AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 28 October 2018

SALAH MAKAN SAMPAI BENGKAK SENDI? JOM AMALKAN MZ. I Aafiyat Lifestyle.



SALAH MAKAN SAMPAI BENGKAK SENDI? JOM AMALKAN MZ. I Aafiyat Lifestyle.


Soalan Dari Pengguna Minyak Zaitun:

Assalammu’alaikum. Sahabat saya gout/radang sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tak boleh jalan. Amalan yang sepatutnya macam mana dengan MZ?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Radang sendi/gout:
Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.

Remedinya:

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T.tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, cuka teen juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.

Selain meminum cuka, sendi yang terlibat boleh direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Arthritis/radang sendi:

Radang sendi berlaku di sebabkan beban yang berat secara berterusan kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan memusnahkan sendi. Bagi gout,pembentukan tophi atau garam kristal di dalam sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses inflammation.

Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi sendi. Gantikan semua minyak dgn olive oil. Bagi rawatan khusus,rendamkan kobis di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yg terlibat dan balut selama 3 jam.

Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu di larut di dalam 1 gelas air di minum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

SALAH MAKAN SAMPAI BENGKAK SENDI? JOM AMALKAN MZ. I Aafiyat Lifestyle.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

No comments:

Post a Comment