Soalan Dari Pelanggan (Masalah Busung-Ascites)
Assalammu'alaikum doktor. Untuk masalah pesakit
busung, air dalam perut. Apa rawatan yang baik selain tebuk kaedah hospital?
Adakah Quranic Foods dapat membantu
dan bagaimanakah prosesnya?
Jawapan
Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Masalah busung, air dalam perut dikenali sebagai ascites. Ascites boleh
disebabkan oleh masalah pada hati, kegagalan jantung atau kanser ovari di mana
terdapat ketidakseimbangan tekanan osmosis dalam aliran darah akibat perubahan
komposisi kimianya.
Biasanya,
tindakan menebuk untuk mengeluarkan air adalah untuk menolong pesakit untuk
bernafas dan bergerak dengan lebih selesa. Namun, ia bukanlah jalan
penyelesaian. Masalah ini agak berat dan rawatan secara holistik perlulah dilaksanakan
merangkumi perubahan gaya hidup menurut cara Rasulullah S.A.W., makan makanan
halal dan thoyyibah dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun, pengambilan MZ
dan SCT memang membantu.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Busung berpunca dari fungsi
hati yang tidak normal dalam menghasilkan albumin seterusnya menyebabkan cecair
yang sepatutnya berada di dalam salur darah keluar berkumpul di dalam peritoneum iaitu selaput perut. Ia juga
berlaku di dalam penyakit kanser hati dan biasanya berlaku bersama penyakit
kuning (jaundice) dan menandakan
tahap akhir bagi penyakit tersebut. Rawatan di hospital ialah palatif iaitu mengeluarkan cecair
tersebut agar tidak mengganggu proses pernafasan. Quranic Food mampu meningkatkan kesihatan pesakit tersebut secara
umum tetapi untuk merawat kanser tahap akhir masih di peringkat kajian. Bagi
orang Islam, teruskan berdoa, yakin dan terus berikhtiar mencari penyembuhan
yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. yang akan berlaku apabila sesuatu penyakit
tersebut dengan sesuai dengan penawarnya.
Sumber: Olive House
Medic & Business.
Hotline 013-4619694