Soalan Dari Pelanggan (Pengamalan Terbaik Quranic Food Semasa Berpuasa):
Assalamualaikum doktor dan
selamat berpuasa Ramadhan. Mohon penjelasan dan nasihat doktor, bagaimanakah
cara pengamalan makanan yang terbaik untuk MZ, SCT, Olivie Plus 30x, Buah Teen,
Kurma dan lain-lain di bulan Ramadhan yang mulia ini? Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Pengambilan Quranic Food di bulan
Ramadhan yang terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Bersahur
dan berbuka dengan kurma, minyak zaitun dan cuka dicurahkan dalam makanan, buah
teen boleh diambil bersama kurma atau selepas tarawih. Olivie Plus 30x bolehlah
diambil sebelum tidur. Wallahu A'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam.
Quranic Food berdasarkan
produk yang sedia ada terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu PMZ yang berfungsi
untuk mengekalkan kesihatan sel serta SCT yang berfungsi menyingkirkan bahan
perkumuhan sel keluar dari tubuh badan. Puasa dan bersenam mengeluarkan toksin
dari sel ke dalam darah dan proses ini menyebabkan sel mengalami proses
inflamasi serta keadaan yang berasid yang tidak sesuai untuk sel. PMZ yang elok
diambil ketika bersahur memberikan tenaga kepada sel dan mengurangkan proses
inflamasi ini seterusnya SCT yang elok diambil ketika berbuka puasa akan
memberikan potassium yang secukupnya
kepada sel serta meneutralkan asid ini bagi membantu proses pembuangan toksin
melalui najis.
Sumber: Olive House
Medic & Business.