AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 6 July 2020

MAKLUM BALAS PENGGUNA OLIVIE POWER UP - DEMAM | Aafiyat Olive House


Alhamdulillah masalah yang sering demam akibat cuaca yang tidak menentu dapat diatasi dengan mengamalkan OLIVIE POWER UP.


Cara penjagaan :
1. Pastikan sudu kering dan bersih sebelum mengambilnya.
2. Simpan semula di dalam kotak. Simpan pada suhu bilik.
3. Elakkan daripada cahaya matahari dan haba yang panas.
4. Jangan terdedah kepada udara dalam masa yang lama semasa membukanya.
5. Jangan goncang botol.


Semoga Bermanfaat

Klik http://aafiyat.wasap.my sekarang!
HOTLINE 013-461 9694

TINGKATKAN IMUNISASI BADAN
AMALKAN GAYA HIDUP AAFIYAT

Tuesday, 16 June 2020

ANDA ORDER, KAMI DELIVER #KitaJagaKita | Aafiyat Olive House


HI SEMUA !

Kami di Olive House senantiasa komited dan bersedia untuk membantu anda mengenai amalan pemakanan sihat serta memberi penerangan kepada semua lapisan masyarakat dalam kebaikan makanan Quranic Superfood yang dibawa oleh Olive House.

Permintaan yang begitu tinggi terhadap Quranic Food lebih-lebih lagi dengan penularan Covid-19 yang sepertinya akan berlanjutan sehingga akhir tahun.

Pengamalan makanan yang bernutrisi tinggi amatlah penting untuk kita menjaga diri kita dan orang - orang sekeliling kita. Produk Olive House telah dibuktikan secara saintifik dan amat sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga.

Ayuh amalkan gaya hidup Aafiyat bersama Olive House!
Kami hantarkan ke hadapan pintu pagar rumah anda.
Istiqamah sihat wal Aafiyat.






ATAU

HOTLINE 013-461 9694
HOTLINE 013-461 9694
HOTLINE 013-461 9694

#ohbm
#staysafe
#aafiyat
#pkpp
#kitajagakita
#olivehouse

Sunday, 5 April 2020

TANDA-TANDA INI ANDA MUNGKIN TERKENA JANGKITAN WABAK COVID-19 | Aafiyat Olive House

Image may contain: one or more people and text

JIKA ANDA MEMILIKI TANDA-TANDA INI ANDA MUNGKIN TERKENA JANGKITAN WABAK COVID-19
.
 Apakah tanda-tanda seseorang yang telah dijangkiti? Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
.
1. Sakit tekak.
2. Batuk.
3. Selsema.
4. Demam.
5. Sesak nafas.
6. Sakit badan.
.
Sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan ini, anda perlulah untuk mendapatkan khidmat perubatan dan melaporkan diri ke klinik ataupun hospital terdekat. Anda juga ditegah daripada pergi ke tempat kerja ataupun sekolah bagi mengelakkan anda menjangkiti orang lain.
.
CARA PENYEBARAN COVID-19
.
Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
.
1. Bersin ataupun batuk.
2. Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
3. Sentuhan seperti bersalaman.
4. Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
5. Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
.
KOMPLIKASI WABAK COVID-19
.
Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru, kegagalan sistem pernafasan dan juga kematian.
.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
.
#OHBM


Image may contain: one or more people, text and close-up


KLIK UNTUK DAPATKAN OLIVIE PLUS 30X INI


Monday, 27 January 2020

PROMOSI SYOKNYA 2020 BERSAMA OLIVE HOUSE | Aafiyat Olive House


SYOKNYA 2020 BERSAMA OLIVE HOUSE
.
APA YANG MENARIK SANGAT SYOKNYA 2020 INI?
.
Olive House menawarkan DISKAUN sempena tahun 2020 ini dengan PENJIMATAN yang amat menarik. Berikut merupakan produk Olive House dengan HARGA DISKAUN BERBALOI-BALOI :
.
*********************************

1. Ultra Pop :

RM 220 (SM) | RM 225(SS)
*********************************

2. Jus Delima 200 ml :

RM 20 (SM) | RM 25 (SS)
*********************************

3. Olivie Plus 250 ml (2 Botol) :

RM 220 (SM) | RM 230 (SS)
*********************************

4. Minyak Habbatus Sauda 50 ml :

RM 22 (SM) | RM 27 (SS)
*********************************
Klik link berikut untuk pembelian PROMOSI SYOKNYA 2020 :
.
.
ATAU,
.
Hubungi Hotline :
.
.
PROMOSI BERMULA 25 JANUARI 2020 SEHINGGA 29 FEBRUARI 2020.
.
Tertakluk kepada TERMA & SYARAT.
.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
.

Thursday, 9 January 2020

DURIAN & GOUT | Aafiyat Olive House

Image may contain: food

Musim durian kembali lagi. Pasti ramai di antara kita HANTU DURIAN.

Kajian sains mendapati pemakanan tinggi fruktosa dan karbohidrat proses berkait dengan Hyperuricemia atau GOUT.

Makanan yang mempunyai kandungan PURINE tinggi seperti makanan laut dan daging boleh meningkatkan paras asid urik dalam tubuh.

Bagi mengatasi penyakit Gout, kita perlu mengawal pengambilan fruktosa (GULA) dan makanan tinggi kadar purine (daging, udang, sotong dll).

Tetapi masyarakat sering menekankan pesakit Gout agar elak makanan laut sahaja.

Minuman bergula dan makanan proses yang lain tidak diendahkan dan dianggap tidak sepenting makanan laut yang perlu dielak.

Salah faham ini menyebabkan ramai pesakit Gout tidak dapat pulih sepenuhnya sedangkan ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk sembuh.

Bagi pesakit Gout, wajib BERPANTANG;

1. Makanan tinggi purine
2. Makanan & minuman tinggi fruktosa (GULA)
3. Buah-buahan seperti DURIAN

Apabila berpantang 3 perkara ini, sistem metabolisma yang memproses asid urik akan kembali pulih dan boleh berfungsi dengan baik semula.

Dengan ini, masalah Gout dapat diselesaikan dan akhirnya kembali boleh menikmati makanan laut dan lain-lain makanan seperti biasa.

Bagi pesakit yang telah mempunyai GOUT, durian mempunyai GI (Indek Glisemik) yang tinggi kerana tinggi kandungan gula (sukrosa, fruktosa & glukosa).

Oleh itu, perlu berhati-berhati dalam pengambilannya jika tidak mahu berguling-guling KESIHATAN setelah mendapat NIKMAT DUNIA yang sementara.

Pengambilan Minyak Zaitun & Cuka Teen sebagai makanan bernutrisi tinggi mampu membantu pesakit Gout untuk pulih.
Image may contain: 1 person, text

Minyak Zaitun mengawal penghasilan radikal bebas ketika inflamasi berlaku kepada pesakit Gout.

Oleochantal pada Minyak Zaitun berperanan seperti ubat penahan sakit dan kandungan omega-6 bertindak sebagai pelincir bagi sendi.

Cuka Teen membantu mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Ia mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah membantu menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.

Dengan mengamalkan pemakanan sihat, masalah Gout mampu dirawat. In shaa Allah. Silakan share jika anda rasa bermanfaat untuk orang lain. Terima kasih!

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

#share
#ohbm
#durian
#gout
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#azamaafiyat2020
#ahmadfazriazzaituni

Friday, 6 December 2019

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHIM DAN KANSER OVARI? | Aafiyat Olive House

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHEM DAN KANSER OVARI?

Tuala wanita adalah bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj.
.
Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah pengguna tuala wanita ini bukanlah baru. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, manakala wanita dari golongan yang miskin menggunakan sebarang kain untuk menyerap darah haid mereka. Kain yang digunakan kemudian, dicuci dan digunakan semula.
.
Tuala wanita dijual secara komersial pada tahun 1896 di Amerika Syarikat oleh Johnson & Johnson dan diberikan jenama Lister's Towels menggunakan kain biasa. Tetapi Kotex menggunakan bahan pulpa kayu yang yang dialas dan dibalut dengan kain dan dijual secara komersial pada tahun 1921. Pulpa kayu digunakan kerana ia mudah didapati, murah dan dapat menyerap darah dengan banyak.
.
Namun begitu pasaran tuala wanita yang dijual secara komersial masih lagi terhad dan ramai wanita pada masa dahulu menggunakan kain yang lebih murah, boleh digunakan semula dan lebih murah.
.
Masalah yang timbul dengan penggunaan tuala wanita yang komersial ini ialah bentuknya terlalu besar sehingga setebal 2cm. Ini menyebabkan tuala wanita itu tidak berkesan menampung darah yang diserap kerana darah haid akan keluar dan bocor. Maka pengeluar memperkenalkan bentuk baru yang mempunyai “sayap”dan mengurangkan ketebalan tuala wanita ini dengan menggunakan bahan seperti sphagnum dan polyacrylate iaitu penyerap cecair yang sangat berkesan diperbuat dari industri perhutanan dan petroleum.
.
Sphagnum adalah tumbuhan yang berkebolehan menyerap cecair dengan banyak. Dalam teknologi moden, pulpa dari tumbuhan ia dilunturkan dengan bahan kimia klorin, dengan ini saiz tuala wanita itu tidak menjadi terlalu tebal. Selain itu gel polyacrylate dicampurkan untuk menyerap darah dengan cepat. Polypropylene juga digunakan sebagai pelapis luar pada tuala wanita ini agar ia tidak bocor.
.
Namun begitu terdapat dakwaan oleh badan yang memperjuangkan hak pengguna, yang mengatakan bahawa tuala wanita yang komersial ini, juga diperbuat dari bahan-bahan yang lebih berbahaya.
.
1. Dioksin : Proses pelunturan menggunakan bahan-bahan dioksin adalah lebih berbahaya. Walaupun kandungan bahan ini pada tuala wanita adalah rendah, ia masih berbahaya kerana kesan pengumpulan dioksin pada kulit ( di bahagian kemaluan) dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormone yang tidak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.
.
2. Rayon : Selain daripada shapnum dan kapas, rayon juga merupakan satu lagi polimer sintetik yang ditambah kepada tuala ini untuk meningkatkan keupayaan menyerap darah. Rayon juga mempunyai dioksin di dalamnya.
.
3. Racun perosak dan Racun Rumpai : Racun-racun ini disemburkan dan kekal berada pada tanaman kapas. Antara bahan-bahan yang berbahaya dan diharamkan yang didakwa ditemui dalam tuala wanita ialah octachlorinated dioksin (OCDD), hexachlorodibenzofuran (HxCDF) dan chlorodibenzofuran (OCDF). Ini dikaitkan dengan kesan-kesan seperti ketidaksuburan, gangguan hormon, kerosakan tiroid, diabetes, endometriosis dan kemurungan.
.
Saya secara peribadi tidak yakin bahan-bahan ini boleh memudaratkan kerana setiap pengeluar dan kilang harus mematuhi piawaian pengilangan pada setiap negara.
.
Namun begitu, tuala wanita yang mengandungi bahan-bahan sintetik boleh menyebabkan kawasan kemaluan menjadi lembap kerana ia menghalang peredaran udara di situ sehingga menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria.
.
Menggunakan tuala wanita untuk tempoh yang panjang (melebihi 4 jam) boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria staphylococcus aureus dalam vagina yang menyebabkan pengeluaran toksin beracun ke dalam aliran darah. Bahan toksin ini boleh menyebabkan kejatuhan menyebabkan masalah “Toxic Shock Syndrome”. Tanda-tanda pesakit yang mengalami masalah ini ialah demam, menggigil, pucat, letih, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, pening, dan akhirnya boelh membawa maut.
.
Oleh kerana rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap penggunaan tuala wanita dan mereka kerap menukarkannya, jadi masalah “Toxic Shock Syndrome” ini jarang berlaku. Malah tiada kajian klinikal yang mengesahkan penggunaan tuala wanita ini dengan penyakit-penyakit seperti penyakit radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormon yang tidak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

Image may contain: shoes

Bagi wanita yang terlalu bimbang dengan penggunaan tuala wanita moden yang dijual secara komersial, saya mencadangkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada kain. Ia mempunyai ‘sayap”bagi mengelakkan kebocoran pada hari datang darah haid yang banyak.
.
Wallahu a’lam.


Sumber: Dr Zubaidi Ahmad.