AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 17 January 2019

BAHAYA VIRUS EBOLA !!! | Aafiyat Lifestyle


BAHAYA VIRUS EBOLA !!! | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Virus Ebola-EVD)

Assalammu'alaikum doktor. Sejak dua menjak ini, satu jenis virus EVD(Ebola Virus Disease) dikatakan berkemungkinan menular di Malaysia. Apakah punca dan sebab penyakit ini? Bagaimanakah rawatan MZ/SCT/Olivie mampu menangganinya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Virus Ebola dikatakan berasal dari haiwan dan dibawa oleh fruit bats (kelawar yang makan buah). Ia boleh disebabkan melalui hubungan dengan cecair badan orang atau haiwan yang dijangkiti.
Tanda-tanda awal adalah demam beserta sakit kepala, sendi-sendi seperti demam virus yang biasa dan 50% daripada kes menunjukkan tanda ruam kecil. Apabila gejala berlarutan, akan berlaku pendarahan dalaman dari hidung, mulut, usus dan vagina. Sekali lagi diingatkan, sistem imun badan yang kuat sangat memainkan peranan bagi menentukan penyakit ini akan menjadi parah atau tidak.
Seperti sedia maklum, Quranic Food semuanya meningkatkan kekuatan sistem imun di samping pemakanan yang bebas racun. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ianya adalah jangkitan virus Ebola melalui bendalir tubuh badan (air liur/air mani). Kesannya merosakkan sistem tubuh badan seperti buah pinggang dan hati menyebabkan kematian. Elakkan pergi ke tempat yang berlaku epidemik penyakit ini sebagai langkah pencegahan. Ianya seperti denggi, tiada rawatan. Quranic Food membantu meningkatkan pertahanan tubuh serta mengawal aktiviti virus dari terus merosakkan sistem badan.

BAHAYA VIRUS EBOLA !!! | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Wednesday, 16 January 2019

KOLESTEROL TINGGI DAN MINYAK ZAITUN ? | Aafiyat Lifestyle


KOLESTEROL TINGGI DAN MINYAK ZAITUN ? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol Tinggi+Olivie Plus 30x)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimana cara pemakanan Olivie Plus 30x yang terbaik untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pengambilan Olivie Plus 30x sesudu kecil sehari sudah cukup bagi masalah kolesterol dan elakkan pengambilan lemak trans dalam marjerin, shortening, minyak masak (refined oils). Tukar minyak masak biasa kepada minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak sawit merah.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Fungsi utama MZ ialah pada mengurangkan tahap kolesterol badan di samping fungsi-fungsi lain. Amalkan sesudu sehari. Elakkan makanan bergoreng dengan minyak yang berulangkali digunakan serta minyak tepu.


KOLESTEROL TINGGI DAN MINYAK ZAITUN ? | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Monday, 14 January 2019

PENYAKIT AIR KENCING TIKUS ?? | Aafiyat Lifestyle


PENYAKIT AIR KENCING TIKUS ?? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Air Kencing Tikus)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah MZ dan SCT dapat membantu penyakit air kencing tikus? Apakah puncanya? Adakah ia berjangkit dan membawa maut? Mohon pencerahan jika ada rawatan lain melalui herba dan sebagainya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kencing tikus atau leptospirosis adalah penyakit yang berpunca dari jangkitan oleh kuman leptospirea yang ada dalam air kencing haiwan. Mengikut teorinya, semua aktiviti yang mendedahkan kita kepada air kencing haiwan ini akan memberikan risiko. Namun, hendaklah kita ingat, takkanlah Allah menghendaki kita menjauhi alam ciptaanNya dan menyusahkan kita untuk memastikan sama ada air kencing haiwan terdapat di persekitaran kita atau tidak.
Itulah konsep perubatan Barat yang mengelirukan. Sebenarnya, akibat sistem imun kita yang lemahlah yang menyebabkan kita terkena jangkitan ini. Sistem imun yang baik sepatutnya boleh melindungi kita. Semua Quranic Food mempunyai kesan meningkatkan sistem imun dan segala sayur-sayuran juga. Amalkanlah pemakanan yang betul ditambah Quranic Food, juga sentiasa mengharapkan perlindungan Allah maka kita akan terpelihara, insyaAllah.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ianya berpunca dari kuman yang terdapat pada kencing tikus. Simptomnya bermula dari demam di ikuti pendarahan paru-paru, jangkitan otak dan kerosakan buah pinggang. Rawatannya adalah pada langkah pencegahan, bersihkan kawasan yang di diami haiwan yang kotor, elakkan air yang bertakung serta amalkan Quranic Food bagi meningkatkan imun pertahanan badan.

PENYAKIT AIR KENCING TIKUS ?? | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 13 January 2019

QURANIC FOODS KUATKAN TULANG, GIGI & MATA | Aafiyat Lifestyle


QURANIC FOODS KUATKAN TULANG, GIGI & MATA | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Quranic Food Kuatkan Tulang, Gigi & Mata)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah caranya, Quranic Food boleh membantu menguatkan tulang, gigi & mata? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Quranic Food adalah superfood kerana ianya disebutkan secara spesifik oleh Allah S.W.T. di dalam kitab panduan manusia. Secara umumnya, keperluan setiap sel adalah sama ditambah dengan pelbagai keperluan zat fitokimia yang terdapat dalam Quranic Food.
Makanan adalah bahan yang mempunyai nutrisi yang akan menguatkan tubuh manakala bahan kimia sintetik adalah bahan yang akan merosakkan tubuh. Jadi, sebenarnya kalau tabiat pemakanan baik, ditambah dengan superfood, maka tentunya tubuh akan kuat, bukan setakat mata gigi dan tulang.
Namun, jika pemakanan tidak dijaga dan mengharapkan superfood, maka superfood hanya akan menjadi bahan yang melambatkan kerosakan sel. Wallahua'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Gigi dan tulang memerlukan kalsium bagi menguatkan strukturnya. MZ dan SCT membantu penyerapan kalsium dari perut seterusnya membantu peresapan kalsium ini pada kedua-dua organ tersebut. Mata memerlukan vitamin A bagi perubahan kimia yang penting untuk penglihatan dan MZ serta SCT turut membantu penyerapan vitamin tersebut.

QURANIC FOODS KUATKAN TULANG, GIGI & MATA | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Friday, 11 January 2019

MASALAH KERATOCONUS & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle


MASALAH KERATOCONUS & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata-Keratoconus)

Assalammu'alaikum doktor. Mata sebelah kanan saya telah didiagnos keratoconus, 3 tahun yang lepas dan sekarang, telah ada scar dekat kornea saya. Vision saya sebelah kanan telah teruk. Mengikut pakar mata, hanya cornea transplan sahaja yang boleh rawat mata saya itu. Bagaimanakah MZ atau mungkin ada kaedah lain yang boleh membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Keratoconus adalah penyakit degenerative dan minyak zaitun boleh membantu menyekat perkembangan penyakit ini dan nutrisi yang baik akan menolong membaik pulih. Sabar adalah kuncinya dan tolong elakkan sebarang bahan kimia dalam makanan.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ini berlaku akibat perubahan bentuk kornea mata kepada bentuk kon menyebabkan pandangan berbalam. Puncanya tidak di ketahui. Rawatan peringkat awalnya ialah contact lens bagi mengembalikan bentuk asal kornea dan bagi kes yang sudah di tahap scar/parut, penggantian kornea melalui transplan diperlukan.

MASALAH KERATOCONUS & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 10 January 2019

AMBIL CUKA TEEN JADI GATAL-GATAL ?? | Aafiyat Lifestyle


AMBIL CUKA TEEN JADI GATAL-GATAL ?? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ambil SCT Jadi Gatal-Gatal)

Assalammu'alaikum doktor. Saya baru sahaja mengamalkan Cuka Teen Olive House dan badan jadi gatal-gatal. Adakah ini healing crisis? Semasa saya ambil Olive Oil baik sahaja tetapi bila add on Cuka Teen jadi gatal-gatal pula. Kenapa ya doktor?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Saya tidak pasti apa yang berlaku di dalam tubuh anda, namun ianya pasti tindakbalas dalaman yang mengeluarkan toksin ke kulit. Sebagaimana kita tahu, kulit juga adalah organ perkumuhan. Selain itu, sila semak makanan anda, adakah bebas bahan kimia?
Sebenarnya, itulah punca utama sedangkan Quranic Food hanya bekerja melindungi sel-sel anda sahaja. Teruskan bersangka baik dan bolehlah di sapu minyak zaitun ke seluruh kulit anda kerana itu juga amalan tuntutan Nabi S.A.W. tercinta.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Healing crisis (Proses Penyembuhan). Wallahua’lam.

AMBIL CUKA TEEN JADI GATAL-GATAL ?? | Aafiyat Lifestyle




Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my