Terdapat pelbagai cara minum minyak zaitun yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Namun adakah cara penggunaan minyak zaitun adalah sama?

Umumnya mengetahui kelebihan minyak zaitun yang bukan sahaja sebagai makanan bernutrisi tinggi namun ianya boleh membantu proses menurunkan berat badan dan boleh mencantikkan kulit. Terlebih dahulu perlu pastikan ianya adalah dari jenis ‘extra virgin’ yang terbukti keasliannya.

Oleh itu anda hendaklah mengetahui cara dan bilakah waktu yang sesuai untuk anda meminum minyak zaitun untuk amalan seharian anda. Di sini saya sertakan beberapa tips untuk anda amalkannya.

Tips 1 – Waktu Minum Minyak Zaitun

Anda disarankan minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Hal ini kerana usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut. Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melancarkan sistem pencernaan.

Selain itu juga ada yang mengambilnya selepas makan. Ianya tidak menjadi kesalahan kerana ianya dapat membantu proses penyerapan nutrien dari makanan yang diambil. Namun pengambilan sebelum makan adalah paling optimum dalam memastikan khasiat maksimum diperolehi.

Kajian di dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat. Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan ke dalam perut.

TIPS 2 – Kaedah Minum Minyak Zaitun

Penggunaan yang paling ideal untuk minum minyak zaitun adalah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau menambah apa-apa medium lain. Ini kerana bagi memaksimumkan khasiat diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.

Ini bagi memastikan tubuh anda menyerap semaksimum mungkin khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun secara terus, justeru memberikan kesan yang hebat kepada kesihatan dalaman. Berbanding yang menggunakan kapsul, gelatin itu perlu cair terlebih dahulu sebelum minyak zaitun dapat dikeluarkan. Malah kuantiti minyak dalam 1 sudu lebih banyak berbanding beberapa biji kapsul.

TIPS 3 – Kekerapan Minum Minyak Zaitun

Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa penyakit, anda disarankan untuk minum minyak zaitun 2 kali sehari iaitu 1 sudu pagi dan 1 sudu waktu malam untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti saking jantung, kencing manis dan sebagainya, anda mungkin memerlukan sukatan yang lebih seperti 2 sudu sekali ambil dalam tempoh masa yang lebih singkat antara pengambilan.

Rujuk kepada penasihat pemakanan untuk khidmat nasihat lebih lanjut.

Apa tunggu lagi ? Dapatkan sekarang;

atau
HOTLINE 013-4619694


#SihatBersamaOLIVE_HOUSE

-WeBeginWithNature

PencetusSenyumanSemulajadi