Nak cari aneka kuih muih ataupun ayam bakar dan murtabak kebiasaannya kita akan 'terjah' bazaar ramadhan senang macam - macam tersedia ada. . Tapi, hati - hati dalam membeli. Bimbang pula menjadi seperti apa yang pernah diviralkan sebelum-sebelum ni. Untuk itu, kat sini admin berikan anda 6 tips dalam memilih makanan di bazaar ramadhan. Semoga membantu!
1. SENARAIKAN MAKANAN APA YANG INGIN DIBELI SEBELUM SAMPAI KE BAZAAR
2. PILIH MAKANAN UTAMA ATAU BERAT SEPERTI NASI BERLAUK, AYAM PERCIK DAN SEBAGAINYA. PASTIKAN MAKANAN YANG DIBELI BERNUTRISI DAN SEIMBANG
3. JANGAN BELI AIR MANIS. SEBAIK-BAIK MINUMAN TERBAIK UNTUK BERBUKA PUASA IALAH AIR SUAM ATAU JUS BUAH-BUAHAN
4. UNTUK MANISAN, ANDA BOLEH MEMILIH DALAM DUA KE TIGA JENIS MANISAN. JANGAN PILIH YANG TERLALU BERSANTAN ATAU BERKEJU
5. JANGAN BAWA BANYAK DUIT. HADKAN PERBELANJAAN ANTARA RM10-RM20 SAHAJA SUPAYA TIDAK BERLAKU PEMBAZIRAN
6. JANGAN RAMBANG MATA. SEBAIK SAHAJA MAKANAN DALAM SENARAI SUDAH DIBELI, TERUS PULANG KE RUMAH
#AafiyatLifestyle
#OliveHouseBukitMertajam
@AsySyakirinOliveHouse
Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat
No comments:
Post a Comment