Pakar kanser dunia akhirnya mengisytiharkan apa yang pembaca NaturalNews.com ketahui sejak 4 tahun lalu bahawa daging proses menyebabkan kanser, dan setiap orang yang mahu menjauhi kanser harus mengelak dari memakan daging proses seumur hidup mereka.
Beratus-ratus penyelidik kanser mengambil bahagian dalam projek selama 5 tahun meliputi lebih dari 7000 kajian klinikal untuk mendokumentasi kaitan antara pemakanan dan kanser. Kesimpulan mereka, yang disiarkan dalam laporan World Cancer Research Fund (WCRF) , Food, Nutrition, Physical Activity & Prevention of Cancer: Perspektif Global telah mengejutkan dunia kesihatan dengan mengisytiharkan bahawa semua orang harus berhenti membeli dan memakan produk-produk daging proses dan ia harus dijauhi sepanjang hayat!
Dalam laporan tersebut, daging proses sangat merbahaya dimakan oleh manusia. Kenapa? Kerana ia mengandungi bahan kimia aditif yang sudah diketahui begitu berkesan mengundang berbagai jenis penyakit kanser termasuk colorectal cancer, kanser payudara, kanser prostat, leukimia, tumor otak, kanser pankreatik dan banyak lagi. Laporan tersebut yang juga disiarkan di laman web DietAndCancerReport.org juga menyarankan orang ramai melakukan perkara-perkara berikut:
* Jauhkan semua minuman bergas dan bergula
* Senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari
* Dapatkan berat badan yang seimbang
* Hadkan pengambilan semua jenis daging (termasuk daging segar)
* Berikan susu ibu kepada bayi untuk 6 bulan pertamanya dan jauhkan susu formula bayi
Malangnya, WCRF masih tidak mencadangkan pengguna memakan nutrisi suplemen untuk membantu mengelak dari kanser menunjukkan kumpulan tersebut masih memerlukan banyak kajian mengenai perubatan herba dan semulajadi seperti cendawan, rumpai laut dan alga, herba dari negeri China, herba dari hutan-hujan dan ekstrak superfood. Sekurang-²nya kumpulan tersebut telah menasihati orang ramai supaya menjauhkan semua daging proses sebagai satu langkah yang besar kepada dunia pemakanan kesihatan. Ia adalah kali pertama sebuah organisasi kanser yang diiktiraf di antarabangsa menemui kajian bahawa bahan kimia yang ditemui di dalam daging proses adalah sangat merbahaya.
Apakah sebenarnya daging proses?
Mungkin tidak ramai yang mengetahui perbezaan antara daging proses dan daging segar.
Di sini perbezaannya:
Daging segar hanya mengandungi satu kandungan bahan iaitu daging itu sendiri. Daging segar disejukkan dan tidak boleh tahan lama (biasanya hanya beberapa hari sahaja). Ia dipaketkan dalam bungkusan yang mudah, tanpa apa-apa logo atau warna yang menarik pada bungkusannya. Ia boleh didapati di pasar-pasar segar atau majlis korban di Hari Raya Korban.
Daging proses pula mengandungi berbagai kandungan di dalamnya dan biasanya dipaketkan bertujuan untuk memberi tempoh masa yang yang dapat bertahan lama. Daging proses mengandungi sodium nitrit, sejenis kimia yang menyebabkan kanser. Ia digunakan oleh syarikat pemproses daging sebagai bahan pengawet dan mengekalkan warna merah daging supaya ia sentiasa kelihatan segar walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya. Antara contoh daging proses ialah:
* Bacon
* Sosej
* Peperoni
* Beef jerky
* Deli slices
* Hot dog
* sandwich meat (termasuk yang dihidangkan di restoran-²)
* Ham
* daging dalam tin
* daging dalam pizza
Kecuali ia menyatakan bebas nitrit pada bungkusannya, anda boleh jangkakan bahawa ia pasti mengandungi kimia mendatangkan kanser iaitu sodium nitrit. Ia menggunakan kod makanan E-250 dan E-251.
Anda boleh menemui sodium nitrit dengan banyaknya di pasaraya seperti Tesco, Giant, Jusco dan lain-lain. Pergi sahaja ke tempat sejuk-beku makanan sosej, ambil mana-mana bungkusan dan baca kandungan bahan-bahannya. Saya pasti anda akan menemui 9 dari 10 jenama menggunakannya. Yang tidak tertulis bukan kerana mereka tidak menggunakannya tetapi berselindung di sebalik perkataan "bahan pengawet dan kondisioner yang dibenarkan". Tidak kira apa saja jenama malah jenama popular turut menggunakan sodium nitrit sebagai aditif produk daging proses mereka.
Jikalau anda masih tidak berpuas-hati, pergilah ke hospital dan temuramah pesakit-pesakit kanser tentang corak pemakanan mereka, apakah makanan yang sering mereka makan sebelum mendapat kanser. Tentu anda akan menemui jawapannya!!!
Beginilah amalan pengusaha makanan di Malaysia hari ini. Mereka tidak peduli apa yang mereka letak dalam makanan kita. Ia adalah bahan kimia yang sangat merbahaya, yang telah banyak kali dibuktikan dalam kajian-kajian sebelum ini. Apa yang penting bagi mereka adalah mengaut keuntungan semata-mata.
Terpulang kepada anda, kerana apa yang masuk ke perut anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Tiada orang yang peduli apa yang anda makan!
Sumber: The Secret Medicine
Nukilan semula: Abu Syakirin Az-Zaituni
Tarikh kemaskini: 27/07/2015