𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐧𝐮𝐭𝐫𝐢𝐬𝐢?
Ia dikaitkan dengan berlebihan atau kekurangan pengambilan makanan seimbang secara harian oleh individu atau populasi, seperti di kalangan kanak-kanak sekolah.
Mereka berada dalam situasi ‘malnourished’.
Contohnya, kekurangan Nutrisi makanan jenis Protein yang diperlukan untuk perkembangan dan pembinaan tubuh badan serta otot yang sihat.
Sekiranya tubuh badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada Nutrisi makanan yang diambil, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku.
Sewajarnya, 28.5% daripada 32.6 juta penduduk Malaysia yang merupakan kanak-kanak (bancian penduduk 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia) ini adalah aset penting yang perlu dilindungi dengan baik.
Oleh itu, Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun, kita semua sebagai ibu bapa perlu lebih peka terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak pada hari ini sebagai persediaan menerajui negara di masa hadapan.
Salah satunya ialah dengan mendedahkan mereka kepada Pemakanan Harian yang sihat untuk kehidupan yang lebih sihat.
Seawal usia 1-6 tahun (‘pre-school’), kadar tenaga berdasarkan kalori sangat diperlukan untuk aktiviti harian dan tumbesaran anak-anak.
Ibu bapa perlu fokus kepada pemberian makanan yang mengandungi Karbohidrat (kurangkan jenis berproses), Protein, Lemak Sihat dan ‘Essential Fatty Acid’ (seperti di dalam Minyak Zaitun), Serat, Mineral Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, C. D, B1, B2.
Makanan harian haruslah berkualiti dan dipelbagaikan bentuk persembahannya untuk mengelakkan situasi seperti ‘Picky Eaters’ dan ‘Dental Problems’,
Dengan penyusunan yang baik kepada pemberian makanan ini, situasi seperti kurang berat badan, sembelit, masalah berkaitan gigi dan juga risiko obesity dapat dikurangkan serta dielakkan.
Ketika anak-anak telah memasuki alam persekolahan (6-12 tahun), pemakanan harian yang berkualiti juga perlu diberikan perhatian.
Sarapan pagi yang berkualiti amat penting agar tubuh anak-anak lebih bersedia dan bertenaga untuk melalui hari persekolahan.
Nutrisi penting ialah Karbohidrat (elakkan yang berproses), Protein, Lemak Sihat (terutamanya ‘Essential Fatty Acid’), Mineral seperti Zat Besi, Kalsium, Iodin, Vitamin A, B dan C serta Serat. Pengambilan Air Masak @ Putih yang mencukupi juga sangat penting untuk atasi Dehidrasi dan melancarkan fungsi keseluruhan tubuh badan.
Ibu bapa juga perlu sentiasa ingatkan dan melatih anak-anak supaya tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan Gula dan Garam untuk mengelakkan risiko kepada penyakit kronik yang lain.
Dengan pengambilan Nutrisi makanan yang seimbang, berkualiti serta secara teratur, insyaAllah akan memberikan impak positif kepada perkembangan kanak-kanak dan ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment