AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 9 October 2018

ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle



ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pengguna (Obesiti):

Ada pelanggan tanya masalah obesiti dan bagaimana caranya. Untuk obesiti, produk apa yang terbaik untuk diamalkan dan cara makan atau minum?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Obesiti:
Pengumpulan lemak di dalam tisu adipose secara berlebihan.Ianya bukan sekadar isu kosmetik tetapi berkait rapat dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis, osteoarthritis dan obstructive sleep apnea.

Punca:
Pengambilan makanan yang mengandungi kalori melebihi metabolisma (pembakaran kalori yang menghasilkan tenaga) atau penyakit endokrin yang melembapkan metabolism.

Rawatan:
Pemakanan kalori rendah (protein > karbohidrat)/senaman dengan target membakar kalori berlebihan (normal kalori bagi individu dgn berat 60kg - 1800 kcal)/pengambilan serat yang tinggi. Untuk kes obesiti kronik, boleh dicadangkan pembedahan mengecilkan perut seperti gastricstapling@sleeve gastrectomy (bukan pembedahan buang lemak) supaya ruang penyerapan menjadi lebih kecil.

Olive oil membantu dengan kandungan mono-unsaturated fat yang bergabung dengan lemak tepu seterusnya menghalang penyerapan lemak tepu. Fig vinegar yang  diminum bersama makanan merangsang satiety center di otak memberi isyarat kenyang seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Sifat asidnya juga memecahkan molekul lemak supaya tidak berkumpul di bahagian tengah badan sahaja. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Obesiti: 

Sebelum dikuruskan badannya, amatlah elok jika dikuruskan nafsunya terlebih dahulu. Pengurusan nafsu di mulai dengan memahami hakikat dunia di sisi Allah S.W.T.maka dengan mengetahui jijik dan hinanya dunia, jiwa kita tidak akan terlalu mendambakannya.

Setiap kali melihat makanan yang sedap, ingatlah bahawa, “makanan ini hanya akan menjadi racun di tubuh saya, sedangkan hakikatnya, saya hanya memerlukan sedikit, wahai si polan(sebut nama sendiri) sabarlah kamu kerana Allah bersama orang-orang yang sabar". Banyak orang mengadu kerap lapar maka dia kerap makan.

Sebenarnya setiap sel badan mengkehendaki nutrisi untuk terus bekerja. Namun setiap kali kita lapar, sekiranya kita makan makanan yang tidak thoiyyibah lagi buruk maka yang kita dapat hanyalah rasa kenyang sedangkan sel kita kebuluran. Maka mereka akan meminta lagi dan kita akan berasa lapar lagi. Kita akan makan lagi. Begitulah seterusnya.
Makanan yang mengandungi bahan kimia bukan sahaja mengenyangkan malah juga memusnahkan vilus-vilus pencernaan kita sedikit demi sedikit. Maka apabila vilus-vilus ini musnah, usus kita akan menjadi lemah dan berlakulah ketidakseimbangan penyerapan makanan dan terjadilah kegemukan.     

Minyak zaitun patut diamalkan 2 sudu besar pagi dan malam demi membaiki usus yang rosak. Sepatutnya, usus yang sihat dapat menghalang seseorang dari menjadi gemuk atau terlalu kurus. Jadi, langkah pertama adalah membaiki usus dengan minyak zaitun dan juga madu.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah menggantikan makan tengahari dengan buah kurma  atau buah teen. Hidangan sarapan dan makan malam (dalam pukul 7-8pm) diambil. 

Cuba amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di setiap amalan harian kita. Bersugi sebelum setiap lepas solat, makan buah sebelum makan nasi, suapan dengan 3 jari(suapan yang kecil), kunyah lama-lama agar enzim amylase dapat melakukan tugasnya mencerna karbohidrat dengan sempurna  sebelum makanan bergerak ke perut. Sapukan MZ ke seluruh badan sebelum tidur setiap malam.

InsyaAllah, biasanya akan turun berat badan 1kg seminggu sampailah kepada berat ideal kita. Paling penting banyakkan melakukan kebajikan dan mengharapkan keredhaan Alla S.W.T.

Sumber: Olive House Medic & Business.


ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

No comments:

Post a Comment