AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Saturday, 13 October 2018

ATASI MASALAH PANAU DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle

ATASI MASALAH PANAU DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalammu’alaikum doktor. Nak tanya untuk kes macam ini, apa peskipsi MZ & Teen yang sesuai? Sakit kulit, macam panau dan kelompok-kelompok putih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi masalah panau, ia adalah jangkitan kulat yang dinamakan tinea. Sapukan cuka Teen ke tempat yang bermasalah pada siang hari ataupun boleh buat mandian menggunakan cuka ditambah dengan air. Tidak perlu guna sabun sampailah panau sembuh. Yang paling penting pencegahan.
Kulit sepatutnya ada sistem pertahanannya sendiri. Apabila seseorang dijangkiti panau, ini bermakna sistem itu bermasalah dan cara atasinya:

1) Jangan gunakan sabun antibakteria kerana ini bukan sahaja membunuh bakteria baik malah sesetengah bahan seperti alcohol dan triclosan merosakkan lapisan epidermis.

2) Elakkan pakai pakaian yang sama berulang kali terutamanya bila tidak cukup kering.

3) Amalkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi  dengan sapuan yang sangat nipis.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah jerawat/kulit panau, sifat asid SCT mampu memecahkan peluh yang berkumpul di dalam liang roma dan sifat antimicrobial mampu membunuh kuman yang berkumpul di dalam peluh tersebut serta kulat/fungus yang menjadi penyebab panau.

Sumber: Olive House Medic & Business.

ATASI MASALAH PANAU DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 12 October 2018

PENGGEMAR KOPI? TIADA MASALAH UNTUK MZ & KOPI. I Aafiyat Lifestyle

PENGGEMAR KOPI? TIADA MASALAH UNTUK MZ & KOPI. I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pelanggan 

Assalam. Nak tanya, kebiasaannya kalau makan vitamin tak boleh minum kopikan? Tapi macam mana dengan minyak zaitun sebab saya memang suka kopi. Minum susu kambing pun campur kopi.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Olive oil & fig vinegar serta tindak balas dengan kopi. Tiada interaksi yang berbahaya di rekodkan antara kedua-dua bahan ini dengan kopi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Tiada masalah untuk MZ dan kopi.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENGGEMAR KOPI? TIADA MASALAH UNTUK MZ & KOPI. I Aafiyat Lifestyle


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 11 October 2018

LEUKEMIA & PEMAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

LEUKEMIA & PEMAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna

Assalammu’alaikum doktor. Isteri kawan saya ada leukimia. Minta panduan cara pengambilan minyak zaitun dan apa-apa petua lain.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Leukemia adalah kanser darah. Ia bermula di sum-sum tulang. Sum-sum tulang adalah tempat tempat pembentukkan sel-sel darah. Dalam kes leukemia, berlaku penghasilan banyak sel darah putih yang abnormal dan tidak matang maka sel-sel ini akan gagal menjalankan fungsi pertahanan badan.
Cara rawatannya adalah berbekam dan amalkan MZ(increasing dose). Cuka Teen harus diamalkan sepanjang hari.
Makanan sunnah yang lain patut juga diambil. Habbatussa’uda boleh diambil dalam bentuk biji atau minyak dalam 2-4gram sehari. Elakkan semua makanan yang ada gula putih, gandum dan susu serta semua makanan proses.
Banyakkan mengingati Allah dan tinggalkan perkara-perkara yang melalaikan. InsyaAllah, lihat kesannya dalam 6 bulan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Leukemia (Kanser darah putih): Rujuk pakar haematology (darah). Teruskan pemakanan sunnah.

Sumber: Olive House Medic & Business. 
LEUKEMIA & PEMAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Wednesday, 10 October 2018

BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle


BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle
Soalan Dari Pelanggan 

Soalan 1: Minyak zaitun boleh penawar untuk keracunan makanan tak?

Soalan 2: Untuk pengidap ulser dan radang usus, bolehkah minum cuka teen dan bagaimana caranya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Jawapan 1:
MZ memang boleh digunakan utk food poisoning kerana ia akan membantu melindungi lapisan usus dan kawal dari toksin daripada memasuki salur darah cuma cirit tidaklah akan berhenti terus kerana dalam kes food poisoning, racun-racun harus dikeluarkan dari usus. Jadi, MZ menolong proses ini berlaku dengan berkesan. Banyakkan minum air dan boleh campur cuka teen sikit-sikit dalam air minuman bagi menggantikan elektrolit yang hilang. Boleh kemam gula merah dan garam bukit/laut. Ini membekalkan glukosa dan elektrolit untuk tenaga tanpa membebankan perut.

Jawapan 2: 
Bagi kes ulser dan radang perut, boleh diambil cuka teen. Pengambilan haruslah selepas makan. Dos dimulai dengan 1 sudu kecil dalam 200mg air. MZ juga harus diambil ketika perut kosong. Amalkan sunnah makan Rasulullah S.A.W. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Kunyah lama-lama. Ulser dan radang di perut lama-lama akan sembuh.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

Buah Pinggang:
Fig vinegar bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).
Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.

Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potassium di dalam fig vinegar adalah tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potassium seperti pisang, bayam,   kentang, yogurt dan aprikot.

Gastritis:
Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan.Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.
Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan.Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.
Fig vinegar-Acetic acid yg terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami,amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 9 October 2018

ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle



ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pengguna (Obesiti):

Ada pelanggan tanya masalah obesiti dan bagaimana caranya. Untuk obesiti, produk apa yang terbaik untuk diamalkan dan cara makan atau minum?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Obesiti:
Pengumpulan lemak di dalam tisu adipose secara berlebihan.Ianya bukan sekadar isu kosmetik tetapi berkait rapat dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis, osteoarthritis dan obstructive sleep apnea.

Punca:
Pengambilan makanan yang mengandungi kalori melebihi metabolisma (pembakaran kalori yang menghasilkan tenaga) atau penyakit endokrin yang melembapkan metabolism.

Rawatan:
Pemakanan kalori rendah (protein > karbohidrat)/senaman dengan target membakar kalori berlebihan (normal kalori bagi individu dgn berat 60kg - 1800 kcal)/pengambilan serat yang tinggi. Untuk kes obesiti kronik, boleh dicadangkan pembedahan mengecilkan perut seperti gastricstapling@sleeve gastrectomy (bukan pembedahan buang lemak) supaya ruang penyerapan menjadi lebih kecil.

Olive oil membantu dengan kandungan mono-unsaturated fat yang bergabung dengan lemak tepu seterusnya menghalang penyerapan lemak tepu. Fig vinegar yang  diminum bersama makanan merangsang satiety center di otak memberi isyarat kenyang seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Sifat asidnya juga memecahkan molekul lemak supaya tidak berkumpul di bahagian tengah badan sahaja. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Obesiti: 

Sebelum dikuruskan badannya, amatlah elok jika dikuruskan nafsunya terlebih dahulu. Pengurusan nafsu di mulai dengan memahami hakikat dunia di sisi Allah S.W.T.maka dengan mengetahui jijik dan hinanya dunia, jiwa kita tidak akan terlalu mendambakannya.

Setiap kali melihat makanan yang sedap, ingatlah bahawa, “makanan ini hanya akan menjadi racun di tubuh saya, sedangkan hakikatnya, saya hanya memerlukan sedikit, wahai si polan(sebut nama sendiri) sabarlah kamu kerana Allah bersama orang-orang yang sabar". Banyak orang mengadu kerap lapar maka dia kerap makan.

Sebenarnya setiap sel badan mengkehendaki nutrisi untuk terus bekerja. Namun setiap kali kita lapar, sekiranya kita makan makanan yang tidak thoiyyibah lagi buruk maka yang kita dapat hanyalah rasa kenyang sedangkan sel kita kebuluran. Maka mereka akan meminta lagi dan kita akan berasa lapar lagi. Kita akan makan lagi. Begitulah seterusnya.
Makanan yang mengandungi bahan kimia bukan sahaja mengenyangkan malah juga memusnahkan vilus-vilus pencernaan kita sedikit demi sedikit. Maka apabila vilus-vilus ini musnah, usus kita akan menjadi lemah dan berlakulah ketidakseimbangan penyerapan makanan dan terjadilah kegemukan.     

Minyak zaitun patut diamalkan 2 sudu besar pagi dan malam demi membaiki usus yang rosak. Sepatutnya, usus yang sihat dapat menghalang seseorang dari menjadi gemuk atau terlalu kurus. Jadi, langkah pertama adalah membaiki usus dengan minyak zaitun dan juga madu.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah menggantikan makan tengahari dengan buah kurma  atau buah teen. Hidangan sarapan dan makan malam (dalam pukul 7-8pm) diambil. 

Cuba amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di setiap amalan harian kita. Bersugi sebelum setiap lepas solat, makan buah sebelum makan nasi, suapan dengan 3 jari(suapan yang kecil), kunyah lama-lama agar enzim amylase dapat melakukan tugasnya mencerna karbohidrat dengan sempurna  sebelum makanan bergerak ke perut. Sapukan MZ ke seluruh badan sebelum tidur setiap malam.

InsyaAllah, biasanya akan turun berat badan 1kg seminggu sampailah kepada berat ideal kita. Paling penting banyakkan melakukan kebajikan dan mengharapkan keredhaan Alla S.W.T.

Sumber: Olive House Medic & Business.


ANTARA PRODUK YANG BOLEH MENGATASI OBESITI I Aafiyat Lifestyle


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 8 October 2018

MASALAH KANSER USUS & MZ. ANDA WAJIB TAHU. I Aafiyat Lifestyle

MASALAH KANSER USUS & MZ. ANDA WAJIB TAHU. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna

Salam. Ada persoalan dari customer tentang cara pemakanan olive yang terbaik. “Akak dah buat operation usus pada Jan 2012, dah buat kimo 2x cycle dah. Sekarang ini, jumpa doktor 2 bulan sekali Dah buat colonscopy clear. Result darah 2 minggu lepas naik dari 1.6 kepada 4.2. Mohon pencerahan doktor yang pakar.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Berkenaan kanser usus(colorectal carcinoma), rawatan utamanya ialah pembedahan bagi membuang ketulan kanser utama(primary) diikuti kemoterapi untuk membunuh sel2 kanser yang tidak dapat dilihat mata kasar(micrometastasis). Selepas itu, proses pemantauan (surveillance) samada kanser tersebut berulang (recurrence) bergantung kepada tumour marker (contoh bagi colorectal carcinoma ialah carcinoembryonic antigen). Fasa selepas kemo/radioterapi ini sangat2 bergantung kepada pesakit sama ada dari segi psikologi dan pemakanan kerana tiada rawatan khusus dari doktor bagi mengelakkan ianya berulang. Fokus kepada pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti olive oil dan fig vinegar kerana secara kajian secara makmal membuktikan proses mutasi sel dapat direncatkan dengan kedua2 pemakanan tersebut.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Untuk kanser, kena amalkan antioxidant yang tinggi bagi elakkan sel kanser bertumbuh semula. MZ boleh cuba dengan dos rendah dan dinaikkan perlahan-lahan. Total diet transformation to real food.
CEA ini sejenis glukoprotein yang sepatutnya, parasnya sangat rendah dalam darah dan ia dihasilkan oleh sel-sel di usus dan perut. Jika parasnya tinggi kemungkinan ada sel kanser yang bertumbuh.
Jangan risau, elakkan gula putih 100%. Bersedekah apa yang kita sayang. Jangan pakai minyak sawit biasa ya. At least, minyak sawit asli, carotino. Makan buah organik. Amal buah Teen. Pendek kata semua produk olive house ini diamalkanlah. Yang penting, jangan risau, jangan takut mati. Teruskan buat kebaikan pada orang lain. Brown sugar pun tak boleh sebab ada bahan kimia. Ganti jiggery, gula nipah, gula kelapa. Goreng ikan pun dengan MZ dan letakkan olive oil dalam semua makanan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

MASALAH KANSER USUS & MZ. ANDA WAJIB TAHU. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my