AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 15 December 2020

KHASIAT 'HABBATUS SAUDA' bahagian kedua....|Aafiyat Olive House

 MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Seperti bahan rawatan yang lain, habbatus sauda’ juga didapati sangat berkesan dalam mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuklah kanser payudara, kanser otak, kanser mulut, kanser pangkal rahim dan kanser kolon.
Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Biokimia Farmakologi, kandungan bahan thymoquinone dalam habbatus sauda’ didapati mempunyai potensi untuk menyembuhkan gangguan yang berpunca daripada keradangan dan kanser. Komponen ini juga bertindak sebagai pembersih radikal bebas radikal oksida.
bunga jintan hitam Pokok Jintan Hitam (Habbatus Sauda)
MERAWAT CIRIT-BIRIT
Biji habbatus sauda’ juga didapati sangat baik untuk merawat masalah perut seperti cirit-birit, gas, kembung perut dan sembelit. Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal PLoS One, ekstrak biji habbatus sauda’ berpotensi melegakan gejala cirit-birit yang di hidapi. Sekiranya masalah tersebut berlaku kepada anda, campurkan 1 sudu teh serbuk habbatus sauda’ dalam secawan yogurt. Amalkan memakan campuran yogurt tersebut dua kali dalam sehari sehingga keadaan anda bertambah baik.
MERAWAT EKZEMA
Ekzema adalah perubahan keadaan kulit yang didapati boleh dirawat dengan menggunakan minyak biji habbatus sauda’ sekiranya itu pilihan anda. Kelebihan kandungan bahan emolien dalam minyak tersebut berupaya membentuk sebuah lapisan tidak berminyak yang dapat melindunginya daripada meluap. Di samping itu, kelebihan bahan anti-radangnya juga dapat membantu dalam mengurangkan keradangan, kemerahan dan gejala ekzema yang lain.
Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Akademi Dermatologi dan Venereologi Eropah,

kesan terapi topikal minyak biji habbatus sauda’ didapati menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup dan penurunan tahap ekzema. Sekiranya ekzema berlaku, anda boleh menyapukan minyak biji
habbatus sauda’ secara terus pada kulit yang terjejas dua kali sehari selama beberapa hari secara konsisten untuk kesan yang maksimum.
MENINGKATKAN WARNA KULIT
Penggunaan secara tetap dan konsisten minyak biji habbatus sauda’ juga membantu meningkatkan warna kulit. Ianya didapati boleh menghalang pengeluaran melanin, yang seterusnya melindungi kulit daripada sinaran matahari. Di samping itu, ciri-ciri antioksidan, anti-radang dan bahan pelembab yang terkandung juga membantu dalam pertumbuhan semula kulit dan menggalakkan kulit tumbuh secara sihat.
Anda juga digalakkan untuk mengambil minyak habbatus sauda’ dengan cara memakannya atau secara mengurut terus pada kulit untuk mengembalikan kesihatan kulit semula jadi. Anda pastinya mahukan kulit yang putih, gebu, halus dan kelihatan menawan jika mahu keluar berjumpa dengan rakan.
MERAWAT MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
Minyak biji habbatus sauda’ juga didapati berpotensi membantu mengurangkan keguguran rambut. Kandungan bahan antioksidannya yang kuat dan sifat-sifat anti mikrobial mampu membantu menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Di samping itu, kelebihan anti-kulatnya yang didapati mampu menghalang jangkitan yang menyebabkan keguguran rambut.
Ia juga mempunyai pelembap semula jadi yang berpotensi melindungi rambut daripada kerosakan serta mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sekiranya mahukan rambut yang lebat dan sihat, anda boleh mencampurkan minyak biji habbatus sauda dan minyak zaitun lalu menyapunya pada mana-mana tompok yang keguguran rambut. Tunggu selama 30 minit kemudian syampu rambut anda. Amalkan kaedah ini beberapa kali seminggu untuk merawat masalah keguguran rambut.
Diharapkan anda dapat memanfaatkan kebaikan yang terkandung dalam 'habbatus sauda’ atau secara saintifiknya dikenali sebagai Nigella sativa di samping menggalakkan pengambilannya dalam kalangan ahli keluarga anda. Amalkan mengambil habbatus sauda’ dalam diet harian anda untuk memperoleh kebaikan di samping mencegah daripada berlakunya penyakit-penyakit yang berbahaya.



Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

No comments:

Post a Comment