AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 13 November 2018

MASALAH KULIT KERING & MZ | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kulit Kering+MZ):

Assalamualaikum. Adakah pati minyak zaitun sesuai disapukan ke kulit wajah sensitif sebelum tidor? Bagaimana caranya? Adakah perlu menggunakan campuran bahan lain?

Nota kecil: Saya ada sapu pada wajah tetapi kulit saya jadi kering dan mengelupas. Sekarang ini saya minum pagi dan malam baru saja amal mula 1 Jun lepas. Puasa ini saya minum cuma minum selepas waktu berbuka hingga sahur sebelum saya juga pernah guna produk kosmatik. Dulu kulit saya mengalami iritasi juga (kering & mengelupas) sebab jenis kulit sensitif. Bila saya gunakan sabun minyak zaitun, beransur baik tapi kulit masih menghadapi masalah kekeringan. Jadi, saya cuba sapukan pati minyak zaitun ke wajah sebelum tidur. Mula2 ok, kulit nampk lembab & segar setiap kali bangun tidur tapi sekarang mula tunjukkan mengelupas dan kering di area tepi mulut dan tepi hidung. InshaAllah, saya akan kekalkan minum minyak zaitun tapi sapu dimuka mungkin terpaksa diberhentikan dulu? Mohon pencerahan dan cadangan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. MZ memang sesuai disapu dimuka terutamanya sebelum tidur. Pastikan muka dicuci terlebih dahulu dengan pencuci tanpa bahan kimia. Elakkan juga memakai alat solek kerana mungkin saki-baki alat solek yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyumbat pori dan ini akan menyebabkan jerawat.
Penggunaan MZ seterusnya akan bertindak mengeluarkan sisa-sisa ini. Pemakanan juga hendaklah dijaga dan perlu hentikan tabiat makan makanan proses.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. MZ amat sesuai untuk kulit yang kering dengan mengembalikan kelembapan kepada kulit dari dalam. Untuk luaran, boleh dicuba dengan sapuan nipis dan dilihat respon kulit sebelum diamalkan secara berterusan.
Sumber: Olive House Medic & Business.

MASALAH KULIT KERING & MZ | Aafiyat Lifestyle
MASALAH KULIT KERING & MZ | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 12 November 2018

KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle

KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle
KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Khasiat & Manfaat 5 Pemakanan Sunnah):

Assalammu'alaikum doktor hafizah dan doktor salman. Bolehkah doktor terangkan apakah khasiat mahupun manfaat yang khusus bukan umum dari 5 pemakanan iaitu mz, buah teen, cuka buah teen, delima, kurma, dan anggur kepada sistem tubuh badan kita? Contohnya, kurma amalan yang baik khusus memberikan tenaga/kadbohidrat kepada tubuh.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Dilampirkan seperti di bawah kelebihan MZ, SCT & BT:
Khasiat Minyak Zaitun untuk Kesihatan:
1) Mengurangkan risiko penyakit jantung;
Minyak zaitun terbukti memperlancar aliran darah, menurunkan tekanan darah, dan mengatur kolesterol dengan cara menekan jenis kolesterol berbahaya (LDL) dan mempertahankan yang baik (HDL) - menjaga kesihatan jantung dan mencegah stroke telah terbukti secara ilmiah.
2) Mencegah kanser;
Para peneliti di Copenhagen University Hospital di Denmark menemukan bahawa minyak zaitun mengurangkan kerosakan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.
3) Menghilangkan radang sendi;
Minyak zaitun mendorong penghasilan prostaglandin, suatu bahan pencegah pembengkakan dan keradangan/inflamasi.
4) Mencegah osteoporosis;
Berdasarkan kajian di dalam The British Journal of Nutrition, minyak zaitun membantu mencegah osteoporosis, meskipun tidak memulihkan berat tulang yang hilang secara keseluruhannya.
5) Menurunkan kadar gula darah;
Minyak zaitun dapat merendahkan kadar kolesterol berbahaya sekaligus membantu menurunkan risiko berkembangnya penyakit diabetis dan menurunkan kadar gula dalam darah.
6) Mengurangkan radikal bebas;
Minyak zaitun mengandung aktioksidan-polifenol. Zat ini dapat membantu tubuh dalam detoksifikasi molekul yang tidak seimbang sekaligus mengurangkan pembentukan radikal bebas.
7) Mengawal penyakit kulit;
Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Kandungan Cuka Buah Teen:
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dengan potassium. Cuka Buah Teen juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dalam badan (yang membawa pelbagai penyakit berbahaya).

1: Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser.
2: Membuang darah kotor & melancar aliran darah.
3: Mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut & melancarkan pergerakan usus.
4: Memecahkan kahak & merawat masalah kerongkong & batuk yang berpanjangan.
5: Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
6: Menurunkan tahap kolesterol & membakar kalori dengan cepat.
7: Mengimbang tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam.
8: Membuang toksin.
9: Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
10: Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut.
11: Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Khasiat khusus Quranic Food susah nak jawab soalan ini sebab kita membicarakan tentang 'superfood' dan 'superfood' mempunyai sangat banyak komponen yang membantu badan dari pelbagai segi. Ia bukanlah semudah mengatakan nasi sebagai sumber karbohidrat. Cuma apa yang boleh digeneralisasikan:

-Kurma: Glukosa segera.
-Teen: Fiber, mineral dan elektrolit.
-Delima: Antioxidant, punicalagin, food for blood and blood vessels.
-Minyak Zaitun: Lemak baik dan polyphenols.
-Anggur: Resveratrol dan vitamins.

Khasiat mereka berlima ini terlampau banyak. Amalkanlah selalu.

Sumber: Olive House Medic & Business.
KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 11 November 2018

MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle

MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 

APAKAH MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL ???

1. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT YANG BANYAK. NASI + SAYUR + MINYAK ZAITUN
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 

2. AMALKAN PEMAKANAN RENDAH INDEK GLISEMIK*
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 

3. MAKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI BANYAK PROTEIN. IKAN, TELUR, AYAM (AYAM KAMPUNG LEBIH BAIK)
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 

4. PILIH MAKANAN YANG MEMPUNYAI LEMAK TIDAK TEPU. MINYAK ZAITUN, IKAN SALMON, AVOCADO
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 
Berminat untuk mencuba dan mendapatkan khidmat dari kami? Ingin mendapatkan minyak zaitun terbaik di pasaran?
OLIVIE PLUS 30X 250ML

MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 
 OLIVIE POWER UP 340G

MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle
MAKANAN TERBAIK BAGI PESAKIT DIABETES KETIKA HAMIL | Aafiyat Lifestyle 
OLIVE OIL EXTRA VIRGIN 250ML

Olive House sedia membantu anda!
atau HOTLINE 013-4619694

#share
#olivehouse
#olivehousebukitmertajam
#aafiyatlifestyle
#aafiyatstorebukitmertajam

Layari untuk info terkini di

Saturday, 10 November 2018

PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle

PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
Soalan Dari Pengguna 

Assalamu’alaikum doktor. 
Ada seorang pelanggan ini ada masalah tumor dalam kepala. Baru cuba MZ habis sebotol. Kelmarin tidak sedarkan diri bila check-up tumor telah makin besar. Usia agak tua, anak-anak macam kurang setuju untuk operate. Anaknya tanya, kalau hendak ambil MZ Olivie Plus 30x macam mana, baik tak? Mohon yang pakar respon. Anaknya kalau boleh nak hari ini juga Olivie Plus 30x itu, bagi maknya makan Olivie itu.

Jawapan Dari 
Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Tumour dalam kepala:

Tumour dalam kepala ada pelbagai jenis namun secara umumnya ia adalah ketumbuhan yang tidak normal dan bila sesuatu bertumbuh dalam otak yang ditutup oleh tulang tengkorak, ini akan meningkatkan tekanan dalaman otak (intracranial pressure). Pembedahan bukan sahaja mempunyai peluang tipis untuk memulihkan, malah dikhuatiri membaca risiko yang lebih besar. Olivie Plus 30x sesuai diminum tetapi MZ turki harus diteruskan juga. Untuk memastikan tumour berhenti membesar, hendaklah pesakit dijauhkan dengan sebarang bahan kimia sintetik terutamanya yang terdapat dalam syampoo, sabun, minyak rambut, deodorant, sabun basuh, pencuci lantai, dan juga dalam makanan seharian seperti gula, gandum, sos, kicap, minyak masak yang ditapis.

Juga harus amalkan herba-herba yang bersesuaian mengikut kepakaran herbalist. Banyakkan bersedekah, solat awal waktu, puasa sunat, tahajjud. Memang susah nak dilaksanakan dalam keadaan sakit namun jika kita percaya hanya Allah yang boleh sembuhkan kita, maka pada Dialah kita harus rayu dan tunjukkan pengharapan. Perjuangan melawan tumour adalah sengit. Tidak ada suatu pil magik yang dapat menyembuhkannya kerana ianya melibatkan semua aspek kehidupan.

PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Wa’alaikumsalam. Tumor otak berpunca dari dalam tisu otak itu sendiri (primary brain tumour) atau mungkin merebak dari mana-mana kanser di dalam badan (distant metastasis). Tumor di dalam otak menyebabkan bengkak tisu otak (perilesional edema) yang menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, pengsan dan sawan. Peringkat awal, steroid diperlukan untuk mengurangkan bengkak otak sebelum pembedahan membuang tumor dijalankan. Sila berbincang dengan pakar bedah otak bagi kelebihan dan kekurangan pembedahan kerana hasil pembedahan berbeza berdasarkan lokasi tumor. Dalam kes ini, pengambilan olivie mungkin membantu untuk mengurangkan bengkak otak tetapi pengecutan tumor/kanser, hanya Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui.

PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
*MZ-Minyak Zaitun
*SCT-Sari Cuka Teen

PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
PERSOALAN PESAKIT BERKAITAN TUMOR DALAM KEPALA | Aafiyat Lifestyle
Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my
HOTLINE 013-4619694

Wednesday, 7 November 2018

AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle

AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle
AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle
Cara Pengambilan 
OLIVIE POWER UP (OPU)

Sukatannya atau 1 sudu teh (kecil) atau setengah sudu sehari

Cara-cara:

💛 Ambil direct
💛 Ambil bersama salad, carrot dan kobis purple
💛 Ambil bersama ikan rebus, ikan bakar
💛 Ambil bersama roti bakar, telor hancur,salad.
💛 Telor tebus belah 2, letak diatas nya.
💛 Telor separuh masak + Cinnamon + dan PowerUP.
💛 Boleh juga di makan dengan sushi
💛 Biskut cracker(mini) + egg salad dressing + PowerUP
💛 Keju (hard cheese) + PowerUP
💛 Mini cracker + butter + PowerUP + daun pudina, boleh juga diperahkan sedikit lemon

AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle
AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle

Rasanya unik sangat pelbagai jenis rasa ada, dan yang penting yang dah ambil Olivie Plus 30x In shaa Allah lebih mudah nak ambil OPU ini

AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle
AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle

#OliviePowerUp

Berminat untuk mencuba dan mendapatkan khidmat dari kami? Olive House sedia membantu anda! Klik http://aafiyat.wasap.my atau HOTLINE 013-4619694

AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle
AYUH CUBA RESEPI OLIVIE POWER UP! MEMANG POWER | Aafiyat Lifestyle

#share
#olivehouse
#olivehousebukitmertajam
#aafiyatlifestyle
#aafiyatstorebukitmertajam

Layari untuk info terkini di http://houseofquranicfoods.blogspot.com

#olivehouse
#petuakuno
#minyakzaitun
#madugunung
#aafiyat
#ohbm

Tuesday, 6 November 2018

"BEAT DIABETES WITH OLIVE HOUSE", APAKAH RAWATANNYA? | Aafiyat Lifestyle

"BEAT DIABETES WITH OLIVE HOUSE", APAKAH RAWATANNYA? | Aafiyat Lifestyle
"BEAT DIABETES WITH OLIVE HOUSE", APAKAH RAWATANNYA? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna 

Assalamu’alaikum doktor. 
Untuk rawatan diabetes. Adakah ada campuran lain/herba lain dengan olive oil untuk tujuan tersebut. Harap dapat pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Diabetis mellitus: Rawatan bergantung kepada tempoh penyakit, kadar gula harian dan jenis diabetis mellitus. Jika gula di dalam darah tidak terkawal, teruskan ubat hospital dan gabungkan dengan MZ bagi mengelakkan diabetic ketoacidosis. Paling utama ialah penjagaan pemakanan. Elakkan gula di dalam semua makanan dan kurangkan karbohidrat seperti nasi. Banyakkan bersenam 2 kali seminggu dan cuba berpuasa 1 kali seminggu. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rawatan diabetes: Diabetes adalah penyakit di mana pankreas sudah tidak sensitif dengan kenaikan paras gula dalam darah. Ini disebabkan penghasilan molekul gula yang tidak sempurna dari makanan2 proses terutamanya gula putih. Apabila kita ingin sembuh, kita hendaklah hentikan puncanya. Elakkan gula putih dan karbohidrat terproses. Amalkan kurma dan buah teen dalam kadar yang tinggi iaitu kurma 7 hingga 15 biji sehari dan buah teen dalam 5 biji sehari. Amalkan buah-buahan tanpa pesticide dan herbicide, ganti gula dalam minuman dengan madu. Amalkan MZ. Amalkan habbatus sauda sama ada dalam bentuk minyak atau biji yang dikunyah (atau ditumbuk dan direbus). Herba lain untuk diabetes adalah terlampau banyak seperti halba (fenugreek), peria katak, kulit kayu manis dan daun ketumbar. MasyaAllah, betapa banyak ciptaan Allah yang baik-baik.