AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 4 December 2020

SIRI 1..𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊𝒆𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏, 𝑺𝒖𝒂𝒕𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏! |Aafiyat Olive House

 𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊𝒆𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏, 𝑺𝒖𝒂𝒕𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏!

—————————————————

Mendekatkan anak-anak kepada Pemakanan Sihat kadang-kadang terasa seperti sedang bertempur di medan perang.
Tersalah bedilan, mungkin mengena semula kepada diri sendiri.
Semakin subur dan hijaunya sesuatu makanan yang dihulurkan, semakin besar impak perjuangan yang dirasakan.
Walau bagaimanapun, perjuangan ini harus kukuh tersemat di hati sanubari para ibu bapa. Anak-anak perlu sentiasa dihidangkan dengan nutrisi makanan harian yang menyokong tumbesarannya serta tetap sihat dan kuat.
Jangan ambil mudah dan biarkan sewenang-wenangnya mereka mengambil makanan yang tiada nutrisi penting seperti makanan segera dan juga jenis gula-gula.
Maka, disinilah letaknya 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏.
Sekiranya mereka gagal memperolehi Nutrien penting dalam Pemakanan Harian, risiko untuk berhadapan situasi kebantutan sangatlah tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kepada tahap kesihatan yang berpunca daripada malnutrisi, jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.


#SihatBersamaOLIVE_HOUSE

-WeBeginWithNature

PencetusSenyumanSemulajadi



No comments:

Post a Comment