TAHNIAH KEPADA OLIVE HOUSE DIATAS PENGIKTIRAFAN
PENSIJILAN MAKANAN ORGANIK MALAYSIA
Pada 16 Julai 2020 Olive House telah menempa
sejarahnya kerana menjadi Syarikat SME Bumiputera pertama di Kedah yang
menerima Pensijilan Makanan Organik Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah
Kesihatan Negeri Kedah, YBhg Dr Hj Mohd Fikri Ujang kepada Olive House diwakili
Ketua Eksekutif Olive House, YBhg Ustaz Aidil Azwal Zainudin.
Pensijilan Makanan Organik Malaysia memberi
pengiktirafan kepada 5 produk iaitu
1. Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie 30x Plus
2. PMZ iaitu Pati Minyak Zaitun
3. Olivie Power Up
4. Jus Delima
5. Jus Delima Pekat
2. PMZ iaitu Pati Minyak Zaitun
3. Olivie Power Up
4. Jus Delima
5. Jus Delima Pekat
Proses permohonan dan dokumentasi Skim Pensijilan
dibawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan
Malaysia ini telah bermula sejak tahun 2019 lagi dimana Olive House telah
melalui pelbagai peringkat garis panduan pensijilan dan wakil kementerian telah
hadir ke ibu pejabat Olive House untuk verifikasi premis dan produk akhir.
Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai pemeriksaan yang ketat dan verifikasi
susulan, Olive House berjaya mendapat Pensijilan Makanan Organik Malaysia pada
tahun 2020.
Semoga dengan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia
ini akan meningkatkan kepercayaan dan tahap keyakinan pengguna terhadap kualiti
produk Olive House yang sentiasa kita titikberatkan setiap masa.
Terima Kasih diatas segala sokongan dan keprihatinan
Tuan-Puan yang sentiasa menyokong jenama Olive House.
Olive House
We Begin With Nature
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
We Begin With Nature
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat