Assalamualaikum doktor. Mohon pencerahan berkaitan masalah ini, kawan saya berumur 34 tahun, sudah menderita Deep Vein Thomborsis hampir 6 bulan, sekarang ini masih ambil ubat cair darah jenis pradaxa 150 MG. Blood blockage dari lutut ke pangkal paha menyebabkan jari kaki selalu bengkak. Mohon panduan pemakanan produk Olive House doktor. Terima kasih.
Jawapan Dr. Salman:
Deep Vein Thrombosis (DVT) adalah suatu keadaan di mana darah beku terbentuk di dalam salur darah vena yang berpunca sama ada dari masalah pada kepekatan darah itu sendiri atau masalah saluran darah yang melambatkan atau membekukan darah yang mengalir di dalamnya.
Di antara tanda-tanda DVT adalah sakit dan bengkak pada betis. Keadaan ini,jika tidak dirawat akan menyebabkan darah beku tersebut berpindah ke paru-paru menyebabkan Pulmonary Embolism yang boleh membawa kepada kematian.
1) Tidak bergerak dalam tempoh yang lama
2) Pembedahan
3) Barah
4) Pengambilan pil perancang
5) Kekurangan komponen darah seperti antitrombin,Protein C & S
Ianya di diagnos melalui Ultrasound Doppler dan ujian D-Dimer.
Di antara kaedah pencegahan adalah dengan menggalakkan pergerakan serta ubatan pencair darah seperti heparin.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Tripoli, Libya untuk mengkaji kesan pengambilan minyak zaitun kepada pembentukan darah beku melalui kajian makmal. Model arnab diberi makan ekstrak minyak zaitun seterusnya dibedah dan diikat saluran darahnya bagi melambatkan aliran darah sehingga beku . Darah beku yang terbentuk di dalam saluran darah tersebut lebih cair dan tidak melekat pada salur darah berbanding model yang tidak diberi minyak zaitun. Ini membuktikan sifat minyak zaitun yang mampu mengubah extrinsic coagulation pathway melalui pemanjangan PT (Prothrombine time) seterusnya mengurangkan pembentukan darah beku di dalam salur darah.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3662861
Sumber: Olive House Medic & Busines
No comments:
Post a Comment