AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Saturday, 19 December 2020

PETUA AAFIYAT..MADU UNTUK KECANTIKAN?? | Aafiyat Olive House


Banyaknya khasiat Madu untuk kecantikan. Ini petua popular orang lama untuk dapatkan Kulit Wajah Yang Gebu Pinkish.

Caranya senang je:  

➡️ Sapukan Madu pada seluruh wajah ( biasanya 15 minit ke 25 minit)

➡️ Apabila kering,  cuci dengan air perahan limau nipis atau lemon atau guna air suam pun boleh 

➡️ Amalkan petua ini 2 ke 3 kali seminggu.

Hasilnya, bukan sahaja jerawat hilang tapi kulit jadi gebu pinkish.

Kandungan antioksidan dalam Madu melindungi kulit daripada jangkitan, dapat membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat

Moga bermanfaat



Friday, 18 December 2020

Anda PILIH Makanan ANDA|Aafiyat Olive House

 ••You CHOOSE Your FOOD••

••Anda PILIH Makanan ANDA••
PILIH Lah yang beri MANFAAT terutamanya dalam Suasana Hari Ini.
Jom Semak MENU MAKANAN Harian Kita Gais 💪🏻👏🏻
Fokus :
✅ Tujuh (7) Kelas Makanan
✅ Antioxidants Food
✅ NATURAL Rainbow 🌈 Food
Elakkan dan Kurangkan ambil Makanan2 Yang Membebankan Tubuh Badan dengan Highly Processed Food dan Jenis Makanan Yang Sukar dihadam seperti Jenis Berdaging.
Jom UBAH sekarang ✊🏻


Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat


Thursday, 17 December 2020

KERADANGAN / INFLAMMATION |Aafiyat Olive House

 



🌀🌀KERADANGAN / INFLAMMATION 🌀🌀
Pastinya tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Keradangan / Inflammation?
➡ Berlakunya KEMERAH-MERAHAN, BENJOLAN, PANAS MEMBAHANG, biasanya rasa SAKIT teramat SANGAT dan HILANG FUNGSI organ tertentu seketika
➡ Ia adalah Respon daripada Sistem Imun disebabkan kecederaan @ jangkitan kuman.
➡ contoh yang biasa berlaku : apabila jatuh, pasti lebam, benjol & merah.
Atau jika luka tangan terhiris oleh pisau, pasti timbul merah sekeliling luka.
➡ sakit di pinggang akibat seharian bekerja, berdiri, aktiviti lasak yang mencetuskan rasa sakit,
itu adalah salah satu jenis KERADANGAN.
➡ pemakanan yang halal tetapi tidak thoyyib, apabila masuk ke dalam badan dan berada dalam darah, menuju ke organ-organ tertentu @ sendi, mencetuskan juga KERADANGAN.
Contoh : pesakit gout disebabkan pengambilan Makanan Berprotein yang tinggi dan Gula Putih / 'High Fructose Corn Syrup'


➡ Hakikat KERADANGAN ini bagus, sunnatullah Allah SWT jadikan.
Tetapi, jangan dibiarkan terlalu lama tanpa diatasi
Justeru, dengan pengamalan makanan yang KAYA khasiat dengan gabungan Serat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral & Air akan bantu rawat keradangan ini.
Cuba Tuan / Cik / Puan amalkan DELIMA dengan kesemua bahagian Buah tersebut dimakan.....................
Caranya :
Minum Jus Delima dengan perahan SEMUA bahagian Buah Termasuk Kulit, Biji & Empulur.
Kelebihan Delima :
✅ disebut sebanyak 3x dalam Al Quran Al Karim, bersama-sama buah zaitun & bersama-sama buah kurma pada Surah Ar Rahman (diletakkan sebagai buah dari syurga).
✅ lambang keagungan & kemegahan pelbagai agama selain Islam
✅ lambang kesuburan, kekayaan, kesihatan, malah pernah diukir pada mata wang zaman dahulu, juga diukir lambang buah ini pada 'crown' permaisuri dahulu kala.
✅ mengandungi NUTRISI yang pelbagai untuk bantu atasi KERADANGAN yang sedang berlaku
Selain itu,
✔ Kenapa perlu minum Jus Delima setiap hari???
↪ Jus Delima mengandungi 6 asid amino PENTING yang harus diambil setiap hari, yang tubuh badan manusia tidak dapat hasilkan sendiri.perlu diperolehi daripada makanan.
Antaranya :
1. Methionine - sumber pembinaan antibodi semulajadi badan manusia iaitu glutathione.
Penting antibodi, sebagai pertahanan badan anda.
Methionine juga PENTING membuang lemak2 yang tidak diperlukan badan dan melekat di salur darah.
2. Valine - mengekalkan paras gula yang stabil dalam badan, merawat sukar tidur, kulit yang sensitif & penting kepada fungsi buah pinggang yang sihat.
Juga terdapat 4 Asid Amino PENTING / Essential Amino Acid lain yang sangat berperanan kepada Tubuh Badan yang Sihat.
InsyaAllah.
Jom Minum Jus Delima, Carilah yang Organik & Authentic!
Cuba pi tanya Olive House, mungkin ada 🙂




Sebarang pertanyaan/pembelian, klik link dibawah:

Wednesday, 16 December 2020

STROK ATAU ANGIN AHMAR....KENAPA IA TERJADI ? |Aafiyat Olive House

 Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang.

Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget. Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak.

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian.



Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok.

Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu: 

➡️ pemakanan sihat 

➡️ tidak merokok

➡️ aktif secara fizikal

➡️ meninggalkan minum   alkohol 

➡️ mengawal berat badan.

Antara faktor yang biasa dikaitkan dengan strok ialah bacaan tekanan darah yang tinggi ataupun darah terlalu pekat. 

Justeru itu, pastikan tekanan darah hendaklah sentiasa stabil dan keadaan darah pula tidaklah terlalu pekat.



Tuesday, 15 December 2020

KHASIAT 'HABBATUS SAUDA' bahagian kedua....|Aafiyat Olive House

 MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Seperti bahan rawatan yang lain, habbatus sauda’ juga didapati sangat berkesan dalam mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuklah kanser payudara, kanser otak, kanser mulut, kanser pangkal rahim dan kanser kolon.
Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Biokimia Farmakologi, kandungan bahan thymoquinone dalam habbatus sauda’ didapati mempunyai potensi untuk menyembuhkan gangguan yang berpunca daripada keradangan dan kanser. Komponen ini juga bertindak sebagai pembersih radikal bebas radikal oksida.
bunga jintan hitam Pokok Jintan Hitam (Habbatus Sauda)
MERAWAT CIRIT-BIRIT
Biji habbatus sauda’ juga didapati sangat baik untuk merawat masalah perut seperti cirit-birit, gas, kembung perut dan sembelit. Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal PLoS One, ekstrak biji habbatus sauda’ berpotensi melegakan gejala cirit-birit yang di hidapi. Sekiranya masalah tersebut berlaku kepada anda, campurkan 1 sudu teh serbuk habbatus sauda’ dalam secawan yogurt. Amalkan memakan campuran yogurt tersebut dua kali dalam sehari sehingga keadaan anda bertambah baik.
MERAWAT EKZEMA
Ekzema adalah perubahan keadaan kulit yang didapati boleh dirawat dengan menggunakan minyak biji habbatus sauda’ sekiranya itu pilihan anda. Kelebihan kandungan bahan emolien dalam minyak tersebut berupaya membentuk sebuah lapisan tidak berminyak yang dapat melindunginya daripada meluap. Di samping itu, kelebihan bahan anti-radangnya juga dapat membantu dalam mengurangkan keradangan, kemerahan dan gejala ekzema yang lain.
Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Akademi Dermatologi dan Venereologi Eropah,

kesan terapi topikal minyak biji habbatus sauda’ didapati menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup dan penurunan tahap ekzema. Sekiranya ekzema berlaku, anda boleh menyapukan minyak biji
habbatus sauda’ secara terus pada kulit yang terjejas dua kali sehari selama beberapa hari secara konsisten untuk kesan yang maksimum.
MENINGKATKAN WARNA KULIT
Penggunaan secara tetap dan konsisten minyak biji habbatus sauda’ juga membantu meningkatkan warna kulit. Ianya didapati boleh menghalang pengeluaran melanin, yang seterusnya melindungi kulit daripada sinaran matahari. Di samping itu, ciri-ciri antioksidan, anti-radang dan bahan pelembab yang terkandung juga membantu dalam pertumbuhan semula kulit dan menggalakkan kulit tumbuh secara sihat.
Anda juga digalakkan untuk mengambil minyak habbatus sauda’ dengan cara memakannya atau secara mengurut terus pada kulit untuk mengembalikan kesihatan kulit semula jadi. Anda pastinya mahukan kulit yang putih, gebu, halus dan kelihatan menawan jika mahu keluar berjumpa dengan rakan.
MERAWAT MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
Minyak biji habbatus sauda’ juga didapati berpotensi membantu mengurangkan keguguran rambut. Kandungan bahan antioksidannya yang kuat dan sifat-sifat anti mikrobial mampu membantu menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Di samping itu, kelebihan anti-kulatnya yang didapati mampu menghalang jangkitan yang menyebabkan keguguran rambut.
Ia juga mempunyai pelembap semula jadi yang berpotensi melindungi rambut daripada kerosakan serta mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sekiranya mahukan rambut yang lebat dan sihat, anda boleh mencampurkan minyak biji habbatus sauda dan minyak zaitun lalu menyapunya pada mana-mana tompok yang keguguran rambut. Tunggu selama 30 minit kemudian syampu rambut anda. Amalkan kaedah ini beberapa kali seminggu untuk merawat masalah keguguran rambut.
Diharapkan anda dapat memanfaatkan kebaikan yang terkandung dalam 'habbatus sauda’ atau secara saintifiknya dikenali sebagai Nigella sativa di samping menggalakkan pengambilannya dalam kalangan ahli keluarga anda. Amalkan mengambil habbatus sauda’ dalam diet harian anda untuk memperoleh kebaikan di samping mencegah daripada berlakunya penyakit-penyakit yang berbahaya.



Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Monday, 14 December 2020

KEBAIKAN 'HABBATUS SAUDA' TERHADAP KESIHATAN |Aafiyat Olive House

BAHAGIAN PERTAMA..

 BERIKUT IALAH 10 KEBAIKAN 'HABBATUS SAUDA' TERHADAP KESIHATAN ANDA.

Hadis-khasiat-habbatus-sauda
MAMPU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Kesan anti-hipertensi habbatus sauda’ didapati dapat membantu orang ramai mengurangkan dengan tekanan darah yang tinggi. Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam jurnal Farmakologi Asas & klinikal, penggunaan harian ekstrak Nigella sativa selama dua bulan mampu mengurangkan tekanan darah pada pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi yang berkadar sederhana. Di samping itu, biji ini turut didapati mampu membantu mengurangkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau kolesterol ‘tidak baik’) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.
Apabila mengalami tekanan darah tinggi, anda digalakkan untuk mengambil 100 hingga 200 mg ekstrak Nigella sativa dua kali sehari dan diamalkan secara konsisten. Anda juga harus mendapatkan saranan doktor untuk dos yang sesuai mengikut keadaan anda.
MAMPU MENGAWAL PENYAKIT DIABETIS TAHAP KEDUA
Para penyelidik telah mengkaji kesan biji Nigella sativa yang didapati berpotensi dalam mengawal glisemik pada pesakit dengan penyakit diabetes tahap kedua. Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Fisiologi dan Farmakologi India, dos harian habbatus sauda’ yang diambil sebanyak 2 gram mungkin menjadi cara yang baik untuk mengawal tahap gula darah pada pesakit yang menghidapi diabetes tahap kedua.
Pengambilan biji ini juga didapati boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah yang menaik parasnya dengan cepat serta rintangan insulin. Ianya juga berpotensi meningkatkan fungsi sel beta dalam pankreas. Pendek kata, habbatus sauda’ telah menjadi suatu bahan yang berpotensi dalam membantu mencegah penyakit diabetes.
MENINGKATKAN KESIHATAN HATI
Minyak ekstrak habbatus sauda’ juga didapati boleh menggalakkan kesihatan hati. Organ hati berfungsi dengan baik dalam membantu menghapuskan toksin dari tubuh badan. Dalam suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam Kajian Eropah untuk Sains Perubatan dan Farmakologi, minyak ekstrak habbatus sauda’ didapati menunjukkan peningkatan di dalam perkembangan organ hati dan buah pinggang.
Kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa minyak habbatus sauda’ juga meningkatkan mekanisme perlindungan hepato-buah pinggang lalu berpotensi mengurangkan komplikasi penyakit serta melambatkan pergerakan penyakit tersebut daripada terus merebak. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini untuk mengenal pasti molekul yang didapati bertanggungjawab untuk kesan farmakologi tersebut.
Untuk memperbaiki fungsi hati dan mencegah kedua-dua kerosakan dan penyakit, anda digalakkan untuk memasukkan habbatus sauda’ atau makanan tambahan berasaskan habbatus sauda’ dalam harian diet anda secara tetap dan konsisten untuk memperoleh kebaikannya kepada kesihatan.
MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Biji habbatus sauda; juga didapati boleh memberi rangsangan kepada kesihatan dan perkembangan otak anda. Oleh kerana kandungan antioksidan, anti-radang dan kelebihan perlindungan-neuron, biji habbatus sauda’ berpotensi meningkatkan daya ingatan anda.
Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Ethnofarmakologi, individu yang mengambil dua kapsul habbatus sauda’ berkadar 500 mg yang mengandungi serbuknya pada setiap hari menunjukkan peningkatan dalam aspek kognitif, ingatan dan perhatian berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Anda digalakkan mengamalkan pengambilan habbatus sauda’ dengan cara memakan ½ sudu teh biji tersebut dua kali dalam sehari atau mengambil makanan tambahan yang berasaskan habbatus sauda’ selepas mendapatkan nasihat doktor anda untuk mendapatkan dos pengambilannya mengikut kesesuaian.
MERAWAT PENYAKIT ASMA
Minyak Habbatus sauda’ juga didapati mempunyai kesan anti-asma yang agak kuat pada saluran pernafasan asma, menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Phytomedicine tersebut. Kelebihan anti-asma yang didapati juga berpotensi dalam membantu mengurangkan keamatan gejala asma dan menggalakkan pemulihan. Kandungan bahan thymoquinone dalam minyak habbatus sauda’ dapat membantu mengurangkan keradangan saluran udara dan mampu menghalang rembesan mukus yang berlebihan.
Minyak berasaskan habbatus sauda’ juga merupakan bahan rawatan yang sangat berkesan untuk sakit tekak, sinusitis akut dan tonsillitis. Sekiranya masalah tersebut berlaku, anda boleh menambah beberapa titik minyak biji habbatus sauda’ ke dalam periuk air panas. Tutup kepala dengan tuala dan sedut wap yang keluar selama 5 minit. Ulangi seperti yang diperlukan sehingga ianya beransur pulih. Anda juga boleh meletakkan beberapa titik minyak biji habbatus sauda’ pada sapu tangan anda dan sedut aromanya dari semasa ke semasa sekiranya ingin cara yang lebih cepat dan mudah.


Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

BERSAMBUNG...