AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 28 December 2020

MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN | Aafiyat Olive House

 


MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN

Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.

"Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini." [Surah Al-Waqi'ah : ayat 20 - 21]

Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.

Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.

1. Buah-buahan (dan sayur-sayuran) mengandungi serat yang banyak, dapat memperlahankan penyerapan gula yang terlalu cepat. Dengan ini dapat menstabilkan gula dalam darah.

Penyerapan gula yang terlalu cepat menyebabkan tahap gula dalam darah akan menjadi tinggi (walaupun dalam julat yang normal). Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, bacaan gula akan melonjak melebihi julat yang normal.

Ini akan menyebabkan pengeluaran insulin yang banyak dalam tubuh (hyperinsulinemia) dan keadaan ini menyebabkan proses keradangan dalaman (internal inflammation), akhirnya kita akan mengalami masalah kronik yang pelbagai.

2. Mengambil buah-buahan terlebih dahulu juga membantu pencernaan karbohidrat, lemak dan protein dengan lebih baik. Ini kerana ia akan menyediakan enzim-enzim dan asid dalam perut sebelum kehadiran karbohidrat, lemak dan protein.

Dengan ini akan mengurangkan masalah pencernaan, yang selalu berlaku seperti rasa kembung perut, rasa memulas atau pedih ulu hati (akibat reflux).

3. Mengambil buah-buahan (dan sayur-sayuran) dahulu juga menjadikan kita lebih puas ketika menikmati makanan dan merasa cepat kenyang. Dengan ini dan mengurangkan pengambilan karbohidrat berproses seperti nasi putih yang banyak. Ia juga menyebabkan kita berasa lambat lapar semula.

4. Saranan ini adalah suatu nasihat (adab) dalam pemakanan. Ia bukan suatu kewajiban yang mesti diikuti. Bila kita mengamalkannya, ia memudahkan kita untuk lebih menikmati makanan, rasa lebih puas dan cepat kenyang. Yang penting ia membantu pencernaan kita.

5. Saya juga mencadangkan pengambilan minyak zaitun OLIVIE dalam pemakanan kerana ia sumber minyak sihat (monounsaturated fatty acid) yang sangat penting.

Semoga bermanfaat.

Rujukan: Dr. Abdullah Abd. Hamid Diyab dan Dr. Ahmad Qurquz - Ma'a ath-Thibb fil Quran al-Karim.

kredit : Dr. Zubaidi Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment