AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 22 June 2015

Maklum Balas Pelanggan: Alahan Kepada Ketam



Maklum Balas Pelanggan: Alahan Kepada Ketam

*Daripada MOHD DIN BIN ISMAIL (0134489867)

"Saya mengamalkan produk 1 sudu Olivie30 pada waktu pagi. Kesan - kesan bengkak di muka dan dibahagian badan surut selepas beberapa jam pengambilan. Tekanan darah juga menjadi normal. Syukur alhamdulillah keadaan kesihatan saya pulih dengan cepat."

Sumber: http://www.olivehouse.my/web/testimonial.php?testid=233

Masalah Otak-Meningitis



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Otak-Meningitis): Assalamualaikum doktor. Boleh cadangkan gabungan makanan sunnah dan rawatan yang sesuai untuk anak saya, berumur 1 tahun dan mengalami kecederaan di otak setelah menghidap meningitis; 1) telinga kanan tidak dapat mendengar, telinga kiri perlu alat bantuan pendengaran, 2) mata tidak pasti status, tidak berkelip bila dihala lampu suluh, 3) growth delay, sudah setahun tapi masih terbaring dan leher pun masih lembik/terkulai. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa'alaikumsalam. Kanak-kanak yang mengalami meningitis/jangkitan kuman ke dalam otak biasanya akan mengalami kerosakan otak yang teruk dan memberi kesan kepada organ-organ penting seperti pendengaran, penglihatan, perkembangan saiz tubuh serta pergerakan otot. Setiap organ perlukan terapi & rehabilitasi yang berbeza dan tiada yang dapat pulih seperti asal tetapi sekurang-kurangnya melalui terapi yang berterusan mengelakkan dari ketidakfungsian organ secara total. Untuk pendengarannya, pastikan dia mendapat stimulasi bunyi melalui pemakaian alat bantu pendengaran dan dapatkan konsultasi pakar ENT. Jika ia tidak respon kepada alat bantu dengar, mungkin dia dapat dibantu dengan pembedahan implan koklea. Begitu juga stimulasi matanya kepada cahaya dan dunia sekeliling. Sentiasalah merangsang deria serta gerakkan sendinya agar tidak mengeras. Pastikan zat dan nutrisi lebih-lebih lagi pemakanan Quranic Food yang membantu perkembangannya secara holistik. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Pemakanan untuk anak yang mengalami kecederaan otak selepas meningitis. Susu ibu adalah makanan terbaik dan hendaklah ibunya menjaga pemakanan semasa menyusukan bayi. Bagi meningkatkan perkembangan otak, bolehlah diberi minyak zaitun ke dalam makanan hariannya. Minyak kelapa dara juga membantu perkembangan sel-sel otak. Elakkan makanan ringan dan makanan proses kerana walaupun sedikit sahaja yang dimakan ia akan memberikan kesan kepada otak kerana otak dan usus mempunyai hubungan yang kuat. Elakkan juga memakan ayam bandar dan daging proses atau daging import yang diragui. Makanan lain yang membantu adalah kunyit, pegaga dan ginkgo biloba, elok diambil bersama madu. Bekam di kawasan kepala sebulan sekali dengan istiqamah. Lakukan urutan dengan penuh kasih sayang setiap hari di seluruh tubuh. Wujudkan suasana harmoni dan penuh kasih sayang di rumah. Teruskan usaha murni tuan dan sesungguhnya inilah amalan yang akan menjejakkan kaki tuan ke syurga Allah S.W.T. Insya Allah. Sumber: Olive House Medic & Business.


Friday, 19 June 2015

Masalah Bayi Bawah Umur Setahun



Soalan Dari Pengguna(Masalah Bayi Bawah Umur-Alergi & MZ):

Assalamu’alaikum. Kes ini adalah bayi yang berumur bawah 1 tahun;

1- Bayi yang mengalami ekzema yang teruk, muka keluar merah-merah berair.
2- Bayi berumur 4 bulan, alergi susu lembu. Jadi, mak dia fully breastfeed tapi still naik ruam merah, berair dimuka dan badan. Begitu juga jika mak dia salah makan berasaskan susu lembu.
3- Bayi 11 bulan, ada ruam panas pada leher.

Soalannya, bolehkah mereka semua disapu MZ dekat tempat yang merah & ruam atau ada alternatif lain?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk kes bayi bawah umur 1 tahun;

1- Untuk bayi: Elakkan menggunakan sebarang sabun atau losyen di pasaran yang dicampur bahan kimia. Boleh letakkan pada ekzema tersebut dengan minyak zaitun dicampur dengan minyak habbatussauda. Pastikan nipis sahaja sapuannya.

2- Masalah utama adalah alergi kepada susu lembu proses. Jadi, elakkan terus susu terutamanya dan apa jua bahan berasaskannya.

3- Untuk ruam panas, boleh sapukan MZ yang dicampur dengan air. Buat setiap kali selepas mandi. Boleh juga menggunakan tepung ubi dicampur air dan dioles macam bedak sejuk.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Alergi/Ekzema/Resdung:

1- Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi. Dari luaran, ianya berfungsi sebagai pelembap kepada kulit yang terlibat dengan ekzema.

2- Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yang terlibat. Tiada rawatan bagi penyakit ini dan doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yang membawa kepada simptom di atas.

3- Bagi bayi, tidak sesuai menyapu secara terus kepada kulit kerana lapisan pelindung yang tidak terbentuk dengan sempurna. Cairkan dengan air sebelum menyapu kepada kulit bayi. Pengambilan juga ialah melalui pemakanan ibu yang akan dirembes melalui susu ibu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Masalah Batu Karang+Hempedu



Soalan Dari Pengguna(Masalah Batu Karang+Hempedu & MZ):

Assalamu’alaikum. Adakah MZ boleh pecahkan batu karang? Ada customer tanya, untuk kes batu karang bagaimana kaedah yang betul hendak rawatnya. Mohon penjelasan dan bagaimana dengan masalah batu karang dalam hempedu pula?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Batu karang (batu di saluran kencing): Campurkan air limau nipis/lemon dengan minyak zaitun dan minum sekali sehari dan sepanjang hari minum air lemon+cuka teen. Ini antara remedinya.

Batu hempedu: Amalkan MZ macam biasa dan tukar tabiat pemakanan sihat. Remedi lain ada pelbagai antaranya cuka teen diminum dengan dos tinggi (4  sudu besar dalam 1 mug air). Kemudian, disusuli dengan  jus buah-buahan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk kes batu karang, pundi kencing dan hempedu:

Sila rujuk kepada pakar bedah kerana jika saiz batu tersebut besar, maka pembedahan diperlukan. Jika saiznya kecil menurut pakar bedah dan juga selepas pembedahan, amalkan MZ bagi batu pundi hempedu (ia bertindak sebagai cholagogue – mengecutkan pundi hempedu dan mengelakkan pemendakan jus hempedu) dan SCT bagi batu pundi kencing (sifat asidnya meneutralkan air kencing dan menghalang pembentukan batu karang serta melancarkan pengaliran air kencing).

Sumber: Olive House Medic & Business.

Masalah Kulit Kering



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kulit Kering+MZ):

Assalamualaikum. Adakah pati minyak zaitun sesuai disapukan ke kulit wajah sensitif sebelum tidor? Bagaimana caranya? Adakah perlu menggunakan campuran bahan lain?

*Nota kecil: Saya ada sapu pada wajah tetapi kulit saya jadi kering dan mengelupas. Sekarang ini saya minum pagi dan malam baru saja amal mula 1 Jun lepas. Puasa ini saya minum cuma minum selepas waktu berbuka hingga sahur sebelum saya juga pernah guna produk kosmatik. Dulu kulit saya mengalami iritasi juga (kering & mengelupas) sebab jenis kulit sensitif. Bila saya gunakan sabun minyak zaitun, beransur baik tapi kulit masih menghadapi masalah kekeringan. Jadi, saya cuba sapukan pati minyak zaitun ke wajah sebelum tidur. Mula2 ok, kulit nampk lembab & segar setiap kali bangun tidur tapi sekarang mula tunjukkan mengelupas dan kering di area tepi mulut dan tepi hidung. InshaAllah, saya akan kekalkan minum minyak zaitun tapi sapu dimuka mungkin terpaksa diberhentikan dulu? Mohon pencerahan dan cadangan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. MZ memang sesuai disapu dimuka terutamanya sebelum tidur. Pastikan muka dicuci terlebih dahulu dengan pencuci tanpa bahan kimia. Elakkan juga memakai alat solek kerana mungkin saki-baki alat solek yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyumbat pori dan ini akan menyebabkan jerawat. Penggunaan MZ seterusnya akan bertindak mengeluarkan sisa-sisa ini. Pemakanan juga hendaklah dijaga dan perlu hentikan tabiat makan makanan proses.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. MZ amat sesuai untuk kulit yang kering dengan mengembalikan kelembapan kepada kulit dari dalam. Untuk luaran, boleh dicuba dengan sapuan nipis dan dilihat respon kulit sebelum diamalkan secara berterusan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 17 June 2015

Punca Sebenar PENYAKIT JANTUNG!



[MESTI BACA!] PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG (Dr. Dwight Lundell):

Dr. Dwight Lundell merupakan pakar bedah yang berpengalaman selama 25 tahun dan telah melakukan lebih dari 5,000 pembedahan jantung. Fakta yang menyatakan penyakit jantung berpunca daripada kolesterol yang tinggi di dalam darah adalah salah dan tidak benar. Preskripsi ubat yang dapat merendahkan kadar kolesterol dan pengambilan lemak yang terhad di dalam diet harian adalah amalan yang dicadangkan bagi mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Malangnya, amalan ini sebenarnya tidak berfungsi.

Fakta Sebenar:

1. Walaupun 25% penduduk mengambil ubat statin yang mahal dan mengurangkan pengambilan kandungan lemak dalam pemakanan harian, tetapi lebih ramai rakyat Amerika mati setiap tahun berbanding pada tahun-tahun sebelumnya disebabkan penyakit jantung.

2. Statistik daripada ‘American Heart Association’ menunjukkan 75 juta rakyat Amerika kini mengalami penyakit jantung, 20 juta menghidap diabetes, dan 57 juta mempunyai pra-diabetes.

3. Penemuan sebenar menunjukkan keradangan di dalam dinding arteri adalah punca sebenar penyakit jantung, bukan disebabkan kolesterol yang tinggi.

4. Kolesterol tidak akan berkumpul pada dinding salur darah jika tidak berlaku keradangan terlebih dahulu.

Keradangan:

Merupakan kesan semulajadi yang menunjukkan badan bertindak balas dengan baik terhadap benda asing seperti bakteria, toksin, atau virus. Keradangan akan menjadi lebih kronik jika badan terlalu terdedah kepada toksin dan pengambilan makanan yang tidak dapat diproses oleh badan akhirnya akan menyebabkan inflamasi yang teruk. Pengalaman selama 25 tahun membuat pembedahan melebihi 5,000 pesakit yang mengalami masalah jantung, semuanya mempunyai persamaan iaitu mengalami keradangan di dalam arteri.

Punca-Punca:

1. Radang pada salur darah berpunca daripada diet rendah lemak yang disyorkan pakar perubatan arus perdana sejak betahun lamanya.

2. Pengambilan produk makanan ringkas dan diproses seperti gula putih dan tepung, serta penggunaan minyak sayuran Omega-6 seperti kacang soya, jagung, dan bunga matahari secara berlebihan.

Kesan Buruk:

• Penyakit jantung
• Strok
• Kencing manis
• Obesiti


‘Sweet roll’ Dan Keradangan Salur Darah:

Mempunyai kadar gula yang tinggi malah dibakar dengan Omega-6 yang banyak yang berperanan untuk memanjangkan jangka hayatnya. Apabila paras gula tinggi di dalam darah, sebagai tindak balas, pankreas akan merembeskan insulin bagi membawa gula ke dalam setiap sel dan disimpan sebagai tenaga. Jika sel telah menyimpan tenaga dengan cukup dan tidak lagi memerlukan glukosa, ia akan mengelakkan gula tambahan daripada disimpan serta mengganggu sistem badan.

Gula dikawal dalam keadaan yang sangat sedikit di dalam darah. Lebihan gula lain akan melekat pada protein dan mencederakan dinding saluran darah yang akhirnya membawa kepada masalah keradangan pada dinding salur darah.

Omega-6:

1. Berperanan mengawal apa yang keluar dan masuk di dalam sel-sel badan tetapi perlu diseimbangkan dengan Omega-3.
2. Nisbah optimum bagi Omega-6 dan Omega-3 ialah 3:1.
3. Jika Omega-6 berlebihan, membran sel di dalam badan akan menghasilkan ‘cytokines’ yang secara langsungnya akan menyebabkan keradangan.

Langkah Pencegahan:

1. Mengamalkan karbohidrat yang sangat kompleks seperti buah-buahan dan sayuran.
2. Mencegah pengambilan Omega-6 secara berlebihan atau makanan proses yang diperbuat daripadanya.
3. Amalkan minyak zaitun asli atau mentega hasil dari daging lembu yang hanya diberi rumput sebagai makanan dalam diet harian.

Kesimpulannya, kolesterol bukan penyebab penyakit jantung. Jadi, kebimbangan terhadap lemak tepu adalah tidak masuk akal.

Sumber: http://www.olivehouse.my