AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday 12 November 2018

KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle

KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle
KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Khasiat & Manfaat 5 Pemakanan Sunnah):


Assalammu'alaikum doktor hafizah dan doktor salman. Bolehkah doktor terangkan apakah khasiat mahupun manfaat yang khusus bukan umum dari 5 pemakanan iaitu mz, buah teen, cuka buah teen, delima, kurma, dan anggur kepada sistem tubuh badan kita? Contohnya, kurma amalan yang baik khusus memberikan tenaga/kadbohidrat kepada tubuh.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Dilampirkan seperti di bawah kelebihan MZ, SCT & BT:
Khasiat Minyak Zaitun untuk Kesihatan:
1) Mengurangkan risiko penyakit jantung;
Minyak zaitun terbukti memperlancar aliran darah, menurunkan tekanan darah, dan mengatur kolesterol dengan cara menekan jenis kolesterol berbahaya (LDL) dan mempertahankan yang baik (HDL) - menjaga kesihatan jantung dan mencegah stroke telah terbukti secara ilmiah.
2) Mencegah kanser;
Para peneliti di Copenhagen University Hospital di Denmark menemukan bahawa minyak zaitun mengurangkan kerosakan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.
3) Menghilangkan radang sendi;
Minyak zaitun mendorong penghasilan prostaglandin, suatu bahan pencegah pembengkakan dan keradangan/inflamasi.
4) Mencegah osteoporosis;
Berdasarkan kajian di dalam The British Journal of Nutrition, minyak zaitun membantu mencegah osteoporosis, meskipun tidak memulihkan berat tulang yang hilang secara keseluruhannya.
5) Menurunkan kadar gula darah;
Minyak zaitun dapat merendahkan kadar kolesterol berbahaya sekaligus membantu menurunkan risiko berkembangnya penyakit diabetis dan menurunkan kadar gula dalam darah.
6) Mengurangkan radikal bebas;
Minyak zaitun mengandung aktioksidan-polifenol. Zat ini dapat membantu tubuh dalam detoksifikasi molekul yang tidak seimbang sekaligus mengurangkan pembentukan radikal bebas.
7) Mengawal penyakit kulit;
Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Kandungan Cuka Buah Teen:
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dengan potassium. Cuka Buah Teen juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dalam badan (yang membawa pelbagai penyakit berbahaya).

1: Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser.
2: Membuang darah kotor & melancar aliran darah.
3: Mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut & melancarkan pergerakan usus.
4: Memecahkan kahak & merawat masalah kerongkong & batuk yang berpanjangan.
5: Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
6: Menurunkan tahap kolesterol & membakar kalori dengan cepat.
7: Mengimbang tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam.
8: Membuang toksin.
9: Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
10: Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut.
11: Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:


Wa’alaikumsalam. Khasiat khusus Quranic Food susah nak jawab soalan ini sebab kita membicarakan tentang 'superfood' dan 'superfood' mempunyai sangat banyak komponen yang membantu badan dari pelbagai segi. Ia bukanlah semudah mengatakan nasi sebagai sumber karbohidrat. Cuma apa yang boleh digeneralisasikan:

-Kurma: Glukosa segera.
-Teen: Fiber, mineral dan elektrolit.
-Delima: Antioxidant, punicalagin, food for blood and blood vessels.
-Minyak Zaitun: Lemak baik dan polyphenols.
-Anggur: Resveratrol dan vitamins.

Khasiat mereka berlima ini terlampau banyak. Amalkanlah selalu.

Sumber: Olive House Medic & Business.
KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN SUNNAH | AafiyatLifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

No comments:

Post a Comment