AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 9 October 2018

ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle



ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pengguna (Obesiti):

Ada pelanggan tanya masalah obesiti dan bagaimana caranya. Untuk obesiti, produk apa yang terbaik untuk diamalkan dan cara makan atau minum?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Obesiti:
Pengumpulan lemak di dalam tisu adipose secara berlebihan.Ianya bukan sekadar isu kosmetik tetapi berkait rapat dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis, osteoarthritis dan obstructive sleep apnea.

Punca:
Pengambilan makanan yang mengandungi kalori melebihi metabolisma (pembakaran kalori yang menghasilkan tenaga) atau penyakit endokrin yang melembapkan metabolism.

Rawatan:
Pemakanan kalori rendah (protein > karbohidrat)/senaman dengan target membakar kalori berlebihan (normal kalori bagi individu dgn berat 60kg - 1800 kcal)/pengambilan serat yang tinggi. Untuk kes obesiti kronik, boleh dicadangkan pembedahan mengecilkan perut seperti gastricstapling@sleeve gastrectomy (bukan pembedahan buang lemak) supaya ruang penyerapan menjadi lebih kecil.

Olive oil membantu dengan kandungan mono-unsaturated fat yang bergabung dengan lemak tepu seterusnya menghalang penyerapan lemak tepu. Fig vinegar yang  diminum bersama makanan merangsang satiety center di otak memberi isyarat kenyang seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Sifat asidnya juga memecahkan molekul lemak supaya tidak berkumpul di bahagian tengah badan sahaja. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Obesiti: 

Sebelum dikuruskan badannya, amatlah elok jika dikuruskan nafsunya terlebih dahulu. Pengurusan nafsu di mulai dengan memahami hakikat dunia di sisi Allah S.W.T.maka dengan mengetahui jijik dan hinanya dunia, jiwa kita tidak akan terlalu mendambakannya.

Setiap kali melihat makanan yang sedap, ingatlah bahawa, “makanan ini hanya akan menjadi racun di tubuh saya, sedangkan hakikatnya, saya hanya memerlukan sedikit, wahai si polan(sebut nama sendiri) sabarlah kamu kerana Allah bersama orang-orang yang sabar". Banyak orang mengadu kerap lapar maka dia kerap makan.

Sebenarnya setiap sel badan mengkehendaki nutrisi untuk terus bekerja. Namun setiap kali kita lapar, sekiranya kita makan makanan yang tidak thoiyyibah lagi buruk maka yang kita dapat hanyalah rasa kenyang sedangkan sel kita kebuluran. Maka mereka akan meminta lagi dan kita akan berasa lapar lagi. Kita akan makan lagi. Begitulah seterusnya.
Makanan yang mengandungi bahan kimia bukan sahaja mengenyangkan malah juga memusnahkan vilus-vilus pencernaan kita sedikit demi sedikit. Maka apabila vilus-vilus ini musnah, usus kita akan menjadi lemah dan berlakulah ketidakseimbangan penyerapan makanan dan terjadilah kegemukan.     

Minyak zaitun patut diamalkan 2 sudu besar pagi dan malam demi membaiki usus yang rosak. Sepatutnya, usus yang sihat dapat menghalang seseorang dari menjadi gemuk atau terlalu kurus. Jadi, langkah pertama adalah membaiki usus dengan minyak zaitun dan juga madu.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah menggantikan makan tengahari dengan buah kurma  atau buah teen. Hidangan sarapan dan makan malam (dalam pukul 7-8pm) diambil. 

Cuba amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di setiap amalan harian kita. Bersugi sebelum setiap lepas solat, makan buah sebelum makan nasi, suapan dengan 3 jari(suapan yang kecil), kunyah lama-lama agar enzim amylase dapat melakukan tugasnya mencerna karbohidrat dengan sempurna  sebelum makanan bergerak ke perut. Sapukan MZ ke seluruh badan sebelum tidur setiap malam.

InsyaAllah, biasanya akan turun berat badan 1kg seminggu sampailah kepada berat ideal kita. Paling penting banyakkan melakukan kebajikan dan mengharapkan keredhaan Alla S.W.T.

Sumber: Olive House Medic & Business.


ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 8 October 2018

MASALAH KANSER USUS & MZ. ANDA WAJIB TAHU. I Aafiyat Lifestyle

MASALAH KANSER USUS & MZ. ANDA WAJIB TAHU. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna

Salam. Ada persoalan dari customer tentang cara pemakanan olive yang terbaik. “Akak dah buat operation usus pada Jan 2012, dah buat kimo 2x cycle dah. Sekarang ini, jumpa doktor 2 bulan sekali Dah buat colonscopy clear. Result darah 2 minggu lepas naik dari 1.6 kepada 4.2. Mohon pencerahan doktor yang pakar.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Berkenaan kanser usus(colorectal carcinoma), rawatan utamanya ialah pembedahan bagi membuang ketulan kanser utama(primary) diikuti kemoterapi untuk membunuh sel2 kanser yang tidak dapat dilihat mata kasar(micrometastasis). Selepas itu, proses pemantauan (surveillance) samada kanser tersebut berulang (recurrence) bergantung kepada tumour marker (contoh bagi colorectal carcinoma ialah carcinoembryonic antigen). Fasa selepas kemo/radioterapi ini sangat2 bergantung kepada pesakit sama ada dari segi psikologi dan pemakanan kerana tiada rawatan khusus dari doktor bagi mengelakkan ianya berulang. Fokus kepada pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti olive oil dan fig vinegar kerana secara kajian secara makmal membuktikan proses mutasi sel dapat direncatkan dengan kedua2 pemakanan tersebut.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Untuk kanser, kena amalkan antioxidant yang tinggi bagi elakkan sel kanser bertumbuh semula. MZ boleh cuba dengan dos rendah dan dinaikkan perlahan-lahan. Total diet transformation to real food.
CEA ini sejenis glukoprotein yang sepatutnya, parasnya sangat rendah dalam darah dan ia dihasilkan oleh sel-sel di usus dan perut. Jika parasnya tinggi kemungkinan ada sel kanser yang bertumbuh.
Jangan risau, elakkan gula putih 100%. Bersedekah apa yang kita sayang. Jangan pakai minyak sawit biasa ya. At least, minyak sawit asli, carotino. Makan buah organik. Amal buah Teen. Pendek kata semua produk olive house ini diamalkanlah. Yang penting, jangan risau, jangan takut mati. Teruskan buat kebaikan pada orang lain. Brown sugar pun tak boleh sebab ada bahan kimia. Ganti jiggery, gula nipah, gula kelapa. Goreng ikan pun dengan MZ dan letakkan olive oil dalam semua makanan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

MASALAH KANSER USUS & MZ. ANDA WAJIB TAHU. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 7 October 2018

KANSER PAYUDARA DENGAN MZ & OLIVIE PLUS 30x I Aafiyat Lifestyle


KANSER PAYUDARA DENGAN MZ & OLIVIE PLUS 30x I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan 

Assalamualaikum doktor. Ada pesakit kanser payudara peringkat ke-3 sekarang baru melakukan kemoterapi dan dalam masa yang sama hendak cuba amal MZ & Olivie Plus 30x. Bagaimanakah pandangan doctor-doktor pakar?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bagi kes yang telah disahkan barah dan bukan ketulan payudara biasa, rawatannya ialah pembedahan bagi membuang sel yang telah rosak tersebut kemudian baru diikuti dengan pemakanan sunnah lebih-lebih lagi Olivie Plus 30x yang menghalang sel kanser mikro dari berkembang menjadi kanser semula.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kanser payudara memang antara kanser yang telah dikaji boleh dirawat dengan minyak zaitun extra virgin (EVOO). Teruskan usaha dan hanya kepada Allah S.W.T.diserahkan urusan penyembuhan hambaNya.

Sumber: Olive House Medic & Business.
KANSER PAYUDARA DENGAN MZ & OLIVIE PLUS 30x I Aafiyat Lifestyle
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 5 October 2018

ATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle


ATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada tak penyelesaian untuk masalah keguguran rambut yang agak teruk sehingga menampakkan kulit kepala? Adakah MZ dan SCT ada khasiat untuk rambut gugur?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Minyak Zaitun memang terbaik untuk rambut gugur. Minum 2 sudu pagi dan malam (boleh dinaikkan dos ikut kesesuaian). Letakkan MZ dikulit kepala sebelum tidur setiap malam. InsyaAllah, selagi pengharapan pada Allah itu sentiasa ada maka Allah takkan mensia-siakan doa hambaNya.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bisul akar rambut;

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yangg terganggu. Bisul akar rambut terjadi disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya, fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak.

Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat, sapu,balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit.

Sumber: Olive House Medic & Business.
ATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 2 October 2018

RAWATAN ALTERNATIF DENGGI. JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

RAWATAN ALTERNATIF DENGGI. JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan 

Assalamualaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit demam denggi dengan penggunaan Minyak Zaitun dan Sari Cuka Teen?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Demam denggi berpunca dari virus yang disebar melalui gigitan nyamuk. Masalah utamanya ialah pada darah yang pekat serta platelet yang rendah yang boleh membawa kepada pendarahan dalaman. Rawatan hospital hanya rawatan sokongan dengan memasukkan air ke dalam salur darah. MZ menguatkan salur darah mengelakkan pengeluaran air dan plasma dari dalam salur darah ke luar serta melemahkan virus yang menjadi punca demam denggi. Penghasilan platelet juga akan meningkat dengan pengambilan MZ serta SCT.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk kes denggi, tingkatkan kekerapan pengambilan MZ. Mungkin 3 jam sekali sesudu besar dan Sari Cuka Tin(SCT) dijadikan minuman seharian. Terbaik berbanding minum minuman isotonik berkarbonat. Juga jangan lupa buat air daun betik, ambil sehelai daun betik tua, basuh, tumbuk lumat dan perah airnya. Kemudian, minum dicampur dengan madu sesudu kecil sehari sudah memadai.
Untuk pengetahuan, IMR(Institute of Medical Research) telah jalankan kajian daun betik ini selama 3 tahun semenjak 2010, Jadi, wajarlah usaha mereka dihargai.

Sumber: Olive House Medic & Business.

RAWATAN ALTERNATIF DENGGI. JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Monday, 1 October 2018

HARI JANTUNG SEDUNIA (PART 2) | Aafiyat Lifestyle

HARI JANTUNG SEDUNIA (PART 2) | Aafiyat Lifestyle
❤️ 'Part 2' ❤️
Si JANTUNG Hatiku..

Pesanan Awal 😅 : Posting ini Tidak Berunsur Elemen Romatika, maklumla ada Lambang ❤️ 🤣

Baik, Jom Semak Sambungan Part 1...
Bagaimana Ingin Kita SELARIkan apa yang Di Minda & Mulut seiring dengan ACTION Kita dalam meletakkan JANTUNG / HEART sebagai Sesuatu yang PALING Kita SAYANG?
Sebelum Pergi lebih Jauh 🚀..
Untuk Rasa SAYANG, Kita Perlu KENAL dulu Apakah Itu JANTUNG/HEART?

.
Jantung ialah Organ yang ada pada semua Manusia dan berperanan mengepam Darah ke seluruh badan.
Organ ini terbentuk daripada jaringan Bilangan Sel yang SANGAT BANYAK.

.
Firman Allah SWT dalam Kalam Suci Al Quran, Surah 'Abasa, Ayat 18-19 (Maksudnya) :

'Dari Apakah Dia (Allah) menciptaknnya?'
'Dari Setetes Mani, Dia Menciptakannya lalu menetukannya'

Kejadian Manusia Sangat Indah dan Menakjubkan dengan IzinNya Daripada Air Mani yang Sangat Pekat Hasil Cantuman SEL Lelaki & SEL perempuan.
Ia Perlu melalui Flow Tersusun Dari Sel ➡️ Tisu ➡️ Organ ➡️ Sistem ➡️Manusia
Begitu juga dengan Organ JANTUNG.
Ia terbina daripada Banyak Rangkaian Sel dan Tisu.

Antara Peranan Organ dan Sistem Jantung ialah mengepam :
Oksigen, Karbon Dioksida (& bahan buangan lain), Elektrolit, Hormon, Sel Darah (Merah, Putih & Platelet) & NUTRIEN (Molekul Makanan yang Ringkas).
Jantung akan sentiasa bekerja mengepam darah TANPA HENTI Supaya :
 Sel Di Seluruh Tubuh Badan akan mendapat Bekalan Tenaga & Sihat Untuk Berfungsi (Otak juga dapat bekerja dengan Baik)
 Tubuh Badan mendapat Perlindungan Daripada Radikal Bebas / Bendasing 
 Suhu Badan sentiasa terkawal

.
Sebab Itu,
Antara Faktor untuk menjadikan Organ Jantung SIHAT 👇🏻👇🏻

Sel dan Tisu pada Jantung juga Perlu Menerima Nutrient (Sumber Makanan + Tenaga) yang berKUALITI.
.
Makanya,
Jika Kita SESUKA HATI memasukkan apa sahaja Makanan ke dalam Mulut, bahana nya Nanti Bukan Hanya pada Perut & Usus, tetapi juga pada Jantung.

Timbulla Pula nanti Isu Salur Darah Di Jantung tersumbat, Jantung Tidak mendapat Nutrien yang cukup, Otot Jantung menjadi Lemah, Lapisan Membungkus Jantung Membengkak dan Keradangan Serta banyak lagi.
.
🆘 Harus diingat bahawa antara Risiko Kepada Kematian dan % Tertinggi Di Dunia & Malaysia ialah Kelemahan Organ Jantung 🆘

.
Dah tu, nak atasi nya Macam mana 
Perlu tak sebarang Aktiviti Lain Selain Makanan berKUALITI 

🙌🏻🙌🏻 Stay Tuned to Last Part 🙌🏻🙌🏻

HARI JANTUNG SEDUNIA (PART 2) | Aafiyat Lifestyle