat - sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit. 

Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)


Friday, 4 September 2015

Penyakit Saraf Di Muka(Misteri)




Soalan Dari Pengguna(Penyakit Saraf Di Muka):

Assalammu’alaikum. Baru ziarah seorang sahabat yang menghidapi masalah saraf di bahagian muka, jadi ber'akar' & kemudian membengkak. Beliau pernah operation buang mata sebelah kiri & sepatutnya operation untuk buang mata sebelah kanan, hidung & mulut semalam di PPUM, tapi doktor tangguhkan.

Katanya, tidak ada rasa sakit, cuma yang risau apabila telah membengkak, sampai masa akan pecah & berlaku pendarahan yang banyak.

Setakat ini tidak ada ubat yang diberi & dimaklumkan kerana ia kes yang pertama. Juga telah ikhtiar pelbagai cara dan mungkin doktor boleh membantu masalah saya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kanser yang tiada harapan sembuh walaupun melalui pembedahan/kemoterapi/radioterapi. Amalkan Quranic Food dengan keyakinan yang mutlak kepada Allah Taala. Walaupun sunnatullah/ hukum alam yang telah diletakkan oleh Allah menyatakan tiada harapan untuk sembuh tetapi qadaratullah/kekuasaan Allah tidak terbatas dan boleh mencarik adat menurut ilmu tauhid . Dalam ilmu perubatan, pesakit ini hanya dirawat secara paliatif, iaitu hanya mengurangkan symptom yang dialami tanpa tujuan penyembuhan/terapeutik. Jika sakit, diberi ubat sakit, jika tidak boleh makan, dimasukkan tiub pemakanan dan sebagainya.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sebaiknya, jumpa saya dan one to one counselling. Itu yang lebih baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Segment OLIVE HOUSE Di TV AlHijrah




📡 JANGAN LUPA ESOK PAGI | LIVE 📺 👉🏻 SABTU 👉🏻 Jam 9.00 PAGI 👉🏻 TV Al-Hijrah . EPISOD 3 | Segment OLIVE HOUSE dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah berkenaan Pati Minyak Zaitun Asli. Perkongsian Ilmu bersama Ustaz Aidil Azwal dan Dr Norman Norawi. 
🚨 Pastikan anda amalkan Pati Minyak Zaitun #OliveHouse kerana;
👉🏻 * Extra Virgin & Press Cold
👉🏻 * Tidak Ditapis
👉🏻 * Tidak Bercampur
. . 💻 Sila layari houseofquranicfoods.blogspot.com (House of Quranic Foods) untuk maklumat lanjut berkaitan produk-produk OLIVE HOUSE.
.
Kepada yang tidak berkesempatan menyaksikan slot EPISOD 1 & 2, kami ada sediakan rakaman untuk anda tontoni semula. Klik link di bawah ini untuk menontonnya!

EPISOD 1: www.youtube.com/watch?v=E8km5ETBjdg (OLIVE HOUSE-Perkongsian Ilmu di TV AlHijrah 1 Ogos 2015)

EPISOD 2: www.youtube.com/watch?v=gysUi1QqzoE (OLIVE HOUSE-Perkongsian Ilmu di TV AlHijrah 15 Ogos 2015)

.

SELAMAT MENONTON! 😊

Thursday, 3 September 2015

Maklum Balas Pelanggan: Sering Sesak Nafas / Mudah Mengantuk / Masalah Bengkak Di Kaki(Gout)




Maklum Balas Pelanggan: Sering Sesak Nafas / Mudah Mengantuk / Masalah Bengkak Di Kaki(Gout)

*Daripada SAZALI BIN DAHLAN (019-9782064)

"Permulaan pengambilan produk ini, kesihatan bertambah baik dari hari ke hari dan masalah bengkak di kaki surut. Saya amalkan pati minyak zaitun(PMZ) 1 sudu sebelum makan, 1 sudu sari cuka teen(SCT) selepas makan dan 1 sudu Olivie Plus 30x sebelum tidur. Pati minyak zaitun , sari cuka teen dan Olive Plus 30x seperti benda ajaib yang dianugerahkan Allah.."

Sumber: Olive House Testimonial

Masalah Penyakit Bisul




Soalan Dari Pengguna(Masalah Penyakit Bisul & MZ):

Assalamm’alaikum doktor. Bagaimanakah cara menggunakan Minyak Zaitun bagi yang kena penyakit bisul?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi penyakit bisul, bolehlah sapu di bahagian bisul dan minum 2 sudu besar pagi dan malam. InsyaAllah, serbuk kulit delima, kunyit  juga bagus untuk bisul.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bisul perlu dilihat pada organ mana yang ia timbul dan bagaimana perkembangannya selepas beberapa hari. Jika semakin besar dan melibatkan bahagian leher ke atas, maka perlu dirujuk kepada doktor. Jika mengecil dan hanya melibatkan kulit luaran, boleh diteruskan pengamalan produk.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 2 September 2015

Pemindahan Buah Pinggang




Soalan Dari Pengguna(Pemindahan Buah Pinggang):

Assalamu'alaikum doktor. Saya pesakit berumur 41 tahun, perempuan, kedua-dua buah pinggang telah rosak dan telah melakukan pemindahan buah pinggang dengan adik saya dan letak di bahagian depan sudah hampir 2 tahun. Saya telah amal Minyak Zaitun Olive House, cuma saya hendak tahu berapa dos pengambilannya? Sehari berapa kali yang sepatutnya saya kena makan?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Biasanya orang yang ada pemindahan buah pinggang ini akan makan steroid. Seeloknya, makan MZ selepas cuci buah pinggang. Dalam 2 jam selepas cuci, ambil 2 sudu besar. Pada hari biasa ambil pagi dan malam sama dos. Boleh juga suggest bekam, so that dyalisis boleh dijarakkan.
Saya suka elakkan pertembungan antara penggunaan ubatan kimia sintetik dan Quranic Foods agar tidak berlaku konflik di kemudian hari.

Ubatan kimia sintetik merencat homeostasis sedangkan ubatan alami enhance homeostasis maka ianya akan terjadi by chance. Sekiranya individu lebih mengamalkan pemakanan yang baik, persekitaran yang positif maka baginya mungkin tidak akan berlaku kesan yang negatif. Sebaik-baik yang selalu berlaku jika pemakanan bermasalah, sikap bermasalah.

Main medicine is our thought. In form of  released neurotransmitter and hormones.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan rawatan susulan. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan minyak zaitun dan sari cuka teen dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi dan belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap rawatan susulan.

Sumber: Olive House Medic & Business.