Soalan Dari Pengguna(Masalah Keradangan Sendi+Arthritis+Gout):
Assalammu’alaikum. Sahabat saya gout/radang
sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tidak boleh berjalan. Bagaimanakah amalan yang sepatutnya dengan Minyak Zaitun dan Quranic Food?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Radang sendi/gout:
Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada
sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi
terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan
semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut
kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia)
akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal
mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan.
Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah
pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan
kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan
musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras
elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.
Remedinya:
Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini
menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya
terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.
Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu
badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan
inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.
Minyak zaitun akan menolong mengawal
penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat.
Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa
inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang
asid urik berlebihan.
Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu
sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T tidak menurunkan penyakit kecuali Allah
telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.
Di samping itu, cuka Teen juga boleh menolong
tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan
deposit kristal asid urik pada sendi malah
menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.
Selain meminum cuka Teen, sendi yang terlibat boleh
direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi
yang terlibat.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Arthritis/radang sendi:
Radang sendi berlaku disebabkan beban yang berat secara berterusan
kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan
memusnahkan sendi. Bagi gout, pembentukan tophi atau garam kristal di dalam
sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan
majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses
inflammation.
Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai
aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi
sendi. Gantikan semua minyak dengan olive oil. Bagi rawatan khusus, rendamkan kobis
di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yang terlibat dan balut selama 3 jam.
Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu dilarut di dalam 1 gelas air, diminum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran
tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)