MASALAH PNEUMONIA-PARU-PARU | Aafiyat Lifestyle |
Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pneumonia-Paru-Paru):
Assalammu'alaikum doktor. Pesakit ini menghidapi pneumonia, tidak boleh berjalan dan urat-urat keras. Baru keluar dari hospital, bolehkah hendak amal MZ/SCT? Bagaimanakah caranya?
Assalammu'alaikum doktor. Pesakit ini menghidapi pneumonia, tidak boleh berjalan dan urat-urat keras. Baru keluar dari hospital, bolehkah hendak amal MZ/SCT? Bagaimanakah caranya?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Semua manusia boleh amalkan Quranic Food,
untuk penyakit apa pun. Namun, kesembuhan itu tetap ditangan Allah. Bagi pneumonia, MZ dan SCT dapat meningkatkan
keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan paru-paru. Mulakan dengan dos
kecil dan naikkan perlahan-lahan. Wallahu’alam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Untuk pneumonia, ianya bermakna jangkitan kuman dari salur pernafasan atas sudah melarat ke bawah melibatkan paru-paru. Antibiotik diperlukan bagi membunuh kuman dalam tempoh yang singkat untuk mengelakkan kegagalan paru-paru yang membawa kematian. MZ dengan kemampuan antimicrobial dan anti-inflammatory mempercepatkan proses penyembuhan. SCT pula mengekalkan kadar asid-alkali yang seimbang di dalam badan kerana masalah paru-paru menyebabkan kadar ini terganggu.
Bagi
masalah urat keras dan tidak boleh berjalan, saya kurang jelas apa yang dimaksudkan.
Adakah pesakit pernah mengalami strok yang menyebabkan kelemahan anggota
ataupun disebabkan oleh garam elektrolit yang tidak seimbang.