AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 4 June 2017

MINYAK ZAITUN SEBAGAI UBAT TITIS MATA | Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna (PMZ Sebagai Ubat Titis Mata):

Assalam’ualaikum doktor. Pelanggan bertanya minyak zaitun olive house bolehkah dititik di mata. Katanya, petua yang diberi dapat menyembuhkan selaput mata yang menyebabkan penglihatan kabur. Mohon penjelasan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

PMZ sebagai ubat titis mata:

PMZ selamat digunakan sebagai ubat titis mata terutamanya bagi masalah selaput mata depan yang kering (keratoconjuctivitis sicca). Untuk masalah kanta mata (cataract) dan retina (bahagian mata belakang), sila dapatkan rawatan pakar ophthalmology. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Tiada maklumat yang saya ada mengenai PMZ untuk ubat titik mata. Namun, saya yakin ianya boleh dilakukan. Nasihat saya, campurkan dengan air jika ingin mencuba.

Apa yang biasa dilakukan untuk sakit mata adalah menitikkan air madu ke dalam mata. Ini sudah dibuktikan!

Ada juga seorang doktor di egypt yang menggunakan peluh sebagai ubat titik mata hasil tadabbur surah Yusuf di mana penglihatan Nabi Yaakob a.s. pulih selepas menyapu baju Nabi Yusuf a.s. ke matanya. Wallahua'lam.


Sumber: Olive House Medic & Business.

No comments:

Post a Comment