AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 8 March 2019

MASALAH BUSUNG | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH BUSUNG | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Busung-Ascites)

Assalammu'alaikum doktor. Untuk masalah pesakit busung, air dalam perut. Apa rawatan yang baik selain tebuk kaedah hospital? Adakah Quranic Foods dapat membantu dan bagaimanakah prosesnya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah busung, air dalam perut dikenali sebagai ascites. Ascites boleh disebabkan oleh masalah pada hati, kegagalan jantung atau kanser ovari di mana terdapat ketidakseimbangan tekanan osmosis dalam aliran darah akibat perubahan komposisi kimianya.
Biasanya, tindakan menebuk untuk mengeluarkan air adalah untuk menolong pesakit untuk bernafas dan bergerak dengan lebih selesa. Namun, ia bukanlah jalan penyelesaian. Masalah ini agak berat dan rawatan secara holistik perlulah dilaksanakan merangkumi perubahan gaya hidup menurut cara Rasulullah S.A.W., makan makanan halal dan thoyyibah dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun, pengambilan MZ dan SCT memang membantu.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Busung berpunca dari fungsi hati yang tidak normal dalam menghasilkan albumin seterusnya menyebabkan cecair yang sepatutnya berada di dalam salur darah keluar berkumpul di dalam peritoneum iaitu selaput perut. Ia juga berlaku di dalam penyakit kanser hati dan biasanya berlaku bersama penyakit kuning (jaundice) dan menandakan tahap akhir bagi penyakit tersebut. Rawatan di hospital ialah palatif iaitu mengeluarkan cecair tersebut agar tidak mengganggu proses pernafasan. Quranic Food mampu meningkatkan kesihatan pesakit tersebut secara umum tetapi untuk merawat kanser tahap akhir masih di peringkat kajian. Bagi orang Islam, teruskan berdoa, yakin dan terus berikhtiar mencari penyembuhan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. yang akan berlaku apabila sesuatu penyakit tersebut dengan sesuai dengan penawarnya.

MASALAH BUSUNG | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

Thursday, 7 March 2019

BAYI DOWN SYNDROME | Aafiyat Lifetsyle Olive House


BAYI DOWN SYNDROME | Aafiyat Lifetsyle Olive House
Soalan Dari Pelanggan (Masalah Bayi Down Syndrome)

Assalammu'alaikum doktor. Ada bayi baru lahir belum sampai sebulan dan masih hidapi kuning. Doktor suspek Down Syndrome. Adakah pati Olivie Plus 30x dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pati MZ Olivie Plus 30x jangan diberi pada bayi. Sebaik-baiknya, ibu sendiri yang amalkan. Masalah kuning boleh di atasi  dengan  mengamalkan jus kunyit setiap hari. Quranic Food juga elok diamalkan.
Untuk masalah Down Syndrome, ia adalah masalah kecelaruan genetik dari dalam rahim lagi akibat pemakanan yang mungkin merosakkan DNA dan sinkronisasinya. Sekiranya anak disahkan  Down Syndrome, tahniah kepada anda kerana berpeluang menjaga seorang ahli syurga. Semua pemakanan yang baik lebih-lebih lagi makanan disebutkan dalam al-Quran akan menjadikan kanak-kanak Down Syndrome  lebih cerdik dan berbakat. In syaa Allah.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Jaundice atau demam kuning berlaku apabila selaput sel darah merah tidak stabil dan mudah pecah menyebabkan kandungan bilirubin bertambah di dalam darah. Tahap bilirubin yang tinggi berbahaya kepada otak bayi menyebabkan membesar sebagai kanak-kanak yang lembap.   Rawatan biasanya mendedahkan bayi kepada cahaya fototerapi ataupun penukaran darah bagi kes yang serius. Rawatan alternative yang biasa dicadangkan ialah pengambilan susu kambing, kurma atau dimandikan dengan daun sirih. Langkah pencegahan ialah pengambilan Quranic Food yang mengandungi anti-oksida supaya sel darah merah stabil dan tidak mudah pecah.

BAYI DOWN SYNDROME | Aafiyat Lifetsyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.



Wednesday, 6 March 2019

BAHAYA HB RENDAH | Aafiyat Lifestyle Olive House


BAHAYA HB RENDAH | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah HB Rendah Ketika Mengandung)

Assalammu'alaikum doktor. Boleh tidak saya hendak tahu kalau HB rendah untuk ibu mengandung disarankan makan apa ya? Which Quranic Food?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. HB rendah untuk ibu mengandung seeloknya makan kurma dan delima. Namun, minyak zaitun, buah teen juga penting demi kesihatan usus kerana zat besi simpanan ada juga disimpan di dinding usus sebagai ferritin dalam enterocyte. Kesihatan usus akan menyebabkan pengawal-aturan zat besi lebih baik. Pastikan juga tidak amalkan air RO (reverse osmosis) yang mungkin menyumbang kepada dilutional anemia. Elakkan gandum dan gula putih. Wallahua'lam.
*Tambahan: Kapsul HB keluaran HPA juga sangat baik untuk masalah anemia.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Anemia atau kekurangan haemoglobin pembawa oksigen di dalam darah merah merupakan perubahan fisiologi bagi wanita yang mengandung kerana tubuh menghasilkan darah merah yang lebih banyak bagi perkembangan bayi. Kekurangan zat besi, folic asid dan vitamin B12 akan menyebabkan darah merah kurang dihasilkan dan jika dibiarkan akan merencatkan perkembangan bayi. Tambahkan makanan yang mengandungi zat-zat tersebut seperti bayam, kerang dan hati. Jika semasa follow-up, tahap darah masih rendah, supplement tambahan diperlukan lebih-lebih lagi Quranic Food. 

BAHAYA HB RENDAH | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.





Hotline 013-4619694

Tuesday, 5 March 2019

KEMEROSOTAN SARAF OTAK | Aafiyat Lifestyle Olive House


KEMEROSOTAN SARAF OTAK | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kemerosotan Saraf Otak)

Assalammu'alaikum doktor. Sahabat saya disahkan menghidapi spinalcerebellar ataxia (SCA). Penyakit ini adalah penyakit yang mengalami kemerosoton fungsi saraf di mana terdapat saraf yang mati pada otak. Ia akan menyerang saraf-saraf yang lain & menyebabkan organ-organ akan tidak berfungsi sedikit demi sedikit. Sekarang telah tamat belajar & sedang berikhtiar menjalani rawatan terapi dari doktor pakar serta darul syifa' untuk penyakitnya. Apakah kaedah perawatannya dengan Quranic Food? Akupuntur dan bekam bagaimana pula?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Spinalcerebellar ataxia: penyakit kemerosotan progresif sistem saraf dan penyebab tidak diketahui dan rawatannya tiada yang berkesan. Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib percaya ada rawatan untuk setiap penyakit. Saya cadangkan bekam seminggu sekali pada point-point berlainan.
Quranic Food mestilah dijadikan amalan harian seperti biasa. Makan kunyit sebagai ulam atau boleh direbus airnya untuk diminum 2 kali sehari. Pegaga juga herba yang bagus unttk otak. Kacang walnut juga bagus. Yang penting, elakkan bahan kimia sintetik dalam kegunaan seharian atau makanan. Gula putih dan gandum harus dihentikan serta merta. Semoga tabah dan berjaya berjuang dengan penyakit ini. Wallahua'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ataxia (ketidakseimbangan) berpunca dari apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan cerebellum iaitu pangkal otak yang mengawal keseimbangan tubuh secara umum. Ianya mungkin disebabkan ketumbuhan, nanah atau strok yang melibatkan bahagian tersebut. Sila rujuk pakar neurologi (otak dan saraf). Teruskan pengambilan Quranic Food bagi mengurangkan radang serta bengkak edema di bahagian pangkal otak tersebut.

KEMEROSOTAN SARAF OTAK | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.



Hotline 013-4619694

Sunday, 3 March 2019

LUMPUH DAN MASALAH TULANG BELAKANG | Aafiyat Lifestyle Olive House


 LUMPUH DAN MASALAH TULANG BELAKANG | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Lumpuh+Tulang Belakang)

Assalammu'alaikum doktor. Ada pengguna yang baru mengamalkan pati Olivie Plus 30x menghadapi masalah seperti lumpuh. Tidak mampu bangun dari kerusi sendiri dan perlu dipapah setelah duduk. Keadaannya seperti lumpuh. Pengguna tersebut menghadapi masalah tulang belakang sebelum ini. Minta pandangan doktor tentang msalah yang dihadapi pesakit ini.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pada pandangan saya (kerana Allah lebih mengetahui), kalau slip disc yang selama ini wujud, badan akan cuba membetulkan keadaan itu. Kemungkinan proses inflamasi berlaku pada kadar yang cepat menyebabkan pembengkakan di sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menindih saraf tunjang.
Perkara ini insyaAllah sementara sahaja. Beliau haruslah terus bersangka baik dan amalkan secara istiqamah kedua-dua MZ Olivie Plus 30x dan MZ Extra Virgin Turki. Jangan lupa hal yang paling penting adalah muhasabah diri, mungkin ada sesuatu mesej dari Allah yang ingin DIA sampaikan dan setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Masalah tulang belakang terbahagi kepada banyak jenis sama ada berbentuk radang atau ketumbuhan yang memberi kesan kepada saraf yang melalui ruas-ruas tulang belakang. Jika ianya sudah sampai ke tahap lumpuh, bererti ianya telah menghimpit saraf. Sila rujuk pakar ortopedik (bedah tulang) atau pakar neurosurgery (bedah saraf). Teruskan olive oil kerana symptom tersebut bukanlah kesan sampingan dari pengambilannya.

LUMPUH DAN MASALAH TULANG BELAKANG | Aafiyat Lifestyle Olive House

LUMPUH DAN MASALAH TULANG BELAKANG | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.


Hotline 013-4619694

Wednesday, 27 February 2019

MASALAH KETUAT ?? BACA NI ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH KETUAT ?? BACA NI ! | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketuat ‘Human Papilloma-HPV’)

Assalammu'alaikum doktor. Warts atau ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma(HPV) kan doktor? Bagaimana hendak merawat dan mencegah ketuat ini? Apa punca terjadinya ketuat? Adakah MZ/SCT dapat membantu? Mohon penjelasan doktor.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Ketuat di bahagian  kemaluan dan dubur disebabkan kebanyakannya oleh HPV. Ia disebabkan amalan seks yang  tidak selamat dan berdosa. Sari Cuka Teen boleh diletakkan atas kapas dan ditekap pada ketuat dan diplaster. Buat setiap hari sampai mengecut dan minyak zaitun boleh diambil 3 kali sehari. Wallahua'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ketuat berpunca dari virus HPV yang menyerang sel serta mengawal pertumbuhannya menyebabkan sel tersebut tumbuh secara tidak normal. Bagi ketuat di bahagian tangan dan kaki, rawatan menggunakan salicylic acid dapat menghalang pertumbuhan ketuat. Kaedah terbaru ialah cryosurgery(membekukan ketuat) ataupun laser yang digunakan oleh pakar dermatology (kulit).

MASALAH KETUAT ?? BACA NI ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694