AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 27 November 2020

GULA ITU RACUN?? BETOIKA?JOM BACA PENERANGAN DIBAWAH.. | Aafiyat Olive House


GULA memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula itu penyebab pelbagai penyakit kronik.

Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

MASIH RAMAI TIDAK PEDULI BAHAYA GULA

Namun, disebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.

Pengambilan gula setiap hari juga dilaporkan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih.

“Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula memerlukan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi,” katanya. Jeli dan jem juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem adalah gula. Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian. “Apa yang perlu ialah mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

“Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak.

“Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

“Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula,” kata Easaw John.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes. Pada tahun 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes.

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama pada usia senja kita?

Ayuh mari sama-sama kita tanamkan kesedaran kepada diri kita, ahli keluarga kita, masyarakat tentang bahayanya gula jika diambil secara berlebihan. 

Lebih elok ditinggalkan dan gantikanlah gula itu dengan pemanis semulajadi yang lain yang lebih sihat dan berkhasiat.

Moga bermanfaat.

#jomcegahdiabetes


Apa tunggu lagi ? Dapatkan sekarang;

atau
HOTLINE 013-4619694


#SihatBersamaOLIVE_HOUSE

-WeBeginWithNature

PencetusSenyumanSemulajadi

No comments:

Post a Comment