Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit):
Assalammu'alaikum doktor. Saya ada kawan yang menghidap penyakit psoriasis di bahagian kepala. Jadi, dari segi pengambilan minyak Zaitun bagaimana? Perlukah ditambah dengan suppliment lain? Mohon pencerahan.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Untuk masalah psoriasis bahagian
kepala, amalkan 2 sudu besar pati Minyak Zaitun pagi dan malam. Sapu Minyak Zaitun ke seluruh bahagian
kulit kepala dan badan setiap kali selepas mandi sebelum tidur. Cuba elakkan memakan gandum, gula putih dan susu tepung.
Tukar syampu yang dipakai sama ada boleh digunakan syampu buatan sendiri atau beli
yang organik.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Penyakit
kulit seperti psoriasis, ekzema, bisul akar rambut.
Punca
penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan
sistem imun yang terganggu. Psoriasis biasanya menyebabkan kulit bersisik
(hyperkeratosis) dan radang. Ekzema pula ialah reaksi alergi kepada bahan-bahan
luaran yang menyebabkan kegatalan dan bengkak. Bisul akar rambut pula disebabkan
penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.
Olive oil
bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan
pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang
radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin
menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.
Fig vinegar
dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang
kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar
rambut. Seterusnya fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang
penyakit kulit sedia ada dari merebak. Cara
penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat - sapu, balut dan biar
sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig
vinegar selama 5 minit.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)